CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Porsche Didakwa Mabuk Rempuh Tiga Kereta Di Parkir Valet

28-1-2023 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1427| Komen: 9

Description: SEPANG – Seorang pemandu kereta mewah yang dipercayai mabuk merempuh tiga kereta lain dalam kejadian di parkir valet dekat sebuah pusat beli belah di sini malam tadi.
SEPANG – Seorang pemandu kereta mewah yang dipercayai mabuk merempuh tiga kereta lain dalam kejadian di parkir valet dekat sebuah pusat beli belah di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam di parkitr valet IOI City Mall itu, kereta mewah jenis Porshe Porsche 911 Carrera dipandu seorang lelaki dikatakan terlanggar penghadang jalan dan hilang kawalan sebelum merempuh tiga kereta lain.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kereta itu merempuh tiga kereta lain yang berada di sebelah kiri kotak parkir vallet.



Beliau berkata, kereta lain yang terbabit dalam kejadian itu termasuk Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV.

“Kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta. Lokasi kemalangan mempunyai satu lorong setiap hala selain permukaan jalan rata dan kering,” katanya.


Katanya, pihaknya sudah merakam keterangan tiga pemilik kereta, namun pemilik kereta mewah itu belum dirakam keterangan setakat ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya juga akan meneliti sistem rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian termasuk meminta saksi kejadian untuk membantu siasatan.

“Kes akan disiasat mengiku Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah,” katanya..-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 28-1-2023 04:25 PM
Woww Porsche 911 carrera.. keta idaman..
Quote downiey 28-1-2023 04:56 PM
takziahhhh
Quote sharlenetexas 28-1-2023 05:04 PM
Dah mabuk tu haramkan pegang stereng.


Quote Kancilkering 28-1-2023 05:37 PM
time time ni lah sampai chap go may….jgn mengaku pemegang kad oku sudah
Quote sukacactus 28-1-2023 05:51 PM
Kalau kepala tu dah tingtong kan, bawa2 la dok umah je
Ni gigih la nak menyopping lg
Quote Buritan 28-1-2023 05:58 PM
green~tea replied at 28-1-2023 04:25 PM
Woww Porsche 911 carrera.. keta idaman..

Aku boleu idaman sajeloooh.. nak memilikinyaa mcm aku wajib kawin dgn raja nazrin jah
Quote Buritan 28-1-2023 05:59 PM
sukacactus replied at 28-1-2023 05:51 PM
Kalau kepala tu dah tingtong kan, bawa2 la dok umah je
Ni gigih la nak menyopping lg

Tu laa kufur nikmt duniaa.. Allah bg kaya kat donia ni tak hrgai..
Quote green~tea 28-1-2023 07:14 PM
Buritan replied at 28-1-2023 05:58 PM
Aku boleu idaman sajeloooh.. nak memilikinyaa mcm aku wajib kawin dgn raja nazrin jah

Aku pun tak sanggop nak pakai rm1 mil kete tu...

Porsche Cayman S ok lagik buat berangan kihkihkih
Quote krustykrab 28-1-2023 07:17 PM
Tak kena hempuk cina tua ni...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049143 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top