CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Dan Pesara Guru Bertumbuk Berebut Parkir

27-1-2023 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2968| Komen: 51

Description: MELAKA – Gara-gara berebut ruang parkir di taman perumahan, seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul jirannya, yang juga guru sehingga cedera pada Disember ...
MELAKA – Gara-gara berebut ruang parkir di taman perumahan, seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul jirannya, yang juga guru sehingga cedera pada Disember tahun lalu.


Tertuduh, Muhammad Fuad Jahaya, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada, Aziah Omar, 54, dengan cara memukul di bahagian kepala dan lengan mangsa menggunakan tangan.


Foto:Kosmo

Dalam prosiding sama, tertuduh dan suami mangsa, Rosli Baba, 60, yang merupakan pesara guru turut didakwa atas pertuduhan secara bersama-sama melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1 tengah hari di Jalan Bertam Setia 12, Taman Bertam Setia, dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Disember 2022.


Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada perebutan ruang parkir dan pertengkaran antara Fuad dan Rosli dikatakan berlaku ketika pesara guru itu ingin keluar menunaikan solat Jumaat di masjid.

Aziah yang cuba meleraikan pergaduhan bagaimanapun telah terkena pukulan Fuad sehingga menyebabkannya cedera dan berlaku pergelutan kedua antara tertuduh.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd. Jalil mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap Fuad bagi kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan RM5,000 setiap seorang bagi kesalahan gaduh gempar.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jaminan tersebut dikurangkan dengan masing-masing memberikan alasan perlu menanggung keluarga, selain Rosli memberitahu dia kini merupakan pesara guru.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Mazana kemudian membenarkan Fuad diikat jamin sebanyak RM1,000, manakala Rosli RM500 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 13 Mac ini sebagai sebutan semula kes. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-1-2023 04:49 PM
pihak berkuasa bila nak kuatkuasa undang2 xboleh parking depan rumah jiran. atau halang lalu lintas jiran.
Quote rogayahtop 27-1-2023 08:52 PM
seksa duduk berjiran dgn manusia2 takda akhlak dah tua2 perangai tak matang2. kalau dpt pakcik2 bongok mcm ni buah kita tanam belakang rumah pun disapunya. Tanam sendiri tak nak.
Quote Buritan 27-1-2023 09:08 PM
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 04:49 PM
pihak berkuasa bila nak kuatkuasa undang2 xboleh parking depan rumah jiran. atau halang lalu lintas  ...

Betulla.. aku naik rimaslaaa.. rumah dia biar kosong.. pi nyempit ruang puki rumah aku buat ape
Quote she 27-1-2023 09:26 PM
Kena buat akta
Dah banyak kes sampai berbunuh2
Quote theotherfriend 27-1-2023 09:52 PM
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 04:49 PM
pihak berkuasa bila nak kuatkuasa undang2 xboleh parking depan rumah jiran. atau halang lalu lintas  ...

setuju... jangan dah sampai berbunuh2 baru nak kuat kuasa
Quote FlexyFox 27-1-2023 10:35 PM
Guru2, dikenali sebagai PENDIDIK juga. Berebut parkir ( bukan perkara besar),  BERGADUH dan MEMUKUL , nak keluar KE MASJID...  Awal2 niat nak gi beribadat tu pun tak betul kut! Adoi... apa la nak jadi.
Quote FlexyFox 27-1-2023 10:38 PM
Buritan replied at 27-1-2023 09:08 PM
Betulla.. aku naik rimaslaaa.. rumah dia biar kosong.. pi nyempit ruang puki rumah aku buat ape

Apa kata, kau buat sign board 'no parking' letak di pagar. Ok tak?
Quote FlexyFox 27-1-2023 10:43 PM
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 04:49 PM
pihak berkuasa bila nak kuatkuasa undang2 xboleh parking depan rumah jiran. atau halang lalu lintas  ...

Perkara ni bukankah common sense...
Quote FlexyFox 27-1-2023 10:46 PM
Maksud I, CilipadiSedap, tak parking depan rumah jiran tu
Quote FlexyFox 27-1-2023 10:48 PM
she replied at 27-1-2023 09:26 PM
Kena buat akta
Dah banyak kes sampai berbunuh2

Serious? Ada kes berbunuh kerana masalah parking di Malaysia? Dasat ni..
Quote fefeeling 27-1-2023 10:49 PM
So tertuduh ada kes polis can say bye-bye to your pencen money la yek?
Quote Tunan 27-1-2023 10:52 PM
Mesti salah sorg tu kena blok masa nak keluar
Quote Buritan 27-1-2023 10:57 PM
FlexyFox replied at 27-1-2023 10:38 PM
Apa kata, kau buat sign board 'no parking' letak di pagar. Ok tak?

Aku letak aje.. kalo ikut aku.. aku letak kun oren tuu..
Quote FlexyFox 27-1-2023 11:04 PM
Buritan replied at 27-1-2023 10:57 PM
Aku letak aje.. kalo ikut aku.. aku letak kun oren tuu..

dia tak faham juga? susahlah cam tu. Mcm mana nak 'love your neighbor' kan kalau dah neighbor pun asyik menyakit hati dan menyusahkan kita.  
Quote Buritan 27-1-2023 11:07 PM
FlexyFox replied at 27-1-2023 11:04 PM
dia tak faham juga? susahlah cam tu. Mcm mana nak 'love your neighbor' kan kalau dah neighbor pun  ...

Sbb tuu aku bls dendamm baik punyaaa.. aku suka bg kucing mkn.. kucing kurap tuu tak berak rumah aku tp pi berak romah dia.. hohohkbk..
Quote FlexyFox 27-1-2023 11:13 PM
Buritan replied at 27-1-2023 11:07 PM
Sbb tuu aku bls dendamm baik punyaaa.. aku suka bg kucing mkn.. kucing kurap tuu tak berak rumah a ...

pandai kuching balas budi...
Quote jfq 27-1-2023 11:14 PM
Kata cikgu. Takkan la nak bayar ikat jamin rm5k pun tak mampu
Quote akies 27-1-2023 11:36 PM
Cikgu vs pesara cikgu.
Elokla tu perangai2 tak senonoh cikgu2 ni.
Anak murid dan masyarakat jadi penonton
Quote sharlenetexas 27-1-2023 11:42 PM
Habislah pencen. Berebut parking punya pasal.


Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058275 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top