CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Kandung Bunuh Anak Dan Tanam Mayat Di Tepi Jalan, Simbah Seorang Lagi Anak Dengan Air Panas Menggelegak

27-1-2023 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3950| Komen: 55

Description: Seorang bapa yang sebelum ini didakwa membunuh anaknya sebelum menanam mayat mangsa di tepi Jalan Bellamy di sini, dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyimbah ai ...
Seorang bapa yang sebelum ini didakwa membunuh anaknya sebelum menanam mayat mangsa di tepi Jalan Bellamy di sini, dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyimbah air menggelegak ke tubuh seorang lagi anak perempuannya.


Mohd. Yasin Halik, 40, mengakui fakta kes bahawa mangsa disimbah air panas menggelegak kerana mereka mengganggunya dengan bunyi bising ketika tidur.

Hakim Norina Zainol Abidin turut memerintahkan tukang kasut itu berkelakuan baik dengan bon jaminan tanpa cagaran selama tiga tahun serta melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat untuk tempoh 180 jam selama enam bulan bermula hari ini.


Foto: Kosmo

Menurut pertuduhan, Mohd. Yasin sebagai bapa kandung kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu, didakwa menyimbah air panas menggelegak dari dalam pemanas air ke tubuh mangsa hingga menyebabkan bahagian atas bahu kiri dan kanan serta kedua-dua belah lututnya melecur.


Tertuduh disabitkan melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 12 tengah hari, 1 Disember 2022 di sebuah bilik sewa di Jalan Pudu di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Pada prosiding itu, Mohd. Yasin menggeleng-gelengkan kepala selepas melihat gambar-gambar berkaitan kejadian itu termasuk kecederaan mangsa yang ditunjukkan oleh jurubahasa mahkamah.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut merupakan anak kandungnya hasil hubungan luar nikah dengan teman wanitanya yang merupakan seorang warga negara Indonesia.

Menurut fakta kes yang dibacakan kepadanya, pasangan tertuduh bernama Suma pulang ke bilik sewa kira-kira pukul 7 malam hari yang sama selepas bertugas dan melihat kedua-dua anak perempuan dalam keadaan bogel dan terdapat kesan lecur pada badan mereka.

Wanita itu yang bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran bertanya mengenai kesan lecur itu dan dijawab mereka: “Bapa siram air panas sebab kakak dengan adik bising”.

Tindakan wanita yang juga pengadu kes untuk membawa kedua-duanya ke hospital dihalang oleh tertuduh.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman diringankan kerana ingin bertemu ibu bapanya yang berada di Sabah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman berat atas alasan kecederaan yang dialami oleh mangsa bukan ringan.

Pada 21 Disember 2020, Mohd. Yasin didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh kakak mangsa yang berusia sembilan tahun pada 9 Disember di bilik sewa itu. Sebutan kes ditetapkan pada 21 Februari ini.

Laporan akhbar menyebut, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2023 05:12 PM
Betul betul tiada hati dan perasaan.
Quote cmf_premierleag 27-1-2023 05:12 PM
Mula2 ko bunuh si kakak
Pastu ko simbah air panas kat si adik
Eh babi sial la kau ni
Patut dihukum bunuh jah..takde maknanya nk bagi bon jaminan berkelakuan baik apa lancau la
Quote shernazz 27-1-2023 05:12 PM
Elok kau je mati
Dah la kongkek luar nikah smpi keluar 2 anak
Pastu bunuh plak
Quote xtinkerbellx 27-1-2023 05:13 PM
Allahuakbar
Quote KamikuP 27-1-2023 05:23 PM
Ko babi.. ko babi!!! KO sial!!!
Quote Claudia_Lestat 27-1-2023 05:27 PM
Ni bukan manusia ni.. binatang pun bukan. Tahap atas dr iblis dah kot.
Quote imanjannah 27-1-2023 05:31 PM
simbah juga dia dgn air panas menggelegak tu.. pastu jgn hntar hospital, biar dia dlm Penjara je..
Quote Buritan 27-1-2023 05:34 PM
FOTHER-MUCKER replied at 27-1-2023 05:12 PM
Betul betul tiada hati dan perasaan.

Anak luar nikah lg....
Quote Prickford 27-1-2023 05:34 PM
Baca tajuk ingat kejadian dekat Indon atau India atau Mexico. Rupanyaaa...
Quote syamzana 27-1-2023 06:13 PM
x sanggup nak bc habis.
gantung je la smpai mati takyah masuk jail. lagi bagus ko mampos sendiri mereput org tak sedar. kurang dah satu lot kubur.
Quote Beribear 27-1-2023 06:25 PM
6 tahun penjara je? Bukan patut kena hukum gantung ke dah bunuh org ke kena baca balik
Quote orkidorkido 27-1-2023 06:51 PM
Memang dia buat dengan niat
kau patut mati di tali gantung
Quote namr 27-1-2023 07:23 PM
tengah marah pun sempat masak air sampai menggelegak dulu tu..mmg btl2 nak membunuh
Quote she 27-1-2023 07:26 PM
Kenapa iye manusia gini tak mati dek covid
Tak kena gilis dek treler
Tak kena timbus dek tanah runtuh

Manusia gini yang patut matiiiii
Quote immi 27-1-2023 07:27 PM
Eh ko ni babi ke taw buat anak je dah la luar nikah tp x nak jaga n bunuh plak pastu kepoh nak balik negeri konon ada makbapak. Boleh mampos la ko sampah masyarakat.
Quote ellZack 27-1-2023 07:39 PM
Beribear replied at 27-1-2023 06:25 PM
6 tahun penjara je? Bukan patut kena hukum gantung ke dah bunuh org ke kena baca balik

6 tahun tu untuk kes simbah air panas je. Yang kes bunuh next month baru sebutan.
Quote noor2 27-1-2023 07:39 PM
Ya Allah..sakit hatinya baca
Quote teen_angelJB 27-1-2023 07:46 PM
Nak mampos ke jantan ni...
Otak kat Mana...
Quote annehuda 27-1-2023 07:48 PM
Asal sabah ni geng2 abu sayyaf yg berperang kt lahad datu tu ke? Len macam jahatnye

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063620 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top