CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tidak Pernah Pijak, Tendang, Balqis Yang Gigit Bella- Siti Bainun

27-1-2023 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2282| Komen: 23

Description: KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali berkata kesan gigitan pada perut remaja sindrom Down Bella adalah berpunca dari pergaduhan antara Bella dengan seorang bekas penghuni Rumah ...
KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali berkata kesan gigitan pada perut remaja sindrom Down Bella adalah berpunca dari pergaduhan antara Bella dengan seorang bekas penghuni Rumah Bonda yang dikenali sebagai Balqis.


Menurut Siti Bainun, pertelingkahan dan kejadian gigitan itu berlaku selepas Bella dikatakan memakai pencuci muka milik Balqis.


Foto: Kosmo

“Lepas Bella pakai (pencuci muka) mereka berlari berkejaran satu rumah dan kemudian masing-masing gigit-menggigit antara satu sama lain. Saya letak minyak gamat dan krim.

“Saya sudah marah kedua-duanya seperti mana ibu bapa lain menegur anak-anak bila bergaduh. Saya pun tidak faham kenapa Bella dan Balqis ni tidak boleh sesuaikan diri bersama. Peguam saya sendiri ada tanya pada Bella pasal pergaduhan dan Bella sendiri pun setuju ada gaduh dengan Balqis,” katanya sambil menyifatkan hubungan Bella dan Balqis ibarat

‘love hate relationship’.

Siti Bainun berkata demikian ketika membaca pernyataan bela diri pada hari kedua tanpa peguam atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

Pada April tahun lalu, saksi pendakwaan kelima yang juga bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood dalam keteranganya memberitahu dia diarah oleh Siti Bainun supaya menggigit perut Bella.

Yasmin berkata, dia bertindak sedemikian kerana Bella tidak mengikut arahan Siti Bainun supaya berdiri di bahagian dobi (laundry).

Kata saksi itu tindakan Bella yang enggan mengikut arahan telah menyebabkan Siti Bainun geram dan telah mengarahkan saksi itu mengambil picagari berisi air panas, selain mengarahkan saksi itu menggigit perut Bella.

Sementara itu, berhubung dengan layanannya terhadap Yasmin yang dikatakan seperti hamba abdi, Siti Bainun berkata dia tidak tahu dari mana datangnya ‘hamba abdi’ tersebut seperti yang didakwa.

“Saya pasti cerita ‘hamba abdi’ ini hendak bagi mahkamah percaya karakter saya (buruk) dan untuk mempengaruhi orang ramai serta menjadi satu cerita sedap di media sosial,” katanya.

Siti Bainun menambah apa yang dikatakan Yasmin tidak benar apabila dalam diari Yasmin sendiri menunjukkan dia dan adik-adiknya dilayan dengan baik seperti keluarga dan wanita itu menyayangi mereka.

“Bermewah-mewah tidak. Kami hidup sederhana sahaja. Kalau ada duit lebih saya belikan mereka (penghuni Rumah Bonda) makanan yang mereka mahu. Saya juga belikan anak-anak (penghuni Rumah Bonda) saya barang kemas jika ada wang tambahan, termasuklah untuk Yasmin,” ujarnya.

Sementara itu, berhubung dengan kecederaan pada Bella, Siti Bainun berkata, hasil pemeriksaan oleh saksi pendakwaan kedua, yang merupakan seorang doktor terhadap paru-paru, abdomen dan kaki Bella mendapati ia menunjukkan keputusan normal.

“Bella ini memang sangat-sangat sihat. Dia tidak ada sakit asma atau apa-apa sakit. Dapatan ini menunjukkan saya tidak pernah memijak perut, menendang perut, menyuruh berdiri lama dan apa jua jenis penderaan yang direka-reka saksi-saksi tidak pernah berlaku,” katanya lagi.

Siti Bainun turut memberitahu sekiranya benar dia berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin dia akan cuba menyembuhkan Bella.

“Tiada keperluan untuk saya bertanya kepada ahli farmasi ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya dan juga menghabiskan wang ringgit bagi membeli segala keperluan dan ubat yang terbaik serta sesuai seperti dicadangkan oleh ahli farmasi,” katanya lagi.

Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung lagi 20 Februari ini dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun, 31, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 27-1-2023 04:01 PM
suruh gigit perut???

wtf is that???
Quote KamikuP 27-1-2023 04:07 PM
Ko jahat benon belon.. ko jahat .
Quote sangbara2020 27-1-2023 04:20 PM
ok 1st....kelim tacang je la..
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2023 04:21 PM
Aikenotlaaa....

[youtube]PSKQ3ZNQ_O8[/youtube]
Quote awanearisu 27-1-2023 04:27 PM
Siapa pun yang melakukan, hakikatnya keadaan Bella merosot ketika di bawah jagaan tertuduh. Sebagai seorang penjaga, Bainun perlu bertanggungjawab.

Tambahan lagi, sudah dilaporkan sebelum ini bahawa Bella dijumpai berseorangan di dalam rumah yang tiada penghuni lain. Tergamak ya membiarkan seorang remaja OKU sendirian tanpa sesiapa.
Quote Buritan 27-1-2023 05:31 PM
KamikuP: Ko jahat benon belon.. ko jaha ...
KamikuP: Ko jahat benon belon.. ko jaha ...


Tak brani nak tuduh.. ujung ujung depa bergaduh antata bebudak.. salah benun mgkin dr segi tak hantar ke klinik kaa.. budak down sindrom.ni ade tantrumnyaa
.
Quote orkidorkido 27-1-2023 06:48 PM
Benon boleh manoeuvre case better than the lawyers hehe
Quote habisnamadahni 27-1-2023 07:56 PM
aku hanya tunggu penghujungnya saja...dok nmpk paling kurang kena denda 10riban
Quote ctaz 27-1-2023 08:17 PM
benun mengunakan taktik konar baring...tahap cecah dagu....
Quote gorjeous 27-1-2023 08:54 PM
Pusing selagi boleh pusing... dengar boleh, percaya jangan...
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2023 08:57 PM
konar baring













Quote dani-rox 27-1-2023 08:59 PM
Siti Bainun turut memberitahu sekiranya benar dia berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin dia akan cuba menyembuhkan Bella.


ada jah kes pendera ubatkan kecederaan mangsa, tp pastuh dia bantai lagi.
Quote she 27-1-2023 09:29 PM
Sedangkan suami pukul bini pecah muka pun
Memalam tolong tuamkan
Pelok2 ciom2 sikit
Letak ubat gamat

Pastu esok lusa bantai balik
Gitulah kekdahnya
Quote helicornia 27-1-2023 09:43 PM
Ye kaka.iols pun rasa gitu.silap bainun ni bab pengabaian.bab dera tu susah nk buktikan takat ckp si yasmin tu je
Quote missyL 27-1-2023 09:49 PM
Amboi Senang nye menipu
Quote missyL 27-1-2023 09:50 PM
she replied at 27-1-2023 09:29 PM
Sedangkan suami pukul bini pecah muka pun
Memalam tolong tuamkan
Pelok2 ciom2 sikit

Gitu la uols klo laki bini dv nie
Siang kene hempuk
Mlm kene lain plk

Pastu mengandung
Pastu same je mengandung pn kene hempuk
Quote missyL 27-1-2023 09:52 PM
awanearisu replied at 27-1-2023 04:27 PM
Siapa pun yang melakukan, hakikatnya keadaan Bella merosot ketika di bawah jagaan tertuduh. Sebagai  ...

Klo btol lah cmtu kn
Knp si benon ni x bawak g sepital kan
Klo btol bertanggungjawab sket pn cedera tros ke sepital
Quote nononcrux 28-1-2023 11:06 AM
tanggungjawab sbg penjaga memastikan jagaan dlm keadaan selamat & terbela..
siapa pon melakukan bainun tetap diambil tindakan
Quote grouper 28-1-2023 11:14 AM
Sebenarnya diorg ada amik keterangan kat bella x...dia ada cakap x apa yg sebenarnya jadi?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057528 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top