CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Hilang Pekerjaan, Perniagaan Makanan Dipulaukan, Hilang Segala-Galanya Kerana Tuduhan Tidak Berasas,"-Siti Bainun

27-1-2023 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4161| Komen: 76

Description: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dirinya diugut bunuh, dicemuh dan hilang pendapatan sejak kes pertuduhan terhadapnya tular.
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dirinya diugut bunuh, dicemuh dan hilang pendapatan sejak kes pertuduhan terhadapnya tular.

Memetik laporan Berita Harian, dia membela diri tanpa kehadiran peguam belanya menyatakan bahawa saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin telah menjejas dan memusnahkan hidupnya.


“Saya dikecam dan diugut bunuh sejak daripada kes ini tular sehingga ke hari ini, hampir setiap masa.

“Saya juga dicemuh, dihina disebabkan tindakan Zurianty menyebarkan video Bella yang disunting.

“Rumah Bonda juga ditutup dan saya sudah pulangkan rumah yang saya ubah suai bagi tujuan keselesaan penghuninya dengan wang sumbangan.

“Saya hilang pekerjaan, perniagaan makanan saya seperti dipulaukan. Pendek kata, saya hilang segala-galanya kerana tuduhan tidak berasas ke atas saya ini,” katanya.

Selain ugutan, dia juga takut untuk keluar rumah dan nyawanya pernah diancam semasa hendak mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya dapatkan rawatan di hospital pun, ada jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” ujarnya.



Foto: XTRA

Terdahulu pagi tadi, Hakim Izralizam Sanusi membuat penetapan prosiding kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella, perlu diteruskan kerana tidak mahu kes tersebut ditangguh lagi.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, Siti Bainun diperintah membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella,13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 27-1-2023 09:29 AM
dah kau jahat sgt.. padan le muka.. ko  ingat lepas ko seksa budak bella tu ko dpt makan sedap lagi mcm biasa? kirim salam
Quote prettyuglybabe 27-1-2023 09:59 AM
kalau video kena sunting, cedera kat badan budak tu depa sunting jugak ke?
orang kejam macam kau memang tak patut hidup pun..
Quote Orangkaya99 27-1-2023 10:02 AM
taik keput lah kau benon
Quote zuliana29 27-1-2023 10:02 AM
daripada tangguh lama2 ni elok terima saja hukumannya..
Quote allshares 27-1-2023 10:34 AM
Cash la namanya utk ko
Quote cmf_premierleag 27-1-2023 10:54 AM
Padan muka ko la benon gemokkkk
Selayaknyalah kau dipulau dan dipandang hina dina smpi kau mampossss
Quote babelina 27-1-2023 11:10 AM
still ckp tuduhan x berasas.. ayoooo.. moga ko diberi hidayah..
Quote chandrahusin 27-1-2023 11:15 AM
Ni jenis dia buat org boleh
Org buat dia tak boleh
Sial sgt perangai
Quote Orenn1 27-1-2023 11:16 AM
amboiii tuduhann tak berasass kononn, phuiiii
Quote kasibiman 27-1-2023 11:18 AM
cmf_PariS replied at 27-1-2023 09:29 AM
dah kau jahat sgt.. padan le muka.. ko  ingat lepas ko seksa budak bella tu ko dpt makan sedap lagi  ...

Setuju sangat dgn komen pertama bebenang ni
Quote supernaturalee 27-1-2023 11:21 AM
“Saya dapatkan rawatan di hospital pun, ada jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” ujarnya.


klu btl tuduhan ni, x profesional la nurse tu

Quote sangbara2020 27-1-2023 11:27 AM
semoga bertobat
Quote kucingitam 27-1-2023 11:32 AM
sendiri cari pasal dik non...sapa suruh kau dera budak tu
Quote noor2 27-1-2023 11:39 AM
Abissssss budak tu dera diri dia sendiri ke hape??...jahat bainun ni
Quote menjad 27-1-2023 11:39 AM
pandai buat pandai lah tanggung... iols tak kesian yer.

moga mereput di penjara
Quote hareeeesah 27-1-2023 11:48 AM
Kot nurse tu just ckp karma kifarah je agaknya dia dh kata membahyakan..
bella dikerjakn dgn air panas melecur xpe pulak
Quote makadek 27-1-2023 11:53 AM
Jaki dn sitah tak muka tak cukup zat tu kan ada.. Mintakla dia promote aku tkleh blah btl tgk muka bini jaki tu... Mcm lembab tp jahat sgt
Quote lifeline 27-1-2023 11:55 AM
skrng mmg xde peguam yang wakilkan dia eh?
padan muka jahat sgt
tak sangka eh hati hitam sungguh sanggup buat bella smpai mcm tu sekali
Quote mikasa 27-1-2023 11:55 AM
Relax je dia .biasa org ada tekanan akan mengalami masalah akan kurus.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.250093 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top