CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbelit Di Leher Sampai Nak Mati, Ibu Bapa Risau Anak-Anak Ketagih Main Lato-Lato

27-1-2023 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2655| Komen: 35

Description: PETALING JAYA – Dari sebuah mainan bertukar tragedi sehingga mengundang kepada kecederaan.
PETALING JAYA – Dari sebuah mainan bertukar tragedi sehingga mengundang kepada kecederaan.

Begitulah situasi yang dialami kebanyakan kanak-kanak ketika bermain permainan viral ketika ini iaitu lato-lato.


Tinjauan di media sosial mendapati, ramai ibu bapa meluahkan rasa risau dengan ketagihan anak-anak mereka bermain permainan tersebut disebabkan warnanya yang pelbagai menjadi satu tarikan kepada golongan kanak-kanak.




Seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya yang hampir hilang nyawa apabila tali permainan tersebut terbelit pada leher.

“Bila anak kau yang tiba-tiba tiada suara, baik kau pergi cek (semak). Pertama aku tak perasan pun di lehernya, tapi hatiku tetap tak sedap, muka Ayaan (anak) diam, jari dia cuba macam tarik sesuatu di leher selepas itu dia geleng-geleng kepala.

“Berteriak aku terus sama semua kakaknya, minta tengok adik, kemudian kakaknya teriak panggil aku beritahu tersangkut tali di leher Ayaan, nasib aku ingat potong kuku di kunci kereta aku potong dab terus buang mainan itu.


“Andailah aku masih sibuk di dapur, kemas semua stok, apa akan jadi pada anak aku, hampir hilang nyawa,” katanya.

Sementara itu, seorang doktor perubatan, Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam hantaran di Facebooknya semalam memberitahu, sepanjang minggu ini, terdapat beberapa kes di kliniknya melibatkan kecederaan akibat bermain latok-latok.

“Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.

“Permainan ini ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.

“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya terutama jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.

Beliau turut meninggalkan pesanan mengenai cara terbaik untuk bermain lato-lato agar dapat mengelak daripada berlaku kemalangan.

“Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit dan elakkan bermain terlalu dekat dengan orang lain,” pesannya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 27-1-2023 01:26 PM
Lato-lato amende? Bukan budal zaman skrg main fon je ke?
Quote buapakperut 27-1-2023 01:40 PM
margo20: Lato-lato amende? Bukan budal  ...

Tengok kat tiktok, indon yang cuba mendoniakan menan takde pekdah ni. Kalau dah indon, whatddaya expect, makin mundur kebelakang la
Quote dua_chzy 27-1-2023 01:45 PM
Apa benda la ni. Tak pernah aku dengar.
Quote dua_chzy 27-1-2023 01:45 PM
Dah la nama lato2. Asal dari Pelipin ka menda ni?
Quote prettyuglybabe 27-1-2023 01:46 PM
dah tu siapa yang beli benda tu kalau bukan mak bapak..
kau mak bapak anak mintak benda yang tak guna kasi je..
pastu mula merenyeh macam-macam..
Quote shernazz 27-1-2023 01:50 PM
Hari tu kat pasar malam indon ni jual rm12 lato2 neh..
Iols.mmg.tak.le nak beli..
Baik.beli.mainan.lain
Quote syamzana 27-1-2023 01:59 PM
ape seronok main hayun2 benda alah ni.pelik2 la mainan pun.
Quote asfaz 27-1-2023 02:02 PM
Memekak ok benda lato ni
Td dh la beratur panjang panas,ada budak ni main. Bila berlaga tu sakit telinga.
Quote AyeL87 27-1-2023 02:03 PM
mainan yang bukan² je kome nie..tgk kt shopee benda nie ade jual
Quote soretos 27-1-2023 02:49 PM
Ingatkan mainN yo-yo ala kazamm tewww

Quote tri-max 27-1-2023 02:52 PM
mainan ala yo yo tp kena pandai imbang ladung
berlambak jual kat psr tani / pasar malam
tak teruja pun nak beli
nampak tak ada arah tujuan
baik aku tumbuk sambal belacan
Quote zuliana29 27-1-2023 02:55 PM
tri-max replied at 27-1-2023 02:52 PM
mainan ala yo yo tp kena pandai imbang ladung
berlambak jual kat psr tani / pasar malam
tak teruja p ...

stuju.. mainan ntah apa2.. elok main solitare tetris lagi..
Quote toynme 27-1-2023 02:56 PM
prettyuglybabe replied at 27-1-2023 01:46 PM
dah tu siapa yang beli benda tu kalau bukan mak bapak..
kau mak bapak anak mintak benda yang tak gun ...

mak bapak beli kat shopee...bodoh punya org tua
Quote ~boolean 27-1-2023 02:57 PM
Aku lagi pelik macam mana permainan yang patut main kat tangan boleh cecah sampai belit ke leher...
Quote AbukRokok 27-1-2023 02:57 PM
Mula2 latok viral
La ni latok latok viral
Ala la la latok jgn saman tolong
Quote supernaturalee 27-1-2023 02:57 PM
Edited by supernaturalee at 27-1-2023 02:58 PM

apooooo tgn hayun2 gitu je dek?   
nmpk mcm sooooo borrring




[youtube]upmEBBsbHOM[/youtube]


Quote tri-max 27-1-2023 02:58 PM
zuliana29 replied at 27-1-2023 02:55 PM
stuju.. mainan ntah apa2.. elok main solitare tetris lagi..

mcm mana tahu iols tgh main solitaire freecell nih
hahaha

Quote sara_thrash 27-1-2023 02:59 PM
bahaya kot benda ni, silap haribulan terlibas muka tak pasal.
Quote DayangKirana 27-1-2023 03:00 PM
nampak kat twitter smlm..diorang kat sabah bising benda alah ni bersepah2 dijual kat sane..
iols first time nampak..fun ke menda alah nih?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.189447 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top