View: 4010|Reply: 75
|
"Saya Hilang Pekerjaan, Perniagaan Makanan Dipulaukan, Hilang Segala-Galanya Kerana Tuduhan Tidak Berasas,"-Siti Bainun
[Copy link]
|
|
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dirinya diugut bunuh, dicemuh dan hilang pendapatan sejak kes pertuduhan terhadapnya tular.
Memetik laporan Berita Harian, dia membela diri tanpa kehadiran peguam belanya menyatakan bahawa saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin telah menjejas dan memusnahkan hidupnya.
“Saya dikecam dan diugut bunuh sejak daripada kes ini tular sehingga ke hari ini, hampir setiap masa.
“Saya juga dicemuh, dihina disebabkan tindakan Zurianty menyebarkan video Bella yang disunting.
“Rumah Bonda juga ditutup dan saya sudah pulangkan rumah yang saya ubah suai bagi tujuan keselesaan penghuninya dengan wang sumbangan.
“Saya hilang pekerjaan, perniagaan makanan saya seperti dipulaukan. Pendek kata, saya hilang segala-galanya kerana tuduhan tidak berasas ke atas saya ini,” katanya.
Selain ugutan, dia juga takut untuk keluar rumah dan nyawanya pernah diancam semasa hendak mendapatkan rawatan di hospital.
“Saya dapatkan rawatan di hospital pun, ada jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” ujarnya.
 Foto: XTRA
Terdahulu pagi tadi, Hakim Izralizam Sanusi membuat penetapan prosiding kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella, perlu diteruskan kerana tidak mahu kes tersebut ditangguh lagi.
Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, Siti Bainun diperintah membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella,13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. -CARI
Sumber: XTRA |
|
|
|
|
|
|
|
dah kau jahat sgt.. padan le muka.. ko ingat lepas ko seksa budak bella tu ko dpt makan sedap lagi mcm biasa? kirim salam |
|
|
|
|
|
|
|
kalau video kena sunting, cedera kat badan budak tu depa sunting jugak ke?
orang kejam macam kau memang tak patut hidup pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
daripada tangguh lama2 ni elok terima saja hukumannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka ko la benon gemokkkk
Selayaknyalah kau dipulau dan dipandang hina dina smpi kau mampossss
|
|
|
|
|
|
|
|
still ckp tuduhan x berasas.. ayoooo.. moga ko diberi hidayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni jenis dia buat org boleh
Org buat dia tak boleh
Sial sgt perangai |
|
|
|
|
|
|
|
amboiii tuduhann tak berasass kononn, phuiiii |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_PariS replied at 27-1-2023 09:29 AM
dah kau jahat sgt.. padan le muka.. ko ingat lepas ko seksa budak bella tu ko dpt makan sedap lagi ...
Setuju sangat dgn komen pertama bebenang ni |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya dapatkan rawatan di hospital pun, ada jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” ujarnya.
klu btl tuduhan ni, x profesional la nurse tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sendiri cari pasal dik non...sapa suruh kau dera budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Abissssss budak tu dera diri dia sendiri ke hape??...jahat bainun ni |
|
|
|
|
|
|
|
pandai buat pandai lah tanggung... iols tak kesian yer.
moga mereput di penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Kot nurse tu just ckp karma kifarah je agaknya dia dh kata membahyakan..
bella dikerjakn dgn air panas melecur xpe pulak |
|
|
|
|
|
|
|
skrng mmg xde peguam yang wakilkan dia eh?
padan muka jahat sgt
tak sangka eh hati hitam sungguh sanggup buat bella smpai mcm tu sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Relax je dia .biasa org ada tekanan akan mengalami masalah akan kurus. |
|
|
|
|
|
|
|
masa buat keje2 deraan ko tak pikir plak?
hadap lah semua kifarah dugaan hidup ko skrg ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|