CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Orang Kesian Tunjuk Gambar Anak 'Meninggal', Lelaki Kaut RM1300

27-1-2023 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1905| Komen: 26

Description: Kuala Lumpur: Dengan bermodalkan gambar mayat di atas pengusung, seorang lelaki sanggup menggunakan alasan anak lelakinya meninggal dunia sebelum menghilangkan diri selepas menerima wang RM1,300 milik ...
Kuala Lumpur: Dengan bermodalkan gambar mayat di atas pengusung, seorang lelaki sanggup menggunakan alasan anak lelakinya meninggal dunia sebelum menghilangkan diri selepas menerima wang RM1,300 milik ahli jawatankuasa Masjid Kampung Salak Tinggi, Sepang, pada Sabtu lalu.


Dia yang mendakwa mengenali Presiden Kelab Perantau 11 Mohamad Fairuz Mohamad yang aktif dengan kerja amal sekitar Salak Tinggi, datang ke rumah nazir masjid terbabit kira-kira jam 2 petang pada Ahad lalu untuk memohon bantuan.

Kebetulan, nazir Mohamad Rosli Muhammad Hanafiah keluar bekerja dan isterinya menyerahkan wang bantuan sebanyak RM300.


Foto: Harian Metro

Mohamad Fairuz berkata, lelaki itu yang mendakwa berasal dari Kampung Salak Tinggi dan pada awalnya memaklumkan anak lelakinya berusia 20 tahun sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan memerlukan bantuan kewangan.


"Isteri nazir yang kasihan terhadap lelaki berkenaan kemudian menghulurkan wang sebanyak RM300 kepadanya," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Fairuz berkata, lelaki berkenaan juga menemui seorang ahli jawatankuasa kebajikan masjid sama untuk memohon bantuan kewangan yang didakwa untuk urusan pengebumian anaknya.

"Lelaki itu juga memberi alasan sama kononnya saya yang mengarahkannya bertemu ahli jawatankuasa itu untuk memohon bantuan kewangan.

"Ahli jawatankuasa itu yang juga amil zakat kariah kampung berkenaan kemudian menyerahkan RM1,000 kepada lelaki berkenaan," katanya.

Malah, katanya, pihak ahli jawatankuasa juga sudah membuat persiapan termasuk menggali kubur untuk jenazah anak lelaki berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi pada hari sama.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak berjaya dihubungi menyebabkan mereka (ahli jawatankuasa) menghubungi saya untuk mengetahui mengenai individu berkenaan.

"Saya amat terkejut apabila dimaklumkan lelaki terbabit menggunakan nama saya ketika meminta bantuan kewangan dengan mereka sedangkan saya sendiri tidak mengenalinya.

"Saya merasakan lelaki itu bukan berasal dari Kampung Salak Tinggi memandangkan ramai penduduk tidak mengenalinya," katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kelmarin.

'Saya tak sangka soal urus jenazah pun kena scam'

"Selama 18 tahun menjadi anak kariah masjid, ini kali pertama saya berdepan penipuan seperti ini.

"Tidak tahu apa masalah sebenar, tetapi dia tergamak menggunakan alasan anaknya meninggal dunia. Selepas dapat duit, terus hilang dan gagal dihubungi," kata Nazir Masjid Kampung Salak Tinggi Mohamad Rosli Muhammad Hanafiah.

Katanya, dia dihubungi seorang lelaki dari Salak Baiduri, dekat sini, yang memaklumkan anaknya mengalami kemalangan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, atas dasar simpati, keluarganya menghulurkan bantuan RM300 sebelum lelaki itu berjumpa pula dengan Biro Kebajikan Masjid untuk memaklumkan perkara sama.

"Kemudian dia hantar gambar mayat di atas pengusung dan mengakui itu adalah anaknya yang sudah meninggal dunia serta memerlukan kos pengurusan jenazah.

"Dia beritahu jawatankuasa biro saya luluskan RM1,000. Kemudian dia menghilangkan diri sedangkan pihak masjid sudah pun menggali liang lahad untuk pengebumian anaknya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohamad Rosli berkata, biarpun pihak masjid tidak menyediakan peruntukan pengurusan jenazah, namun atas dasar simpati, wang berkenaan disumbangkan kepada lelaki itu untuk membantunya yang 'kehilangan' anak.

Katanya, dia juga memeriksa dengan penduduk di Salak Baiduri mengenai kematian seorang lelaki berusia 20 tahun akibat kemalangan seperti didakwa, namun tiada siapa tahu mengenainya.

"Kami tunggu juga, namun panggilan tidak dijawab dan saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin dia ada masalah lain atau apa, itu terpulanglah kepada dia.

"Cuma saya tak sangka, soal pengurusan jenazah pun ada yang scam, guna alasan anak sendiri pula," katanya.

Menurutnya, liang yang sudah digali itu kemudian digunakan untuk jenazah lain, dan pihaknya akan lebih berhati-hati bagi mengelakkan perkara sama berulang lagi pada masa depan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 27-1-2023 09:47 AM
Kalau kat media sosial bila orang kecam pasal penipuan2 camni
Selalu ada babi kandang terlepas yang sokong akan cakap camni
"Takpelah dia menipu tu urusan dia dengan tuhan, janji kita dapat pahala membantu"
Quote tri-max 27-1-2023 09:58 AM
renko replied at 27-1-2023 09:47 AM
Kalau kat media sosial bila orang kecam pasal penipuan2 camni
Selalu ada babi kandang terlepas yang  ...

hhaahaha sendiri claim pahala sedangkan bodoh dalam diri mereka simpan takut busuk
Quote renko 27-1-2023 12:21 PM
tri-max replied at 27-1-2023 09:58 AM
hhaahaha sendiri claim pahala sedangkan bodoh dalam diri mereka simpan takut busuk

Ye spesis babi kandang memang camtu
Sendiri bangang tak sedar
Alasan dapat pahala
Hahahaha
Quote eyansss 27-1-2023 01:40 PM
renko: Kalau kat media sosial bila orang kecam pasal penipuan2 camniSelalu ada babi kandang terlepas yang sokong akan cakap camni"Takpelah dia menipu tu urus ...


ramai yang bengap suka guna statement ni - sedekah je la…  kalau dia tipu tu urusan dia dengan Allah swt…  bengap betul…  tau tak yang korang pun ada saham dosa sebab jadi enabler kepada penipu2 ni…

Quote shernazz 27-1-2023 01:51 PM
renko replied at 27-1-2023 09:47 AM
Kalau kat media sosial bila orang kecam pasal penipuan2 camni
Selalu ada babi kandang terlepas yang  ...

Mcm.celaka.kan
Lepas tu siap kata
Bg la no akaun..saya bayarkan yang rugi tu

Lagi ramai lah scammer bikin cerita.sedih kalau gitu...
Rakyat malaysia prihatinnn
Quote asfaz 27-1-2023 01:58 PM
renko replied at 27-1-2023 09:47 AM
Kalau kat media sosial bila orang kecam pasal penipuan2 camni
Selalu ada babi kandang terlepas yang  ...

Moto lalu kat laluan kereta kat tol pun ada so banggang kata halal kan aje. Dpt pahala katanya
Quote renko 27-1-2023 02:35 PM
eyansss replied at 27-1-2023 01:40 PM
ramai yang bengap suka guna statement ni - sedekah je la…  kalau dia tipu tu urusan dia dengan Al ...

Hahahahahaa jadi tali barut penggalak penipu dia tak pikir lak pasal dosa
Bodoh punya puak camni
Quote renko 27-1-2023 02:36 PM
shernazz replied at 27-1-2023 01:51 PM
Mcm.celaka.kan
Lepas tu siap kata
Bg la no akaun..saya bayarkan yang rugi tu

Acah2 nak tunjuk konon dia baik dan prihatin
Bangsat orang camni sebab rasa dia terpaling bagus bantu orang
Orang lain suma sial sebab tak menolong pada kepala hotak level babi dia tu
Quote renko 27-1-2023 02:37 PM
asfaz replied at 27-1-2023 01:58 PM
Moto lalu kat laluan kereta kat tol pun ada so banggang kata halal kan aje. Dpt pahala katanya

Tu la pasal bangang
Bukan masalah nilai tu je
Perbuatan tu sekali kan ke sial tu
Tu la sial puak2 acah2 suci ni
Husnuzon tak bertempat
Kahak kan je
Quote eyansss 27-1-2023 02:52 PM
renko replied at 27-1-2023 02:35 PM
Hahahahahaa jadi tali barut penggalak penipu dia tak pikir lak pasal dosa
Bodoh punya puak camni

kannnn...  acah2 jadi baik nak buat pahala sekali dosa ikut berjemaah...
Quote renko 27-1-2023 02:56 PM
eyansss replied at 27-1-2023 02:52 PM
kannnn...  acah2 jadi baik nak buat pahala sekali dosa ikut berjemaah...

Menggalakkan penipuan
Lepas tu meroyan bila scammer makin banyak
Bangang2 cmni ingat scammer pakai call je kot
Quote asfaz 27-1-2023 03:19 PM
Edited by asfaz at 27-1-2023 03:20 PM
renko replied at 27-1-2023 02:37 PM
Tu la pasal bangang
Bukan masalah nilai tu je
Perbuatan tu sekali kan ke sial tu


Pelik dgn org yg terlampau husnuzon ni.
Ada yg suruh halalkan hutang pun ada..hati senang dapat pahala katanya.
Bodohpiang betul.
Ntah2 realiti,org hutang dia singgit pun dia memekak. Ataupun dia Kaki hutang tak bayar
Quote Nnasda53 27-1-2023 03:29 PM
renko replied at 27-1-2023 09:47 AM
Kalau kat media sosial bila orang kecam pasal penipuan2 camni
Selalu ada babi kandang terlepas yang  ...

Vavi mcm ni dia punya husnuzon tahap vodoh baik pergi mati je.
Sbb yg kena tipu tu bukan duit dia.
Cuba duit dia mau terkeluar ayat matila kau merangkak la cari di padang masyhar.
Quote Orix 27-1-2023 03:31 PM
proof lobai mmg ramai yg bodoh.
Quote namieamuro 27-1-2023 03:41 PM
rakyat malaysia mmg suke bersedekah. kalau kene tipu pun takpe. sbb die tak berdose. rugi didunia je katenye. diakhirat dpt ganjaran sedekah

itu psl ler puak pati sayannnngggg sgt Malaysia. berboat2 dtg Malaysia. syurga pemintak sedekah.
Quote sangbara2020 27-1-2023 03:59 PM
yg tepi2 jalan tu pun scam jugek kheun....iolls xnak beli tau...melampau2..sampai kita lak nk beri laluan ke dia meniaga ...tgh jalan hokeh....anat sungguh perangai
Quote shernazz 27-1-2023 05:09 PM
renko replied at 27-1-2023 02:36 PM
Acah2 nak tunjuk konon dia baik dan prihatin
Bangsat orang camni sebab rasa dia terpaling bagus ba ...

Mcm hanat kan
Baik tak bertempat..
Lagi la galak scammer buat keje menipu
Quote renko 27-1-2023 10:04 PM
asfaz replied at 27-1-2023 03:19 PM
Pelik dgn org yg terlampau husnuzon ni.
Ada yg suruh halalkan hutang pun ada..hati senang dapat p ...

Ha selalunya camni lah
Jenis hutang tak mau bayar
Duk berharap orang halalkan
Babi orang cmni
Quote renko 27-1-2023 10:05 PM
Nnasda53 replied at 27-1-2023 03:29 PM
Vavi mcm ni dia punya husnuzon tahap vodoh baik pergi mati je.
Sbb yg kena tipu tu bukan duit di ...

Time dia kena scam jangan buat pasal
Habis segala hadis dia petik buat modal meroyan dia
Hahahahaha

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058089 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top