CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Trafik Parah Dirempuh X70 Tiba-tiba Ubah Laluan

25-1-2023 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1233| Komen: 7

Description: Seorang anggota polis trafik parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer (km) 8.9 Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam menuju Klang ketika membuat pemantauan dalam Operasi (Op ...
Seorang anggota polis trafik parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer (km) 8.9 Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam menuju Klang ketika membuat pemantauan dalam Operasi (Op) Selamat, hari ini.


Abdul Jalil Md. Said, 35 anggota berpangkat sarjan yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu dilaporkan bertembung dengan sebuah kereta yang didakwa mengubah laluan secara tiba-tiba.


ABDUL Jalil Mad. Said dibawa ke Hospital Shah Alam selepas terlibat dalam kemalangan ketika memantau Op Selamat di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, anggota berkenaan terlibat dalam kemalangan semasa bertugas membuat pemantauan Op Selamat di sekitar bandaraya ini dengan menunggang motosikal peronda.

“Ketika mangsa sedang melalui susur masuk ke stesen minyak, sebuah kereta jenis Proton X70 secara mengejut membelok ke simpang kiri untuk masuk ke stesen minyak berkenaan.


“Oleh demikian Abdul Jalil, tidak sempat mengelak lantas melanggar bahagian kiri kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta bengkak di mata sebelah kiri dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

Sementara pemandu kereta berkenaan yang berusia 42 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis mengarahkan pemandu kereta berkenaan ke IPD Shah Alam bagi membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cepheid 25-1-2023 04:54 PM
Aku hari hari lalu Federal Highway. Ada masa tak perasan yang ada polis berdiri tengah tengah garisan putih dekat lane tengah. Ada sekali tu kena berhenti sebab dia dah masuk ke jalan dan tak nak ketepi walaupun tak tahan kereta. Kena hati hati juga bila jadi polis trafik ni
Quote margo20 25-1-2023 05:00 PM
Pasni polis kena pakai baju belon siap siap kot terlanggar bole melantun balik
Quote Travelo 25-1-2023 05:04 PM
tengok dari saiz badan polis ni mesti ada buat salah ni,tu yg dapat bala?
Quote gekkou 25-1-2023 06:17 PM
nyaris langgar budak sekolah naik motor pagi ni
dibantainya keluar simpang macam tu aje
memang panjang aku hon
siap2 gelak2 lagi budak perempuan ngek tu
memang b*d*h betul
sudahlah tak pakai helmet
sah2 lesen x ada lagi tu
kalau betul accident aku saman aje mak bapak budak ni
dah kat belakang ada budak sekolah rendah membonceng
semoga mampus kau dik menyusahkan aku kena break emergency di pagi hari
dan kereta belakang pun sempat elak
mujur semua kereta slow je aman2 tenang drive not rushing
Quote she 25-1-2023 06:45 PM
gekkou replied at 25-1-2023 06:17 PM
nyaris langgar budak sekolah naik motor pagi ni
dibantainya keluar simpang macam tu aje
memang panja ...

Uiii sama

Budak perempuan naik motor berdua
Dok flex depan budak lelaki

Tetiba dia pulas minyak keluar simpang
Simpang betul2 dekat selekoh
Terkejut macik
Brek
Pastu macik g tepi dia
Macik bukak tingkap tarbiah dia depan bebudak laki tu sume

Geram betoi rasa
Quote Abc246 25-1-2023 08:45 PM
Moga cepat sihat dan sembuh
Quote lostnfaun 26-1-2023 08:40 AM
cepheid: Aku hari hari lalu Federal Hig ...


Betul tue bang, polis nie kadang terleka bila berdiri tengah jalan tue. Myb dia ingat polis takkan orang berani nak langgar.

Tp zaman sekarang polis kena lebih hati² sbb ada pemandu yg khayal masa bawa kereta, tak alert persekitaran memandu dok main jalan tegak jer

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.159303 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top