CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kamera Dalam Fitting Room, Staf Pusat Beli-Belah Dan Pihak Penyelenggaraan Disiasat

25-1-2023 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1553| Komen: 8

Description: Polis merekod keterangan 11 individu untuk siasatan video tular yang memaparkan rakaman kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah, di sini.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asiste ...
Polis merekod keterangan 11 individu untuk siasatan video tular yang memaparkan rakaman kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, terdapat empat video diterima mengenai kes terbabit.



Polis menerima laporan daripada pengurus keselamatan selepas rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara menjadi tular. - Foto IPD Dang Wangi

"Setakat ini, 11 direkod keterangan membabitkan kakitangan pusat beli-belah terbabit dan pihak penyelenggaraan.

"Kita juga ada terima satu laporan dibuat mangsa seorang wanita pada semalam (Selasa)," katanya kepada pemberita semasa Hari Bersama Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Rabu.

Beliau berkata, polis juga sedang menunggu laporan hasil analisa kesemua video itu daripada pihak Cyber Security.


Katanya, siasatan masih dijalankan termasuklah individu yang bertanggungjawab memasang kamera di bilik persalinan selain mengesan pemilik akaun media sosial terbabit.

"Kita gesa semua mangsa dalam rakaman terbabit untuk tampil bantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Pada 11 Januari, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan yang dibuat pengurus kawalan keselamatan sebuah premis berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 25-1-2023 05:25 PM
dlm fittingroom pn buat pojek.. baru taw port tu pon ons..
Quote Bawang123 25-1-2023 05:28 PM
Kita gesa semua mangsa dalam rakaman terbabit untuk tampil bantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Soalan jujur:
Macamana mangsa nak tahu?
Quote Adrif 25-1-2023 06:03 PM
ko dah kenapa biol pegi beromen dalam fitting room tu. sengal

murahnya harga diri. takde maruah

bukannya confirm korang kawen pun. masing2 nak puaskan nafsu je. lepas tu blah

esok lusa cari baru. kawen cerai kawen cerai
Quote Abc246 25-1-2023 09:14 PM
Sakit nya hati. Dah tak selamat dah mana mana sekarang ni
Quote OyenLemas 25-1-2023 11:55 PM
itula tu. mcm mana nk tahu siapa mangsa tu?
Quote rogayahtop 27-1-2023 04:57 AM
kapel servis tote tu suapek jugak tu kan. onlyfans gitu
Quote cherie.mint 27-1-2023 05:09 AM
Dalam fitting room pn sempat. X berbunyi plak ek?
Quote Nurkaseh01 29-3-2023 12:45 AM
Macam takde tempat lain nk project pon

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.190270 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top