CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al Sipal Makan Sotong Hidup Untuk Bertahan Sepanjang 14 Jam Hanyut Ketika Memancing

25-1-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 979| Komen: 6

Description: Seorang lelaki terpaksa makan sotong hidup untuk bertahan sepanjang 14 jam hanyut di perairan antara Pulau Manggalum dan Pulau Gaya di sini pada Selasa.Al Sipal Abdullah, 31, berjaya menyelamatkan dir ...
Seorang lelaki terpaksa makan sotong hidup untuk bertahan sepanjang 14 jam hanyut di perairan antara Pulau Manggalum dan Pulau Gaya di sini pada Selasa.

Al Sipal Abdullah, 31, berjaya menyelamatkan diri daripada lemas akibat seharian hanyut sejak jam 10.30 pagi selepas menemui kru sebuah kapal kira-kira jam 11.30 malam.



Al Sipal menunjukkan tangannya yang dalam keadaan pucat selepas 14 jam hanyut di laut di perairan antara Pulau Manggalum dan Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Difahamkan, Al Sipal bersama dua lagi rakannya keluar memancing di perairan berkenaan pada jam 4 pagi dengan menggunakan bot masing-masing untuk bergerak.

Bagaimanapun, bot yang dinaikinya ditemui dalam keadaan berpusing oleh dua rakannya manakala mangsa tidak berada di kawasan berkenaan.

Menurut sepupunya, Sahidjuan Abdul Rahim, 37, selepas dimaklumkan kehilangan Al Sapal, dia bergegas membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang.


"Saya buat laporan polis di Balai Polis Alam Mesra untuk mendapatkan bantuan berikutan kehilangan sepupu saya di laut.

"Namun keadaan cuaca kurang baik ketika itu menyukarkan operasi mencari dan menyelamat Al Sipal.

"Tetapi kami akhirnya menerima maklumat bahawa Al Sipal berjaya diselamatkan kru kapal di kawasan belakang Sepanggar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, sebaik menerima maklumat berkenaan, dia dan beberapa orang bertindak mencari kapal berkenaan untuk mengambil Al Sipal.

"Kami tiba di kapal itu kira-kira jam 1 pagi dan Al Sipal ditemui dalam keadaan lemah kerana terlalu lama hanyut di laut selain kehabisan tenaga kerana berenang.

"Al Sipal diberi rawatan awal sebelum kami bawa dia pulang ke rumah selepas keadaannya beransur pulih," katanya.

Ditanya bagaimana Al Sipal mampu bertahan selama 14 jam di laut, Sahidjuan berkata, sepupunya itu terpaksa memakan sotong hidup serta menggunakan teknik berenang mengikut arus.

"Dia memaklumkan terpaksa menggunakan teknik berenang secara menelentang dan hanya mengikut arus yang kebetulan ketika itu menghala ke tanah besar.

"Pada masa sama, dia terpaksa memakan sotong hidup untuk bertahan untuk mendapatkan tenaga.

"Pada mulanya dia yang digigit sotong dan terasa pedih tetapi disebabkan mahu hidup dia yang makan sotong berkenaan," katanya.

Sahidjuan berkata, sepupunya itu ketika ini dalam keadaan sihat dan sedang berehat di rumah keluarganya di Rugading, Tuaran.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 25-1-2023 04:49 PM
Hebatnya boleh terapung

Macik yang fobia air dalam ni
Kalau jatuh
Macik pejam mata
Tangan silang kiam
Mengucap
Ok bye donia
Macik akan merindui warga porum semua
Quote Abc246 25-1-2023 08:46 PM
Huhu tak dapat bayangkan sorang2 kat tengah laut tu
Quote orangbiasaje 26-1-2023 12:25 AM
"Pada mulanya dia yang digigit sotong dan terasa pedih tetapi disebabkan mahu hidup dia yang makan sotong berkenaan,"

Nasib kaulah sotong. Mangsa jadi pemangsa.
Quote Perawankota 26-1-2023 05:14 AM
Teringat ex bos pernah pi mancing kat langkawi, tiba2 ribut kt tengah laut, bot dorg pecah.. Nasib dia baik, dia dapat peluk tong ikan.. Berjam2 jugak dorg bergantung harap pada tong tu smpi nelayan jumpa dorg..
Tak silap siap masuk berita kisah, dorg masa tu.
Quote sangbara2020 26-1-2023 07:34 AM
ala bru 14 jam...patut ni la kesempatan nak diet..kang kenyang nau nak memerut lagi
Quote noor2 26-1-2023 08:27 AM
Baru akak tahu sotong makan org juga.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049286 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top