CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Nak Kencing Alasan Elak Disaman Guna Lorong Kecemasan

24-1-2023 08:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 890| Komen: 6

Description: Amaran demi amaran dikeluarkan Polis Diraja Malaysia ternyata tidak memberi kesan ke atas segelintir pemandu yang tetap berdegil menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan sepanjang Op Selamat ...
Amaran demi amaran dikeluarkan Polis Diraja Malaysia ternyata tidak memberi kesan ke atas segelintir pemandu yang tetap berdegil menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan sepanjang Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina.



Masih ada segelintir pemandu dikesan menggunakan lorong kecemasan dalam operasi di Lebuhraya Utara-Selatan.

Tinjauan Sinar Harian bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Utara-Selatan mendapati pemandu terbabit sedar melakukan kesalahan bagaimanapun pelbagai alasan diberikan bagi mengelak dari disaman.

Antara alasan yang diberikan pemandu terbabit apabila ditahan anggota bertugas, antaranya 'tidak tahan untuk membuang air, dan 'laluan dihalang kenderaan berat'.


Salah seorang anggota JSPT memegang salah satu unit dron sebelum berlepas ke udara


Dalam pada itu, ketika ditahan, ada juga segelintir pemandu meminta bukti daripada pihak polis yang menunjukkan mereka telah melanggar peraturan trafik.

Dengan menggunakan dron, pihak polis mempunyai keupayaan untuk menonton suapan video dari jarak jauh dan merakam segala salah laku pemandu terbabit.


Pemantaun dari udara dapat dilakukan dan suapan video dapat ditonton pengendali dron dari jarak jauh.

Bagaimanapun, selepas dipaparkan bukti rakaman video berkenaan ada jugaa segelintir individu terbabit yang masih tidak berpuas hati dan terus berdolak-dalik serta memberi pelbagai alasan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Radi Abd Rahman berkata, pemantauan menggunakan dron berkenaan banyak membantu polis bagi memastikan peraturan trafik sentiasa dipatuhi.

Katanya, kesalahan yang kerap dikesan sepanjang Op Selamat 19 adalah menggunakan lorong kecemasan.

"Kita buat pemantauan bukan hanya menerusi Op Payung tetapi juga menggunakan dron bertujuan mendatangkan kewaspadaan kepada pengguna jalan raya walaupun tiada kelibat anggota polis.

"Penggunaan dron ini juga bertujuan menjamin kelancaran lalu lintas yang pada petang ini yang kita jangka akan berlaku kesesakan di beberapa kawasan," ujar beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 24-1-2023 10:41 PM
Bawak lah botol kosong utk peepee
Kalau ngko bini Pazli Poyo, mesti kau berak je tepi highway kan?  
Quote PanadolExtend 24-1-2023 11:15 PM
Iols penah nak terkencing sgt2 di kala highway jem. Seksa chuols.. dah bila sampai r&r parking susah, toilet pun jemm.. pundi kencing iols pun sama jem
Quote SalenaGomez 25-1-2023 09:11 AM
PanadolExtend: Iols penah nak terkencing sgt2 ...


Time2 cuti perayaan n masuk highway, minum air mmg kena bajet2 je…mmg kompom jln jam. Nak masuk rnr, toilet sume jam
Quote mamajawie 25-1-2023 10:10 AM
iollss teringat penah tengok video polis thailand tgkap sorang penunggang motor ni cross jalan pastu org tu ckap dia nk cepat sebab x tahan nak berak..yg polis tu x nak percaya n tgkap la org tu..last2 org tu berak dlm keta polis bru polis tu bengang..ahahahhahah
Quote dekmieDandy 25-1-2023 11:35 AM
ayah aku dulu pun pernah guna alasan ni, pastu kena saman

zaman dia kerja dulu memang jenis baran dengan tak menyabar sikit

sekarang dah pencen + ada cucu, dah tone down banyak dah
Quote damieniman88 25-1-2023 02:02 PM
abis tu ko je nk kencing org len taknak kencin?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.146209 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top