CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Gagal Bunuh Diri, 10 Jam Terapung Dalam Sungai

24-1-2023 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1978| Komen: 24

Description: Seorang wanita di Thailand cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Mae Klong di wilayah Samut Songkram, lapor laman berita Thaiger semalam.Wanita itu cuba melemaskan dirinya, tetapi terapung ...
Seorang wanita di Thailand cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Mae Klong di wilayah Samut Songkram, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita itu cuba melemaskan dirinya, tetapi terapung selama 10 jam sebelum diselamatkan pasukan penyelamat.



Pinthong cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. - Khaosod

Pemilik Restoran Baan Koh, Wichai Tiamcharoen, 45, menghubungi pasukan penyelamat selepas melihat ‘mayat’ seorang wanita terapung di jeti berhampiran kedai makannya.

Wanita yang kemudiannya dikenali sebagai Pinthong, 45, itu memakai baju berwarna merah manggis dan seluar hitam.

Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan terjun ke dalam sungai untuk menariknya ke tebing. Selepas menganggap dia sudah mati, pasukan itu terkejut apabila Pinthong tiba-tiba membuka matanya.

Anggota penyelamat, Samrit Karndee memberitahu bahawa selama satu dekad menyertai pasukan perkhidmatan kecemasan, dia tidak pernah melihat perkara seperti itu terjadi.


Samrit berkata, dia terkejut  melihat wanita itu membuka matanya  tetapi segera fokus untuk membantu mangsa. Pasukan penyelamat kemudian membawa Pinthong ke hospital kerana dia keletihan. 

Selepas pulih, Pinthong memberitahu, dia tertekan dan keluar dari rumah pada malam sebelumnya untuk membunuh diri di jeti berhampiran Wat Chong Lom. Lokasi itu terletak kira-kira 2 kilometer dari tempat dia ditemui.

Media Thailand melaporkan bahawa dia menghabiskan masa lebih 10 jam terapung di sungai sebelum dibantu penyelamat. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 24-1-2023 09:08 PM
Ya ampon..mmg belum ajal la ..kalau x mesti kena baham dek buaya atau ikan ke ...10 jam x mati2...

Ada ke buaya jat sg meaklong tu
Quote Hoshhi 24-1-2023 09:10 PM
Kenapa dia tak lemas? Siapa siapa boleh terangkan?
Quote noor2 24-1-2023 09:12 PM
Hoshhi replied at 24-1-2023 09:10 PM
Kenapa dia tak lemas? Siapa siapa boleh terangkan?

Dia guna teknik mengapung diri ...hehe
Quote JunkMail 24-1-2023 09:12 PM
Kau terbaring macam tu memang terapung lah dik

cuba kau terlangkup pulak.. InshaAllah mati kalau tak pandai berenang.
Quote margo20 24-1-2023 09:13 PM
Sbb pandai berenang ke? Ke sebab dia igt dia dh kt alam lain
Quote Kitty_catz 24-1-2023 09:17 PM
tak laaa.. sheols tengah healing laaaaa

apa daaaaaaaaa
Quote PanadolExtend 24-1-2023 10:25 PM
Mesti dah terjun lepastu menyesal. Jadi sheols pun apu gkan diri dgn doa ada yg dtg selamatkan
Quote airfilterkotor 25-1-2023 12:51 AM
Teringat November 2020 kat Klang, dah terjun dalam sungai pun...

tapi tak jadi bunuh diri sebab nampak kelibat buaya.
Quote edayildiz 25-1-2023 01:17 AM
kalau dulu byk news dr yindon..skrg byk dr thailand..takde lak yg mrh
Quote edayildiz 25-1-2023 01:18 AM
airfilterkotor replied at 25-1-2023 12:51 AM
Teringat November 2020 kat Klang, dah terjun dalam sungai pun...

tapi tak jadi bunuh diri sebab nam ...

kelakarnya..lg senang mati kalau boya ngap
Quote bunnyj3lly 25-1-2023 01:50 AM
edayildiz replied at 25-1-2023 01:18 AM
kelakarnya..lg senang mati kalau boya ngap

Painful death gamaknya kalau kena ngap dengan boya
Quote -Suri- 25-1-2023 06:10 AM
Kelakar lak baca tp at the same time kesian pun ada kat dia
Quote Suchi 25-1-2023 07:59 AM
Tidur dlm keta pasang air cond dan tutup semua tingkap jer.
Tak perlu susah2 terjun sungai.
Quote Simunggu 25-1-2023 08:09 AM
kasian, nasib baik tak ada boya mcm di sabah
Quote airfilterkotor 25-1-2023 10:33 AM
edayildiz replied at 25-1-2023 01:18 AM
kelakarnya..lg senang mati kalau boya ngap

Kena ngap dengan boya, jasad takkan sempurna berbanding lemas. Sempat juga beliau buat kalkulasi algebra secara spontan samada lemas secara alami atau dibaham boya.
Quote _blackbird 25-1-2023 10:50 AM
Hoshhi replied at 24-1-2023 01:10 PM
Kenapa dia tak lemas? Siapa siapa boleh terangkan?

baring terlentang mcm tu dlm keadaan aman damai dan tenang mmg terapung nok ala2 mcm sea otter. hehehe biasa yg buat lemas ni bukan sebab tak pandai berenang tapi sebab panic
Quote orangbiasaje 25-1-2023 10:51 AM
edayildiz: kalau dulu byk news dr yindon. ...


Sebab agak lawak, macam iklan2 diorg.
Quote babelina 25-1-2023 11:00 AM
bole pula dia hdapi situasi tu.. pasnie dia akn bertambah tabah la hadapi hidup..
Quote mejaputih 25-1-2023 12:07 PM
tak sejuk ke dlm air 10 jam?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.131388 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top