CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Adik-Beradik' Dicekup Berkahlwat Di Hotel Bajet

24-1-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1687| Komen: 8

Description: Seorang lelaki sanggup berbohong dan mengakui teman wanitanya merupakan adik kandung ketika diperiksa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel bajet, di sini pada Ahad.Ketika pe ...
Seorang lelaki sanggup berbohong dan mengakui teman wanitanya merupakan adik kandung ketika diperiksa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel bajet, di sini pada Ahad.

Ketika pemeriksaan jam 3.30 pagi, lelaki berusia 20-an itu bersama seorang perempuan berada dalam sebuah bilik hotel.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu bilik tersebut dibuka individu terbabit.


Dua pegawai penguat kuasa JAIM sedang menyoal siasat pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di Melaka pada Ahad.

Menurutnya, selepas diminta menjelaskan situasi berdua-duaan dengan seorang gadis, pemuda itu berkali-kali mendakwa remaja perempuan itu adalah adiknya.

"Tanpa sebarang bukti dan dokumen, mereka akhirnya membuktikan bukan adik-beradik.

"Mereka juga mengaku bermalam di situ untuk berehat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Jelas beliau, pasangan muda itu antara 10 pasangan kekasih yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu Cina di kawasan Simpang Ampat dan Rumbia, Alor Gajah.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 56 dan telah dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.

Ujar beliau, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Penahanan ini juga hasil kerjasama daripada orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM yang menyalurkan maklumat dan membantu kami mengekang aktiviti tidak bermoral di Melaka," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 24-1-2023 08:00 PM
Takkan la tak tau2 lagi jangan duduk hotel budget. Kalau itu pun tak tau harap2 jangan la buat benda2 lain takut 9 bulan kemudian keluar baby free2 je kena jual dekat datin2.

Quote selipar_hijau 24-1-2023 09:02 PM
Hotel oyo ke tuu
Quote zuuu 25-1-2023 02:41 AM
Nak menipu tu pon agak2lah
Quote gideoncross 25-1-2023 10:00 AM
Lain kli cri port baik slain dri hotel klau nak buat project.
Quote Sazreena 25-1-2023 11:27 AM
Tak berbaloi langsung..
Quote mamajawie 25-1-2023 12:52 PM
iollss penah la kena cekup dengan suami tetiba kat hotel oyo..seb baik la tengah peknen bwak kad nikah sume..pastu tobat la nk stay hotel bajet ni..
Quote prettyuglybabe 25-1-2023 04:23 PM
lain kali kalau nak mengaku adik beradik, cari pasangan bin binti sama
Quote ifanonline 25-1-2023 04:25 PM
kasihan marhain nak bersenggama...jabatan agama hanya serbu tempat hotel murah aje...org miskin memang akan di diskriminasi oleh system kapitalis

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.077447 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top