CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan Mejar Polis Parah, Jatuh Tingkat Empat Beberapa Jam Sebelum Majlis Kahwin

24-1-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2307| Komen: 14

Description: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan beberapa jam sebelum majlis perkahwinannya, di sini, semalam.Ketua Polis Pe ...
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan beberapa jam sebelum majlis perkahwinannya, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 38 tahun itu yang bertugas di Kontinjen Pahang dan sedang bercuti kini berada dalam keadaan kritikal menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.




Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.45 pagi.

"Sewaktu kejadian, mangsa dalam tempoh bercuti. Dia sepatutnya berkahwin pada 23 Januari (semalam) di rumah keluarganya di Ayer Tawar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat lanjut kejadian itu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor N. Ravinthiran di talian 019-6508489 untuk membantu siasatan.


Mohd Yusri turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat tidak sah berkenaan kejadian itu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 24-1-2023 06:33 PM
Aduhh tingkat 4 tu tinggi macamna bole jatuh. Kalau polis taknak orang ramai buat spekulasi cepatlah bagitau jatuh sebab apa lepas buat siasatan
Quote slyfynx 24-1-2023 07:45 PM
Bau ikan lak kes ni.
Lagi2 bile ade ayat last, suh jangan buat spekulasi
Quote intan244 24-1-2023 07:50 PM
jatuh tingkat 4 x meninggal lagi no.
Quote rogayahtop 24-1-2023 07:54 PM
Salam takziah. Dah tiba masanya sistem pendidikan malaysia masukkan mental health dalam syllabus samada di sekolah atau uni.  Refresh balik masa training utk kerja Employers malaysia ni mmg mostly tak aware dgn isu menral health.
Quote LoveSungmin 24-1-2023 08:36 PM
suspicious betul.. maknanya semalam tak jadi kahwin la kan?
Quote tikusmontok 24-1-2023 08:44 PM
Jatuh tpt lain, bbrp jam sblom kawin tpt lain..
Quote JunkMail 24-1-2023 09:06 PM
Jatuh sebab pengantin pompuan lari ke? Tak jadi kawen? Ehhhhh aku terspekulasi pulak... Moskel sangat boleh terjatuh dari tingkat 4 ni.. lainlah tengah jalan-jalan tersadung kaki lalu terjatuh.
Quote zie_indah 24-1-2023 09:21 PM
Aduh org.kg ja ni ...awat tu apa kes ni
Quote jejaka_hensem 24-1-2023 09:26 PM
Nak speku *********,tapi tak jadi lah sebab polis dah pesan jangan buat spekulasi sendiri
Quote Decaffeinated 25-1-2023 12:02 AM
Polis tu bujang ka? Bukan speku, tanya
Quote dua_chzy 25-1-2023 12:06 AM
1. Ada unsur khianat.

2. Ada unsur khianat.

3. Ada unsur khianat.

Tak logik nak bunuh diri sebelum majelis kawin. Unless kaki capub nan limelight pi kat dia even through death?
Quote TomyamPuteh 25-1-2023 07:35 AM
Ke dia terjun sndiri sbb nk cover dia tak mampu nk berbini.Straight to the point songsang la.
Quote zehra2 25-1-2023 08:09 AM
kot tk nk kawin ari tu, nikah ler ari lain.
yg pi terjun tu pasal apa. byk perkara boleh bwk bincang
Quote gideoncross 25-1-2023 10:01 AM
slyfynx replied at 24-1-2023 07:45 PM
Bau ikan lak kes ni.
Lagi2 bile ade ayat last, suh jangan buat spekulasi

Hri tu msuk gaung, ni plak jtuh dri tingkat 4 pstu kdua2 mngsa mempunyai pkerjaan yg sma.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.168602 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top