CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hormati Sikitlah Jalur Gemilang, Boleh tak?

14-9-2015 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15854| Komen: 21

Description: Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka berntuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Moh ...



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.nkkhoo.com/


Sejarah pnerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. 


Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandinagn ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. 

sumber foto : http://3.bp.blogspot.com/


Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. 

Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan menglilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri. 

sumber foto :http://3.bp.blogspot.com/


Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka berntuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad Bin Hamzah. 


sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/


Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/


Jalur menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu yang menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Ianya memberi pengertian yang melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. 

sumber foto : https://upload.wikimedia.org/


Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan. 

Antaranya Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. 

Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia. 

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 

Sebagai rakyat Malaysia yang waras adalah kurang bijak kita melakukan sesuatu tindakan yang tidak elok ke atas jalur gemilang termasuk membakar dan memijaknya.

Jadi, boleh tak menghormati Jalur Gemilang iaitu bendera kebanggaan kita semua? - CARI Infonet



Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/
26

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enKeladi 14-9-2015 04:00 PM
malaysia tanah air ku.....bendara oh bendera...sekarang dah tukar...jalur gemilng oh jalur gemilang
Quote ladybird_ 14-9-2015 05:31 PM
baru tahu....
Quote aiskrimvanilla 14-9-2015 05:43 PM
besar jasa pencipta bendera ni... tak nak bagi title DATO kaa?
Quote revolusi_30 14-9-2015 05:44 PM
npe x pakai bendera asal persekutuan..? Sang Saka
Quote revolusi_30 14-9-2015 05:45 PM
nampak megah sikit...ne persis bendera amrika jah
Quote imransulaiman 14-9-2015 06:15 PM
Reka bentuk ke3 tu macam dominan bendera Johor. Macam mana boleh ubah jalur biru tu kepada merah? Nak juga tau

Tapi Jalur Gemilang memang nampak GAH!
Quote Komrade 14-9-2015 06:23 PM
ubah ke jalur merah putih...nak tunjuk kita pernah dijajah british la kot...
Quote shernazz 14-9-2015 06:26 PM
ts loo ni loo tung siang ke..

mula la aku teringat edisi khas ni
Quote mbhcsf 14-9-2015 06:28 PM
i see...cool stuffs.

i pun tak peka dangan hal ni iaitu bilangan jalur

sebab masa Tahun 2 dulu ada disebut 14 jalur mewakili 13 negeri + 1 federal territory

tapi la ni ada  wilayah persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan

so...ada effect pada bilangan jalur ke?
Quote mbhcsf 14-9-2015 06:29 PM
yg rekaan pertama tu  jalur biru dan putih  - haha I teringat scots  -  Alan shearer ...hehee
Quote rabudota 16-9-2015 05:24 PM
Video Dewi Persik Bugil Sehabis Berenang

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Koleksi Foto Bugil Amel Alvi

Koleksi Foto Bugil Ayu Ting Ting

Foto Bugil VJ Marissa Sexy Banget
Quote Emperor95 16-9-2015 06:03 PM
masa inilah untuk bercerita tentang bendera
Quote SultanSingapore 16-9-2015 10:00 PM
rabudota replied at 16-9-2015 05:24 PM
Video Dewi Persik Bugil Sehabis Berenang

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Alahai ..., tak habis2 bagi foto bugil
Quote Mawlay 16-9-2015 10:17 PM
SultanSingapore replied at 16-9-2015 10:00 PM
Alahai ..., tak habis2 bagi foto bugil

mesti kau ada klik kan
Quote wwwvvvwww 16-9-2015 10:23 PM
Macam tak habis jer citer
Quote starbee 18-9-2015 12:20 PM
besar jasa pereka Jalur Gemilang tu... tapi aku suke panggil Bendera Malaysia...
Quote Simunggu 18-9-2015 02:39 PM
bukan ada 1 bangsa tu ambil gambar jalur gemilang terbalik..beramai ramai pula tu...dengan sengaja buat lagi tu & bangga pula....hebat hebat hebat...
Quote wwwvvvwww 18-9-2015 03:31 PM
Simunggu replied at 18-9-2015 02:39 PM
bukan ada 1 bangsa tu ambil gambar jalur gemilang terbalik..beramai ramai pula tu...dengan sengaja b ...

Nak tau hebat tak hebat cuba buat kat tepi jalan sana. Pastikan duit kos rawatan hospital dah disediakan
Quote wwwvvvwww 18-9-2015 03:32 PM
Macam tak lengkap jer cerita bendera malaysia nih.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060708 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top