CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shabery: Bendera Tidak Dikibar Sebab Pembangkang

29-8-2013 12:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16344| Komen: 165

Description: Perbezaan Politik Tidak Seharusnya Menghakis Semangat Patriotisme Dan Rasa Megah Untuk Mengibarkan Bendera Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan, Kata Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Sh ...
'Ketepikan politik, ayuh kibarkan Jalur Gemilang'
29 Ogos 2013




  •  
  • Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR - Perbezaan politik tidak seharusnya menghakis semangat patriotisme dan rasa megah untuk mengibarkan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Beliau berkata meskipun parti pembangkang di negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia semakin ramai menjadi perwakilan, namun apabila tibanya Hari Kebangsaan, rakyat negara itu mengenepikan fahaman politik untuk bersatu padu dan mengibarkan bendera di rumah masing-masing.

Katanya beliau dukacita dan kesal kerana berdasarkan pemerhatian, semangat dan kesedaran untuk mengibar Jalur Gemilang secara megah di setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta di negara ini dilihat semakin kurang.

"Sekarang bendera (Jalur Gemilang) tidak nampak. Saya berasa sedih. Keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.


"Saya pergi ke negara jiran di sebelah selatan. Negara itu sambut Hari Kebangsaan pada 9 Ogos. Kalau masuk negara mereka, dari lapangan terbang sehingga ke bandar, saya lihat bendera negara itu dipasang secara tersusun di pangsapuri dan kondominium," katanya ketika menjadi tetamu program Soal Jawab TV3 malam semalam.

Beliau berkata perkara sama juga dapat dilihat di Indonesia dan Thailand, iaitu apabila tiba masa untuk menunjukkan perasaan cinta dan mempertahankan simbol negara, rakyat negara itu memberi komitmen secara seratus peratus.

"Jangan kata negara Singapura tidak ada pembangkang. Thailand pun ada pembangkang sehingga ada kumpulan 'Red Shirt' dan 'Yellow Shirt', dan berlaku rampasan kuasa tentera.     "Tetapi, pada Hari Kebangsaan, rakyat negara-negara itu semua sayang kepada negara dan raja. Sama juga di Indonesia. Di sini terutamanya di Putrajaya yang mempunyai kuarters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang," katanya.

Ahmad Shabery berkata sesetengah rakyat Malaysia menunggu kerajaan memberi bendera.
"Saya tengok satu blok cuma satu dua unit pasang bendera, dan satu blok langsung tidak ada bendera. Walaupun ramai berkata patriotisme terletak di hati dan bukannya pada bendera, saya rasa bila tiba waktunya, 'ritual' semangat kemerdekaan perlu ada," katanya. - Bernama


21

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
21

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 29-8-2013 11:20 AM

...kah kah kah kah kah.................

dis probabli the most stupidiest stetmen from an Umeno kabinet munister.....
Quote freebird 29-8-2013 11:22 AM
Mulut berbuih...kata nak resign kalau kalah debat...
Bila lagi?
Quote ifanonline 29-8-2013 11:22 AM
dlm keadaan ekonomi yg tidak menentu, pembelian bendera pakai duit sendiri di anggap membazir...
Quote ctaz 29-8-2013 11:25 AM
bangangnyer...Nauzubillah...
tu la byk sgt makan duit haram...statement pun tahap haramjadah............
Quote kecimpret 29-8-2013 11:25 AM
bangang bin baghal binti goblok!!



aku undi PR dan aku kibar bendera
Quote prettyuglybabe 29-8-2013 11:26 AM
office sy pun tak pasang bendera tahun ni. bukan sebab tak sokong gomen, pembangkang ke apa. tapi sebab lupa
Quote NIXAR 29-8-2013 11:26 AM
teringat masa dia debat dgn Anwart
Quote cikatilia 29-8-2013 11:27 AM
perlu ke bersikap bermegah2 utk patriotik??

mmg la ramai skang xde sikap patriotik, mcm masih dijajah etc
tp xsemestinya rumah aku xberderet2 bersusun2 bendera dari pagar depan sampai pagar belakang aku xpatriotik..

aku bersyukur negara kita merdeka, berterima kasih kepada askar2 yg terkorban and pemimpin memimpin negara sampai negara merdeka

tp skang aku xrasa kita merdeka 100%
mmg jepon xdok, ingris xdok tp still mcm kena jajah aje dek puak2 pemimpin bodow mcm nih
Quote solstice 29-8-2013 11:30 AM
Sama bongok ngan rais orphan
Quote dainese 29-8-2013 11:32 AM
aku bukan pembangkang..tapi aku x letak bendera malaysia kat kereta sebab asyik cabut..x de kualiti...
baik aku letak sticker petrnonas merdeka tu..lagi best
Quote Czaziq 29-8-2013 11:33 AM
Kat negara jiran siap ada contest lagu patriotik, masuk tv tau. Pastu gahmen dorg announce mcm2 yg menggembirakan hati rakyat. Jd mereka pun secara x langsung bersemangat lah. Stesen tv mereka pun supportive suh pakai baju putih kain merah bagai
Quote melia_star 29-8-2013 11:37 AM
ni semua salah nuwart...nuwart...nuwart khennn.........alahai muntri....
Quote perang_candu 29-8-2013 11:38 AM
Alasan aku tak kibar bendera ialah, patriotik tak semestinya ditunjukkan melalui kibar bendera..
Quote Pak.Maun 29-8-2013 11:38 AM

dulu dapat free.. skrg ni nak beli kat mana pun x tau sebab gomen dah x bagi. xde bujet ke



Quote smallmama 29-8-2013 11:39 AM
Ada satu kementerian guna duit dekat rm30k untuk beli bendera...sekali pakai, lepas tu buang...soooo membazir.
Quote d-7-0ne 29-8-2013 11:39 AM
bendera_inventor.jpg
Quote lizaliza 29-8-2013 11:41 AM
pembangkang pancung kepala ke...sapa yang kibar bendera?
atau sapa yang kibar kena tembak oleh pembangkang?
atau langsung tak der semangat sebab pembangkang terlalu jahat sehingga menghasut rakyat bencikan Malaysia...gitu ke?
Rakyat tak sokong BN adakah bermaksud rakyat benci Negara?
Quote brownstone 29-8-2013 11:44 AM
Kalah shahidan kassim punya jawapn kampung... Teruk la menteri dr terengganu ni.... Aritu si Idris Jusoh cdang CCRIS utk PTPTN...
Quote highcastle 29-8-2013 11:44 AM
dainese posted on 29-8-2013 11:32 AM
aku bukan pembangkang..tapi aku x letak bendera malaysia kat kereta sebab asyik cabut..x de kualiti. ...

Yap.. aku lebih setuju letak stiker berbanding bendera.

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062323 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top