CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8370|Reply: 21

Hormati Sikitlah Jalur Gemilang, Boleh tak?

[Copy link]
Post time 14-9-2015 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.nkkhoo.com/


Sejarah pnerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.



Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandinagn ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949.



sumber foto : http://3.bp.blogspot.com/



Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.


Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan menglilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.



sumber foto :http://3.bp.blogspot.com/


Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka berntuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad Bin Hamzah.




sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/



Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.


Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/



Jalur menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu yang menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.


Gemilang bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Ianya memberi pengertian yang melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.



sumber foto : https://upload.wikimedia.org/



Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia.


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. - CARI Infonet







Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 04:00 PM | Show all posts
malaysia tanah air ku.....bendara oh bendera...sekarang dah tukar...jalur gemilng oh jalur gemilang
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:31 PM | Show all posts
baru tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:43 PM | Show all posts
besar jasa pencipta bendera ni... tak nak bagi title DATO kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
npe x pakai bendera asal persekutuan..? Sang Saka
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak megah sikit...ne persis bendera amrika jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Reka bentuk ke3 tu macam dominan bendera Johor. Macam mana boleh ubah jalur biru tu kepada merah? Nak juga tau

Tapi Jalur Gemilang memang nampak GAH!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:23 PM | Show all posts
ubah ke jalur merah putih...nak tunjuk kita pernah dijajah british la kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ts loo ni loo tung siang ke..

mula la aku teringat edisi khas ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:28 PM | Show all posts
i see...cool stuffs.

i pun tak peka dangan hal ni iaitu bilangan jalur

sebab masa Tahun 2 dulu ada disebut 14 jalur mewakili 13 negeri + 1 federal territory

tapi la ni ada  wilayah persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan

so...ada effect pada bilangan jalur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:29 PM | Show all posts
yg rekaan pertama tu  jalur biru dan putih  - haha I teringat scots  -  Alan shearer ...hehee
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 06:03 PM | Show all posts
masa inilah untuk bercerita tentang bendera
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rabudota replied at 16-9-2015 05:24 PM
Video Dewi Persik Bugil Sehabis Berenang

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Alahai ..., tak habis2 bagi foto bugil
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:17 PM | Show all posts
SultanSingapore replied at 16-9-2015 10:00 PM
Alahai ..., tak habis2 bagi foto bugil

mesti kau ada klik kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:23 PM | Show all posts
Macam tak habis jer citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 12:20 PM | Show all posts
besar jasa pereka Jalur Gemilang tu... tapi aku suke panggil Bendera Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 02:39 PM | Show all posts
bukan ada 1 bangsa tu ambil gambar jalur gemilang terbalik..beramai ramai pula tu...dengan sengaja buat lagi tu & bangga pula....hebat hebat hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 03:31 PM | Show all posts
Simunggu replied at 18-9-2015 02:39 PM
bukan ada 1 bangsa tu ambil gambar jalur gemilang terbalik..beramai ramai pula tu...dengan sengaja b ...

Nak tau hebat tak hebat cuba buat kat tepi jalan sana. Pastikan duit kos rawatan hospital dah disediakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 03:32 PM | Show all posts
Macam tak lengkap jer cerita bendera malaysia nih.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.567134 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list