CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Diheret Dengan Ganas Ke Pusat Kuarantin

4-12-2022 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1576| Komen: 10

Description: Tular rakaman video seorang lelaki bergelut dengan beberapa anggota pihak berkuasa China yang memakai sut hazmat selepas dia enggan berpindah ke sebuah kemudahan kuarantin, lapor portal berita MailOnl ...
Tular rakaman video seorang lelaki bergelut dengan beberapa anggota pihak berkuasa China yang memakai sut hazmat selepas dia enggan berpindah ke sebuah kemudahan kuarantin, lapor portal berita MailOnline semalam.


Lelaki itu kemudian diheret secara ganas dari sofa di rumahnya di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang di timur negara itu, ketika dia berbaring dalam selimut.


Dua anggota pihak berkuasa sedang memaksa seorang lelaki di dalam rumahnya yang enggan pergi ke sebuah pusat kuarantin di Hangzhou baru-baru ini. - Twitter/CNN

Kedua-dua anggota pihak berkuasa itu menjerit kepada lelaki berkenaan: “Pakai pelitup muka!” sambil menggesa dia memakai pelitup muka walaupun berada di dalam rumahnya sendiri dan tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada orang lain.


Dia juga berpaut di sofa dan tidak mahu diseret serta dibawa ke kemudahan kuarantin.

“Jangan tolak saya. Adakah anda gila?” soal lelaki tersebut yang tidak mahu mengikut anggota-anggota pihak berkuasa tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota pihak berkuasa itu berjaya menarik lelaki itu bangun dari sofa dengan mereka memeluknya dan memaksanya mengalah sebelum dihantar ke pusat kurantin.

Wanita yang merakam insiden itu kemudian merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak bertindak terlalu ganas selain bertanya sama ada mereka mempunyai masa untuk bercakap dengannya dan menahannya di rumah.

Namun, setakat ini, masih tidak diketahui di mana lelaki itu ditempatkan. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 4-12-2022 11:34 PM
Tahniah cipel-cipel sekaliannn...! Inilah bakalan nasib kamu!
Quote mamajawie 5-12-2022 10:22 AM
tanah besr ni kalu x over x sah..padahal nak buat pembasmian rakyat sebab da overflow kat sana..
Quote KamikuP 5-12-2022 10:38 AM
Tahan la hidop kat negara kominis.. cuolls nak ke?
Quote DARSITA 5-12-2022 10:42 AM

Dia orang nak sifar covid ... mana boleh maa ~ mengong betul govt China ni. :-)

Taiwan pulak tak bagi orang luar masuk hanya rakyat mereka sahaja yang boleh masuk ke Taiwan. Still ada quarantine. Satu minggu di hotel satu minggu di rumah. Rakyat Malaysia pulak dah melangkah sampai ke Golok utk hu ha hu ha. :-)
Quote Simunggu 5-12-2022 11:02 AM
negara luar dah pesta bola world cup...cina & sebangsa dgnnya masih di tahun 2019...
Quote Kitty_catz 5-12-2022 11:03 AM
kat tpt lain dah takde mask takde apa dah

lek2 pis yo sedari dulu


kes canak2 pun lek lek dah..
Quote areyam 5-12-2022 11:04 AM
masa covid malaysia aritu terpikir jgak.... KKM akan seret jer sapa2 yg degil... kurung kat mana2...
Quote pooh~key 5-12-2022 11:08 AM
mamajawie replied at 5-12-2022 10:22 AM
tanah besr ni kalu x over x sah..padahal nak buat pembasmian rakyat sebab da overflow kat sana..

Katanya gomen sana nak kawal rakyat daripada sewenang-wenangnya draw duit dari mesin atm sebab cash sebenarnya tak cukup sister.
Quote mamajawie 5-12-2022 11:12 AM
pooh~key replied at 5-12-2022 11:08 AM
Katanya gomen sana nak kawal rakyat daripada sewenang-wenangnya draw duit dari mesin atm sebab cas ...

betul la tu gamaknya tanah besar da kehabisan duit tapi tetap la nak jadi negara no syatu dunia..

Quote pooh~key 5-12-2022 11:12 AM
KamikuP replied at 5-12-2022 10:38 AM
Tahan la hidop kat negara kominis.. cuolls nak ke?

Pas pun komunis jugak sis. Pas kawal gaya hidup rakyat sebab katanya theols bakalan hukum mereka yang buat persediaan meliwat ke macam tu lebih kurang sister. Depa hukum orang yang tak sehaluan cara hidup macam mereka sister. Hidup komunih katanya ye dak sis?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057233 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top