CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Digesa Menyokong PKS Tingkat Automasi Tangani Masalah Kekurangan Pekerja

5-12-2022 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 236| Komen: 0|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Kerajaan diseru untuk membantu dalam menyokongPerbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) memulakan inisiatif automasi kerana ia memerlukan perbelanjaan modal besar melebihi tahap purata ...
Kerajaan diseru untuk membantu dalam menyokong Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) memulakan inisiatif automasi kerana ia memerlukan perbelanjaan modal besar melebihi tahap purata PKS.


Menurut Presiden Persatuan PKS Malaysia Ding Hong Sing, jumlah pekerja warga asing yang dipohon oleh majikan sebelum ini tidak mencapai sasaran dan lebih banyak perusahaan PKS kini terpaksa mengautomasikan pengeluaran untuk memenuhi permintaan berikutan ketidaktentuan bekalan buruh.



“Kami menjangka 2023 akan menjadi tahun yang mencabar bagi perniagaan dan penggunaan automasi bukan lagi menjadi satu pilihan apabila keadaan memaksa," katanya.

Mengulas lanjut, Ding berkata bahawa syarikat PKS kekurangan sumber untuk membuat pembayaran dalam jumlah besar serta-merta walaupun menyokong konsep Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Justeru, syarikat PKS memerlukan bantuan persekutuan untuk memudahkan pelaburan baharu ini.

Beliau berucap pada Penyampaian Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 2022 dan Majlis Makan Malam Gala yang diadakan di Selangor baru-baru ini bagi meraikan pencapaian dan sumbangan PKS serta individu dalam bidang masing-masing.



Tetamu kehormat yang hadir pada acara itu ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai. 

Pengerusi Penganjur PBA 2022, Chin Chee Seong berkata pihaknya menggalakkan PKS untuk mengambil bahagian dalam rantaian bekalan global dan mempercepatkan eksport ke pasaran baharu selari dengan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi Malaysia, baru-baru ini.

Ditubuhkan pada tahun 2002, PBA merupakan platform anugerah premium yang diiktiraf kerana ketelitiannya dalam pemilihan penerima anugerah yang melibatkan jawatankuasa audit dalaman, juruaudit bebas dan Lembaga Pemilihan yang terdiri daripada pemimpin industri.

Persatuan PKS terbesar, SME Corporation Malaysia (SME Corp) ditubuhkan pada 1995 untuk menyediakan
sokongan, perkhidmatan dan penyelesaian kepada perniagaan tempatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.027860 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top