CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Serang Dua Lelaki, Pemilik Dikompaun Pelihara Tiga Anjing Tanpa Lesen Sah

4-12-2022 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1285| Komen: 8

Description: Pemilik anjing yang menyerang orang awam di Kuala Ketil, di sini, dikenakan kompaun kerana memelihara tiga ekor anjing tanpa lesen sah daripada Majlis Daerah Baling (MDB) selain kes masih disiasat pol ...
Pemilik anjing yang menyerang orang awam di Kuala Ketil, di sini, dikenakan kompaun kerana memelihara tiga ekor anjing tanpa lesen sah daripada Majlis Daerah Baling (MDB) selain kes masih disiasat polis.


Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, Unit Penguat kuasa MDB membuat pemeriksaan ke atas rumah pemilik anjing di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada pukul 4 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan mendapati, pemilik rumah tersebut memelihara tiga ekor anjing iaitu dua ekor jenis Rottweiler dan seekor jenis Golden tanpa lesen sah daripada MDB.


Salah seorang mangsa serangan anjing di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di Baling.

“Tiga kompaun telah dikeluarkan di bawah Seksyen 3(1) iaitu memelihara anjing tanpa lesen sah dan pihak MDB telah ambil tindakan tegas dengan memberi saman kompaun sebanyak RM900 kepada pemilik haiwan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, akhbar ini melaporkan dua lelaki cedera akibat diserang tiga ekor anjing selepas haiwan tersebut dipercayai terlepas daripada kurungan di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil kira-kira pukul 7 pagi.

Menurutnya, pihaknya juga telah menghubungi dua mangsa yang cedera iaitu Abdelsattar Abdelwahab Ayoub Othman, 57, pensyarah dari Mesir dan tinggal di Taman Desa Bidara serta seorang lagi mangsa, L. Marutu Pandian, pekerja kilang yang juga tinggal di kawasan itu.

Kedua-dua mangsa sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan hasil pemeriksaan pakar mendapati Abdelsattar Abdelwahab mengalami kecederaan separa parah akibat luka gigitan anjing pada lengan kanan dan kiri, paha kanan serta betis kanan dan kiri. 

Marutu Pandian pula mengalami kecederaan di bahagian kepala, luka pada bahagian betis kanan dan kiri serta lengan kiri. 

“Kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil tetapi dinyatakan masih lagi memerlukan rawatan susulan di hospital berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika Abdelsattar Abdelwahab dalam perjalanan pulang dari masjid sebelum diserang tiga ekor anjing tersebut.

“Seorang lagi mangsa yang tinggal berhampiran mendengar mangsa menjerit lalu menolongnya dengan membawa sebatang kayu bagi menghalang anjing-anjing tersebut.

“Malangnya, dia pula diserang anjing tersebut sehingga isteri pemilik anjing sampai dan menghalang haiwan tersebut daripada terus mencederakan kedua-dua mangsa,” jelasnya.

Tambahnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 5-12-2022 02:22 AM
Put down ajelah jawab nya binatang tu semua
Quote KamikuP 5-12-2022 10:57 AM
Tu sbb i hate dogs very much indeed. Tapi yg comel mcm anjing poodle dan teacup tu meolss rasa mcm nak pijak2 jahh.. ekekeke
Quote tungkai 5-12-2022 11:08 AM
RM900..?? Woww tegasnyaaaaa....
Quote Decaffeinated 5-12-2022 11:22 AM
Separa parah tu macam mana?
Quote ctaz 5-12-2022 11:26 AM
saman jer....
sampai miskin....
Quote Perwira2022 5-12-2022 11:35 AM
Cina DAP la ni... Dorang mana hormat undang2 PBT.... Bela anjing takde lesen. Teroka hutan tanam durian takde permit. Buka rumah urut & kedai judi merata2 tempat.

Pastu berlagak suci murni takde dosa.
Quote shamsadis 5-12-2022 01:38 PM
macam tu je lah settle, saman RM900 jeeeeeeeeeeeeeeee
Quote Azhargoth 5-12-2022 02:02 PM
saman je ke?? dah la takda lesen...patut put to sleep hanjing tu cilaka betoi..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048320 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top