CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Negeri Dijangka Bubar DUN Serentak Selewat-Lewatnya Selepas Hari Raya Aidilfitri

24-11-2022 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2615| Komen: 42

Description: SHAH ALAM – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan enam negeri dijangka selewat-lewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.
SHAH ALAM – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan enam negeri dijangka selewat-lewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan akan dilakukan bersama menteri besar negeri tersebut iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan serentak.

Katanya, ini bagi memastikan kos bagi mengadakan PRN itu tidak tinggi.


Amirudin, Foto: Kosmo

“Kita pada asasnya bersetuju walaupun tidak rasmi adalah untuk bubarkan bersama-sama. Ini sedikit sebanyak bagi menjamin pilihan raya yang lebih cepat dan sekiranya dibuat asing, kos akan bertambah.


“Kita akan tengok dulu keadaan kerajaan persekutuan, cuaca dan sebagainya. Saya tidak boleh sebut bayangan (tarikh khusus bubar), tetapi kemungkinan sampai selepas hari raya agak besar. Namun, kita akan lihat dan tertakluk kepada perbincangan dengan negeri lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada perbincangan dilakukan antara Selangor dan lima negeri lain mengenai pembubaran serentak DUN.

Amirudin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor turut memaklumkan asas enam negeri termasuk Selangor tidak membubarkan DUN sebelum ini juga disebabkan ada perbincangan secara tidak rasmi mengenainya.

Tambah beliau, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengadakan PRN bagi enam negeri tersebut sekali gus adalah amat baik.

“Ini bukan masalah menang, kalah, peluang dan siapa nak gulung siapa. Ini masalah sebahagiannya sebab kos dengan pegawai kita seperti SPR.

“Kalau SPR dapat kawal enam sekali gus sangat baik. Kalau kena buat tiap-tiap bulan ada pilihan raya ia akan mengambil kos tinggi dan bagi saya akan menghilangkan fokus kepada negara yang berdepan cabaran besar pada tahun depan,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 24-11-2022 07:59 PM
xfaham la apesal nk bubar? menghabiskan duit gomen je woi
Quote rosedemon 25-11-2022 11:09 AM
sukati kolah
Quote matbad 25-11-2022 11:14 AM
airmineral: xfaham la apesal nk bubar? men ...

Sbb masa parlimen dibubarkan, 6negeri ni tak bubar lagi utk memilih adun. Mcm Kedah tak bubar sbb khuatir dlm masa sblm PRU kot banjir dan mmg betol banjir. Senang utk agihkan bantuan dan bla bla..kalau bubar DUN siap2 sama dgn parlimen, susahnya bykla nk agihkan bantuan bagai sbb tak ada MB
Quote pinggan 25-11-2022 11:23 AM
"Katanya, ini bagi memastikan kos bagi mengadakan PRN itu tidak tinggi."

Tidak tinggi tu tak tepat. Tidak menjadi lebih tinggi.

Undi parlimen & dun asing2 ni pun dah tentu2 kos jadi lagi mahal dari yang sepatutnya. Marilah kita sama2 marah Zahid. Ingat buat undi cepat2 sblm tahun depan sbb dia takut kes mahkamah, rupanya ada benda lain. Otak geliga, pandai pembohong
Quote rashiman 25-11-2022 11:26 AM
sekali lagi rakyat turun mengundi di negeri2 terbabit...
diharap tidak dalam musim banjitr...
Quote MarryPottet 25-11-2022 11:30 AM
airmineral replied at 24-11-2022 07:59 PM
xfaham la apesal nk bubar? menghabiskan duit gomen je woi

Dah cukup 1 penggal memang wajib kena bubar
dun untuk buat pemilihan baru bagi sessi pru15
6 negeri tu pun patut bubar sekali masa pru15 baru ni tapi kerajaan negeri masing2 tangguh dulu sebab mengikut amaran yg dikeluarkan oleh met malaysia, akan berlaku angin & hujan luarbiasa lebat yg boleh mengakibatkan banjir besar seperti hujung tahun lepas
So mereka tak bubar dun masing2 sebab nak tumpu untuk SAR banjir
Quote airmineral 25-11-2022 11:32 AM
MarryPottet replied at 25-11-2022 11:30 AM
Dah cukup 1 penggal memang wajib kena bubar
dun untuk buat pemilihan baru bagi sessi pru15
6 nege ...

owhhhh faham² tq wakkk
Quote ultra78 25-11-2022 11:36 AM
Kat Kelantan tu biar lebai menang tanpa bertanding aje..Buang masa buat pilihanraya.Orang Shah Alam buat jam jalan di Kelantan....
Quote rashiman 25-11-2022 11:36 AM
MarryPottet replied at 25-11-2022 11:30 AM
Dah cukup 1 penggal memang wajib kena bubar
dun untuk buat pemilihan baru bagi sessi pru15
6 nege ...

atau masih sayang dengan jawatan lagi....
PRU-15 berjalan dengan lancar,
semoga PRN Negeri tidak bertembung dengan musim banjir...
Quote akies 25-11-2022 01:14 PM
So kena celup dakwat lagi la pasni ..
Harap2 masa tu ada promo makanan macam aritu.
Barulah bersemangat nak memangkah !
Quote Artemesiaa 25-11-2022 01:16 PM
Eloklah serentak jangan lupa bagi cuti supaya orang rajin nak turun mengundi
Quote tintin22 25-11-2022 01:16 PM
akies replied at 25-11-2022 01:14 PM
So kena celup dakwat lagi la pasni ..
Harap2 masa tu ada promo makanan macam aritu.
Barulah berseman ...

hahaha
Quote mejaputih 25-11-2022 01:18 PM
Sempat tak nk tukar tempat mengundi?
Quote bakingsoda 25-11-2022 01:19 PM
ultra78 replied at 25-11-2022 11:36 AM
Kat Kelantan tu biar lebai menang tanpa bertanding aje..Buang masa buat pilihanraya.Orang Shah Alam  ...

aku pon rasa PH bazir duit je nak kempen kat walaun otak berkarat mcm air kelantan tu baik duit deposit calon terus guna bantu penyokong2 PH yg susah, walaun boleh ketuk pintu rumah nik amar dan yb2 lobai
Quote shernazz 25-11-2022 01:22 PM
akies replied at 25-11-2022 01:14 PM
So kena celup dakwat lagi la pasni ..
Harap2 masa tu ada promo makanan macam aritu.
Barulah berseman ...

Iols nak celup semua jadi bagi mcm inai nun ha
Quote Suchi 25-11-2022 01:23 PM
Patutnya PRU15 pun buat lepas raya gak tp napa degil sangat nak buat skrg? Koman2 dan la yg sorang tu terciduk ke dalam tp nk juga bubar skrg sekali hambik kemain susah nak bentuk kerajaan baru.
Quote Suchi 25-11-2022 01:26 PM
pinggan replied at 25-11-2022 11:23 AM
"Katanya, ini bagi memastikan kos bagi mengadakan PRN itu tidak tinggi."

Tidak tinggi tu tak tepat. ...

Apa benda lain tu ye? Nampaknya dia takkan tersingkir pun

Sian yg lelain tu hanya mampu marah2 amuk gitu jelaaa tp kena pendam je
Ramai lagi yg tetap setia di sisi dia
Quote Suchi 25-11-2022 01:28 PM
shernazz replied at 25-11-2022 01:22 PM
Iols nak celup semua jadi bagi mcm inai nun ha

Inai spr kat jari iols skrg ni cuma tinggal kat kuku je.sbb iols bersihkan yg jari2 tu so biarkan kat kuku tu je.
Iols punya lum hilang lagi warnanya masih pekat cantik kaler dah jd burnt red dah.
Rasa nnt PRN nak sapu kat semua kuku je
Quote shernazz 25-11-2022 01:34 PM
Suchi replied at 25-11-2022 01:28 PM
Inai spr kat jari iols skrg ni cuma tinggal kat kuku je.sbb iols bersihkan yg jari2 tu so biarkan  ...

Khen..sama.la iols baru hari ni hilang semua..
Basuh pinggan kr mandi je..iols sental.kaw2..hahaha
Nampak cantik kuku tu bila dah lama.kan..
Ajom.kite celup semua jari

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054606 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top