CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangga Dengan Papa! Tak Nak Terlalu Gembira, Tugas Berat Menanti – Nurul Izzah Anwar Ibrahim

24-11-2022 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7600| Komen: 138

Description: Nurul Izzah Anwar tampil mengucapkan tahniah kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini.
Nurul Izzah Anwar tampil mengucapkan tahniah kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini.

Katanya, selepas 24 tahun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, bapanya akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya.


Foto: Utusan Online

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini, adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

“Saya sayang Papa, sentiasa bangga dengan Papa walaupun dipenjara sebagai banduan politik.


“Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Insya-Allah,” katanya dalam media sosial.

Bagaimanapun katanya, beliau enggan terlalu gembira dengan kejayaan bapanya sebaliknya tugas berat tetap menanti.

“Usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinggan 24-11-2022 02:42 PM
Ye ye je banduan politik.
Kali pertama mungkinlah fitnah.
2015 pun fitnah lagi?

Ok
Quote Skuau 24-11-2022 02:43 PM
sok rega minyak turun tak???
Quote krustykrab 24-11-2022 02:46 PM
Harap papa ko tak jd boneka udah le..nk tgk papa ko n geng hapuskn rasuah dr semua peringkat..
Quote helicornia 24-11-2022 02:48 PM
Nasib le tk menang ari tu.klu tk silap2 kabinet penuh anak beranak
Quote Highflyer19 24-11-2022 02:48 PM
Tol dihapuskan terus...wow hebat
Quote helicornia 24-11-2022 02:48 PM
Highflyer19 replied at 24-11-2022 02:48 PM
Tol dihapuskan terus...wow hebat

Harga minyak turun tk
Quote Highflyer19 24-11-2022 02:49 PM
krustykrab replied at 24-11-2022 02:46 PM
Harap papa ko tak jd boneka udah le..nk tgk papa ko n geng hapuskn rasuah dr semua peringkat..

Boneka dap...haha
Quote babelina 24-11-2022 02:55 PM
Bole ker papa ko kawal dorg nie.. seram pula aku nk fikir 5thn nie..
Quote tuttt 24-11-2022 02:57 PM
Yeayyy esok harga minyak turun. Tol takde yeayyy
Quote Mulotkoyak 24-11-2022 02:58 PM
Tgk hari ni harga saham naik melonjak tinggi selepas pengumuman Anwar Ibrahim sbg PM10. Kami kerja di Bursa tgk ramai pelabur dh mula melabur semula. Perghhhh ???????????? cm nanges tgk.
Quote doubleharmonic 24-11-2022 02:58 PM
Quote Purpkehag 24-11-2022 02:59 PM
Bolehlah bongkar tentang 600billion tu
Quote mizruncing 24-11-2022 03:02 PM
Mulotkoyak replied at 24-11-2022 02:58 PM
Tgk hari ni harga saham naik melonjak tinggi selepas pengumuman Anwar Ibrahim sbg PM10. Kami kerja d ...

wahhh sahih la ye?? ingat fake news. meols ok je dia jadi PM. tp risau DAP pergunakan dia. harap sgt DSAI telus n boleh control puak2 nun
Quote Adrif 24-11-2022 03:06 PM
babelina replied at 24-11-2022 02:55 PM
Bole ker papa ko kawal dorg nie.. seram pula aku nk fikir 5thn nie..

entoh ler.. dalam kurang 5 tahun pun dah berapa kali tukar pm.. aku dah tak expect apa-apa kat menteri2 Malaysia  tengok dewan parlimen pun mengalahkan zoo..

[youtube]PZYEhQ6wN6g[/youtube]
Quote sharlenetexas 24-11-2022 03:11 PM
Malam ni tido lena. Malam2 lain tak pasti boleh lena ke tak?


Quote johan-adx 24-11-2022 03:12 PM
nurul izzah lebih semenggah dr sorng nurul lg tu
Quote EJALTI 24-11-2022 03:17 PM
Bangga la sangat yg apak nko buat mainan licik dgn Wak Zahid jowo pronorogol...
Quote Limao 24-11-2022 03:18 PM
Mulotkoyak replied at 24-11-2022 02:58 PM
Tgk hari ni harga saham naik melonjak tinggi selepas pengumuman Anwar Ibrahim sbg PM10. Kami kerja d ...

Perghhh....owh really?
Quote Noraniza_Iblis 24-11-2022 03:19 PM
johan-adx replied at 24-11-2022 03:12 PM
nurul izzah lebih semenggah dr sorng nurul lg tu

kaklong ke?yg memekak ngusung speaker kt pasar basah bagan dato tu..
haha

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.243162 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top