CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Berita Baik! Majoriti Saham Di Bursa Malaysia Naik Mencanak Susulan Anwar Dilantik PM-10

24-11-2022 04:17 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2723| Komen: 48

Description: Kemelut politik negara baru-baru ini turut menimbulkan sedikit keresahan terhadap kedudukan ekonomi negara ditambah lagi dengan parlimen yang tergantung beberapa hari tanpa kerajaan.



Kemelut politik negara baru-baru ini turut menimbulkan sedikit keresahan terhadap kedudukan ekonomi negara ditambah lagi dengan parlimen yang tergantung beberapa hari tanpa kerajaan. 

Kadar pertukaran mata wang asing negara iaitu Ringgit berbanding Dolar AS menunjukkan kesan kejatuhan.Ringgit mengalami susut nilai sebanyak 3.3 peratus iaitu berubah dari 4.19 kepada 4.22 per Dolar AS. 

Namun berita baik, Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur mengalu-alukan berita positif daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada November apabila pegawai bersetuju bahawa kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan berkemungkinan wajar tidak lama lagi.


Pada 9.07 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 13.55 mata kepada 1,457.05 daripada 1,443.5 pada Rabu.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 261 berbanding 92 manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,790 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 464.42 juta unit bernilai RM186.57 juta.

Dalam kalangan saham perbankan, Maybank naik 15 sen kepada RM8.70, Public Bank meningkat sembilan sen kepada RM4.37 dan CIMB menambah 10 sen kepada RM5.61.



Secara keseluruhan, saham ini menyumbang 7.84 mata kepada indeks komposit.

Bursa serantau juga berada pada aliran meningkat dengan Nikkei 225 Jepun naik 1.32 peratus kepada 28,485.54, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.27 peratus kepada 3,264.67 dan Kospi Korea Selatan meningkat 0.52 peratus kepada 2,430.48.

Dalam negara, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata sokongan belian berkemungkinan daripada institusi tempatan, yang boleh menyebabkan indeks mengakhiri hari ini melebihi paras 1,440.

Dari aspek politik, katanya keputusan UMNO untuk menyokong cadangan Yang di-Pertuan Agong mengenai kerajaan perpaduan berpotensi untuk menamatkan kebuntuan politik yang berlaku dan ini boleh menyuntik keyakinan dalam bursa tempatan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,440-1,460 hari ini,” katanya kepada Bernama. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 24-11-2022 04:20 PM
Woowwww
Alhamdullilah
Quote noor2 24-11-2022 04:26 PM
Moga terus naik dan naik nilai ringgit
Quote wnwa05 24-11-2022 06:01 PM
Yek yek je
Quote juboqhang 24-11-2022 06:03 PM
Kalau lebai… pakat2 merudum org tengok muka pon meluat!



Quote Decaffeinated 24-11-2022 06:23 PM
Acik2 B40 kesah ka? Yang dia nak tau BRIM BSR dah masuk belum ja
Quote Highflyer19 24-11-2022 06:27 PM
Naik sebab kemelut dah berakhir...pasaran kembali positif berikutan sentimen lebih baik
Quote ninja9 24-11-2022 06:29 PM
Dijangka bursa saham akan turun kerana adanya serangan terbaru dari wak yidin. ..hati-hati semua katanya serangan terhebat zaman ini
Quote liton 24-11-2022 06:30 PM
MYR pun naik.
Quote naina 24-11-2022 10:24 PM
Alhamdulillah
Quote ipanimanz1 24-11-2022 10:30 PM
sentimen ja tu. nk tgk solid ka x, tgk slps bbrapa minggu
Quote ina_na 24-11-2022 10:58 PM
Highflyer19 replied at 24-11-2022 06:27 PM
Naik sebab kemelut dah berakhir...pasaran kembali positif berikutan sentimen lebih baik

Harap2 dlm ms 12bulan ni stabil lg.. kang jd mcm sblm ni..naya makcik kisah tersangkut di pucuk dah la sifu saham asyik mengelentong je.. dia nk keluar dia duk canang makin naik..yg aku Bodo p msk..lama terbeku..
Quote shalalat 24-11-2022 10:59 PM
Eh tadi sebelum tutup sampai 1500 dah.lepas lama terjunam dek mail lemau
Quote shalalat 24-11-2022 11:00 PM
Screenshot_20221124-192442.png
Quote msdummy.2018 24-11-2022 11:00 PM
Jangan lupa update bulan depan, makin menaik atau beshe2 her
Quote Kak-Rohana 24-11-2022 11:01 PM
Bila Elon Musk nak tolong korek nadir bumi berbiliyun-biliyun kt Kelantan? Sian Kelantan dek..
Quote SonicSiLandak 24-11-2022 11:02 PM
tu sbb BN tu...
Quote namieamuro 24-11-2022 11:02 PM
cptla pulih. nk ujong tahun dh ni.
Quote Innrukia 24-11-2022 11:10 PM
Decaffeinated replied at 24-11-2022 06:23 PM
Acik2 B40 kesah ka? Yang dia nak tau BRIM BSR dah masuk belum ja

dont tell me hang pun taktau sentiment stock ni. Apa kaitan acik B40 yg hang bitter sgt?
dah tentu la naik since now dah ada gomen.. lagipun dollar pun lemah sikit dr last week.
but next year just wait & see.. most tech companies dah freeze hiring & layoff dari last month.. lain2 industries tggu jer la.
takkan ni pun salah acik2 b40 yg dpt brim bsr?

Quote KamikuP 25-11-2022 10:44 AM
Ni meolss saspek sindiket insider trading nih.. cuolls tengok le minggu depana atau bulan depan trend dia naik ke turun bearish ke bullish market.. ekekekek

Lihat semua komen(48)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.097094 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top