CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelajar Angkut Barang Depan Belakang Naik Motor, Daftar Masuk UM Seorang Diri

14-10-2022 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5645| Komen: 76

Description: Tular kisah seorang pemuda sanggup menunggang motosikal untuk mendaftar sebagai mahasiswa di sebuah universiti bersendirian.Kisahnya yang bersungguh-sungguh menyambung pengajian tular di laman sosial ...
Tular kisah seorang pemuda sanggup menunggang motosikal untuk mendaftar sebagai mahasiswa di sebuah universiti bersendirian.

Kisahnya yang bersungguh-sungguh menyambung pengajian tular di laman sosial setelah dikongsikan di halaman Facebook Universiti Malaya (UM) pada Ahad.


FB UM

"Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya," kata Lau Lai Kiat.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, dapat dilihat Lai Kiat turut mengangkut beg pakaian yang digalas di bahagian depan dan belakang badan berserta barangan lain menggunakan motosikalnya.


Katanya, selepas menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah (Sijil Pelajaran Malaysia), dia meneruskan pengajian peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.



FB UM

Mengenai kenderaan yang digunakan ketika mendaftar, katanya, dia meletakkan motosikal tersebut di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan digunakan setiap kali 'turun' ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, untuk hari pendaftaran sebagai pelajar di UM, pemuda ini memilih untuk menumpang bermalam di rumah rakannya di Putrajaya terlebih dahulu setelah mengambil motosikal di TBS.

Ujar anak bongsu dari tiga orang adik-beradik, dia berhasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan membalas jasa mereka apabila sudah menamatkan pengajian di menara gading.

Malah, dia merupakan anak pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat universiti dalam kalangan ahli keluarganya dan bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan kelak.

Dalam pada itu, lelaki ini turut memberitahu dia memilih Institut Pengajian Awam (IPTA) itu kerana percaya dengan kualiti pendidikannya sebagai universiti terbaik negara.

Selain itu, dia juga yakin akan menimba pengalaman kehidupan kampus yang menarik dan menyeronokkan setelah ditanya mengenai institusi pengajian pilihannya itu.

"Lagipun UM di dalam KL, senanglah nak 'enjoy' dengan kawan-kawan.

"Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas," kata bekas pelajar SMK Seri Tangkak, Johor ini sambil tersenyum penuh makna.



Hantaran asal yang tular itu telah dikongsikan semula lebih 600 kali dan menerima lebih 7,700 tanda suka.

Rata-rata netizen turut mengagumi tindakan pemuda ini yang berdikari apabila mendaftarkan diri sebagai pelajar mahasiswa tanpa ditemani ahli keluarga.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 14-10-2022 01:25 PM
okla tu berdikari tak susahkan mak bapak.. terapkan dari awal..
jangan jadi strawberry generation bak kata kawan cainis ai.. sikit nak terluka2.. sikit2 self entitlement
Quote jiwasemangat 14-10-2022 02:02 PM
.. tringat aku dulu².. daftar sorang² ..sorb²
Quote Kak-Rohana 14-10-2022 02:13 PM
Syabas dek. Nak hidup zmn skrg kena tangkas.. jgn malu. Jgn nk high je. Rugged sikit dek hakak suker!
Quote orkid_amani 14-10-2022 02:17 PM
Jarang tgk Chinese naik moto..biasa tgk diorang naik kereta ja
Quote supernaturalee 14-10-2022 02:21 PM
bgs dek
konpiden tinggi
bkk mata tgk dunia

Quote supernaturalee 14-10-2022 02:23 PM
jiwasemangat replied at 14-10-2022 02:02 PM
.. tringat aku dulu².. daftar sorang² ..sorb²

sorg² by choice or?....

Quote noor2 14-10-2022 02:29 PM
Moga ko berjaya dgn cemerlang nak........sedih aku baca......
Quote umbut 14-10-2022 02:29 PM
Dah besar kan.. Apa nak herannya.. Daftar je lah.. Kenderaan pun ada..
Aku dulu pindah sekolah pun daftar sendiri  je gi pejabat sekolah..
Quote kotakbaju 14-10-2022 02:29 PM
Bese la tu. Pasai aku pun cam adik ni gak. Urusan apa2 kat uni dulu aku sorang je settel..lagi sadis masa konvo. Aku sorang2 gak laa setat moto pagi2 teruih merempit ke dewan konvo tu. Tengok kawan2 lain semua datang dengan family masing2, pasangan, tunang la bf/gf la. Aku juga la tercongok2 sorang tengok. Abeh konvo ja aku taktau nak buat apa teruih cabut balik merempit dengan motor. Gambaq apa sekeping pun tak ambik dahh. Bukan apa kalau lama2 kat situ dok tengok kawan2 pakat pegang bunga konvo masing2 dok bergambar sakan, haku pulak bunga apa pon takdak yelah sapa ja nak bagi dah tu ayaq mata tunggu nak berjujuran ja ni baik aku balik.
Quote pembacagosip 14-10-2022 02:32 PM
orkid_amani replied at 14-10-2022 02:17 PM
Jarang tgk Chinese naik moto..biasa tgk diorang naik kereta ja

kan wei...so dia jenis biasa2 mmg independent kut
good luck dik
moga terus success
Quote n3ar 14-10-2022 02:35 PM
pelik sbb tengok cina naik motor sorang2 daftar belajar..

but then again, biasa jer..dia pun memang dah biasa duk kl sebab diploma pun blajar kt kolej swasta KL
Quote fazamania 14-10-2022 02:35 PM
Dari putrajaya je pun...halah..halah..halah
Ingatkan dari perlis ke, kelate ke, johor ke..
Quote mesmerize 14-10-2022 02:36 PM
kotakbaju replied at 14-10-2022 02:29 PM
Bese la tu. Pasai aku pun cam adik ni gak. Urusan apa2 kat uni dulu aku sorang je settel..lagi sadis ...

sedihnya dek .. tapi benda2 camni yang buatkan kita kental dan kuat menghadapi kehidupan.
ai syukur dulu parents ai rajin menghantar masa mendaftar, konvo dua2 degree n master diorang datang.
tapi masa dah habis belajar, nak balik rumah angkut barang2 semua ai pinjam kereta arwah ayah ai, drive sorang2 balik rumah yang jauhnya 300km++ dari univ..
tapi ai suka tengok budak2 yang walaupun ada ibu bapa tapi pandai berdikari.. taknak susahkan ibu bapa..
Quote asudau 14-10-2022 02:39 PM
aku masa form 5, masuk asrama kat JB, naik keretapi sorang-sorang je dari kampungku..
dengan beg, baldi dan sebagainya..tapi tu yang mengajar erti keberanian gitu..

bagus budak ni, berdikari
Quote Perawankota 14-10-2022 02:56 PM
Ramai jer dulu2 mcmtu.. Naik keretapi, naik bas sorg2, bawak baldi gayung sekali dalam bas.. Aku dulu masuk u, akak aku antar, dh dpt bilik, dia terus balik.. Lepas2 tu semua aku buat sendiri..
Quote mojarean_X 14-10-2022 02:59 PM
orkid_amani replied at 14-10-2022 02:17 PM
Jarang tgk Chinese naik moto..biasa tgk diorang naik kereta ja

Kan.....baru nmpk maskulin sikit
Quote Myhappyending 14-10-2022 02:59 PM
asudau replied at 14-10-2022 02:39 PM
aku masa form 5, masuk asrama kat JB, naik keretapi sorang-sorang je dari kampungku..
dengan beg, ba ...

Nape baldi nak bawak dr kampung????
Quote TOPwind 14-10-2022 03:06 PM
dah biyul agaknya berita mcm ni boleh jADI VIrIL
Quote VespaSilbe 14-10-2022 03:07 PM
cam biasa jer untuk org kg.. tak heran pun
tapi untuk budak sekarang luar biasa

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054265 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top