CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Warga Emas Masih Mampu Tersenyum Ditipu Beli Telefon Bimbit Palsu

13-10-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1842| Komen: 1

Description: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan seorang warga emas yang masih mampu tersenyum meskipun menjadi mangsa penipuan telefon bimbit palsu, lapor laman berita Suara.com.V ...
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan seorang warga emas yang masih mampu tersenyum meskipun menjadi mangsa penipuan telefon bimbit palsu, lapor laman berita Suara.com.


Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @berita_gossip.



Berdasarkan video tersebut, lelaki itu mengunjungi sebuah kedai untuk menghidupkan telefon bimbitnya. 

Apabila perakam iaitu pekerja di kedai tersebut memeriksanya, dia mendapati telefon itu sebenarnya merupakan replika yang dijadikan pameran. 

Lelaki itu menjelaskan bahawa seorang warga asing datang ke rumahnya dan menawarkan telefon bimbit itu kepada isterinya. Wanita itu kemudian membelinya dengan harga 1.2 juta rupiah (RM365).

Selepas menjelaskan perkara yang berlaku, warga emas berkenaan kemudian memandang sayu ke arah replika telefon itu. 

“Tak ada rezeki, itu sahaja,” katanya.

Walaupun senyuman terpampang di wajahnya, mata lelaki itu masih memancarkan kesedihan. Dia kemudian meninggalkan kedai itu selepas mengucapkan terima kasih.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga rezeki pak cik dilipat gandakan oleh Allah. Tidak sanggup melihat kejadian ini,” kata seorang netizen. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fifie_olin 4-11-2022 07:06 AM
depan org paksa la senyum
balik rmh meraung...mana kita tau kan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.281624 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top