CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kevin Zahri Dedah Tak Dapat Terima Ajaran Islam Pada Mulanya

13-10-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4749| Komen: 37

Description: Sering menerima soalan sama mengenai agama dianutinya, jurulatih kesihatan terkenal, Kevin Zahri tampil membuat pendedahan.Menerusi video perkongsiannya di TikTok, Kevin memaklumkan dia telah dihujani ...
Sering menerima soalan sama mengenai agama dianutinya, jurulatih kesihatan terkenal, Kevin Zahri tampil membuat pendedahan.

Menerusi video perkongsiannya di TikTok, Kevin memaklumkan dia telah dihujani soalan mengenai pegangan agamanya oleh orang ramai sejak beberapa tahun lalu.


IG Kevin

Namun, Kevin dengan tenang menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan soalan sedemikian kerana mengetahui ramai yang tertanya-tanya mengenai status agamanya.

“Saya telah dibesarkan sebagai Kristian dan nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar… nama saya dulu Kevin Nicholai Christopher Zahri.


“Ayah saya adalah seorang Melayu Muslim, mak saya pula Kristian daripada Jerman.

“Mak saya yang lebih mengajarkan mengenai agama… saya pergi ke gereja ( tapi jarang-jarang), saya sembahyang seperti Kristian, saya menyertai koir Krismas, saya membaca buku seperti Bible ketika kecil.” jelas Kevin.

Namun, setelah dia dan bapanya berpindah ke Malaysia bapanya mendapat hidayah tentang agama Islam dan tanggungjawab yang patut digalas sebagai seorang Muslim.



“Sejak itu bapa saya mula mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz dan pelbagainya,” ceritanya lagi.

Jelas Kevin, dia pada mulanya tidak menerima ajaran Islam dan mempersoalkan mengenai pelbagai agama.

Walau bagaimanapun, bagi menjawab persoalan orang ramai mengenai status agamanya, dia akui bahawa dia merupakan seorang Muslim malah berbesar hati untuk berkongsi mengenai penghijrahannya sebagai seorang mualaf.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pak.dolla 13-10-2022 01:33 PM
Aku tgk tiktok dia semlm psl ni...
Quote Buritan 13-10-2022 01:34 PM
Ini yg leceh kawin tak seagama.. anak keliru.. anak mmg cantiklaa dah induknya 2 bangsa berbeza tp aku tak sggup.. aku pun tunggang lsnggang
Quote bulalof 13-10-2022 01:35 PM
u r a non-practicing Muslim I guess?
Quote Dzahin_poch 13-10-2022 01:38 PM
Rasanya dia pernah bg tau dia belajar baca quran n dah khatam pon. Dia mengak dah tua baru betul2 nak belajar.
Quote bukannasigoreng 13-10-2022 01:49 PM
semalam kat tiktok tiba-tiba hari ni ada yang share kat sini, ini dikira gosip ke?
Quote lasagna 13-10-2022 01:52 PM
lahhhh gue igt heols betul2 muslim lah sejak azali, rupanya apak nya muslim melayu yg non practise lah ikot cerita, tapi alhamdulillah hidayah tu betul2 dapat lps jejak pindah msia kan. moga istiqomah.
Quote orkid_amani 13-10-2022 01:58 PM
Kalau ikut asas agama..maknya tu kena convert dulu ke Islam kan sebelum kawin dah dia claim apaknya Melayu Islam mcmna ank dia boleh ke gereja bagai plak tu @ yg sebetulnya apaknya tak practice Muslim kot tapi masih belum terlambat utk Kevin belajar asas agama..yg penting solat puasa zakat Amal makruf mahi mungkar
Quote buragazz 13-10-2022 02:09 PM
Dah seminggu lebih video dia lalu kat FYP macam2 cerita dia kongsi sekolah la keluarga la semalam pasal ni la... aku cam "Eh kenapa kejap2 lalu video dia ni..
Quote lasagna 13-10-2022 02:12 PM
orkid_amani replied at 13-10-2022 01:58 PM
Kalau ikut asas agama..maknya tu kena convert dulu ke Islam kan sebelum kawin dah dia claim apaknya  ...

yaa mak nya revert to muslim laa citenya kalau dh kawen dgn apaknya, (unless he stated lain lah) kadang dah revert pun blom tentu apaknya bleh bimbing mereka sefamily. gitu lahh agaknya..
Quote sheetRock 13-10-2022 02:16 PM
tapi....inspiring sgt video dia.... sbb bijak nyer dia..a.hahahah... leh la amik tips tok anak laki iols...wpun iols nih tak bijak..
Quote inspektoremos21 13-10-2022 02:21 PM
iols lupa mcm mana dia start boleh famous. Famous sbb couple dgn Intan ladiana ke? Or boleh famous sebab sebelum tu dia model/berlakon?
Quote Whitney72 13-10-2022 02:25 PM
Tp dia ni  ex MRSM kan?
Quote Baladna804 13-10-2022 02:30 PM
Alhamdulillah.. hidayah milik Allah . Moga terus istiqamah ya Coach.
Quote Thunderclouds 13-10-2022 04:10 PM
Nampak his mom lebih religious dari bapak. Kawin kt oversea kot so xkesah laki bini len agama. P ja registry opis cukop syarat suma dpt la marriage cert. Depa blk Malaysia baru bapak dia tbukak hati nk kembali pd fitrah. Ok la tu.
Quote Thunderclouds 13-10-2022 04:14 PM
Whitney72 replied at 13-10-2022 02:25 PM
Tp dia ni  ex MRSM kan?

Yups. Mensa member as well. Hencem + intelligent (certified)
Quote Cekgushilla 13-10-2022 04:17 PM
sheetRock replied at 13-10-2022 02:16 PM
tapi....inspiring sgt video dia.... sbb bijak nyer dia..a.hahahah... leh la amik tips tok anak laki  ...

Ya weyhhhh pandainya diaaaa
Malu aku yg sedari kecil skola kt msia tak pndai2 mcm dia hahaha
Padahal dia start skola kt msia ni umur 13
Mana nk catch up sbjek bm,agama islam , sejarah bagai dlm bm pulak tu
Dia boleh score PMR kacang je
Pastu dduk MRSM PC dpt pointer 3.96 gila lah
Mmg dia budak pndai dan sukakan cabaran
Quote Mini.Me 13-10-2022 04:24 PM
Thunderclouds replied at 13-10-2022 04:14 PM
Yups. Mensa member as well. Hencem + intelligent (certified)

Woww...tau dia educated tak sangka mensa members gak
Quote achilles_heel 13-10-2022 04:25 PM
mak bapak dia bercerai. masa kat German, mak dia jaga. bapa dia balik Malaysia bawa dia sekali. Alhamdulillah, mungkin Allah swt jentik hati bapa dia untuk berubah dan bawa anak-anak ke jalan yang betul
Quote anitara 13-10-2022 04:47 PM
Bagus ayah dia bawak kevin balik Malaysia. Drp cite kevin tu perceraian parents dia mmg ugly, rebut custody kot. Bagusnya ayah dia ni pu hantar kevin masuk asrama di perak & lps pmr masuk mrsm pc. Dapat mingle dgn orang melayu & belajar agama juga.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064709 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top