CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penerbangan Misteri, Nak Pergi KB Mendarat Di Alor Setar

11-10-2022 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4613| Komen: 31

Description: Seorang lelaki 'hanyut' bersama lagu yang didengari menerusi fon kepala sehingga terjadinya perkara yang dianggap aneh.
Seorang lelaki 'hanyut' bersama lagu yang didengari menerusi fon kepala sehingga terjadinya perkara yang dianggap aneh.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter @Fahmibinhassan, lelaki itu sedang menunggu pelepasan dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu, Kelantan.


Gambar hiasan

Sambil menunggu masa berlalu kerana dia tiba awal dua jam dari masa pelepasan, dia mengaktifkan fon kepala Senheiser yang baru dibelinya dan maka bermulalah satu 'pengembaraan' yang luar biasa.



Kakitangan syarikat penerbagan yang bertugas di pintu pelepasan menunjukkan ke arah kapal terbang yang perlu dinaikinya.

Tanpa berlengah dia terus menapak ke pesawat yang sedang menanti.



Katanya, sebelum pesawat berlepas lagi dia sudah terlelap dek penangan fon kepala yang padu itu.

“Saya tidur, sampailah saya perasan pramugari lalu lalang bersedia untuk mendarat. Saya bangun. Gosok mata," katanya.

Setibanya di lapangan terbang yang disangkakan sebagai Lapangan Terbang Kota Bharu itu, dia bergegas ke pintu keluar kerana kawannya sudah berjanji untuk menjemputnya.



Rakannya itu meminta lelaki berkenaan mencari kereta Myvi miliknya tetapi malangnya tiada dan semua nombor plate kereta bermula dengan huruf K!

Malah, orang sekeliling semua bercakap loghat utara.

Selepas 20 minit menunggu, dia mula berasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Sangsi dengan apa yang sedang berlaku, dia melangkah ke kaunter syarikat penerbangan untuk mendapatkan kepastian.

Dan di situlah dia mendapat kejutan realiti selepas dia sedar yang dia sebenarnya di berada di Alor Setar dan bukannya di Lapangan Terbang Kota Bharu seperti mana destinasi yang tertera di tiketnya.



Kakitangan syarikat penerbangan yang bertugas di situ juga tidak dapat memberikan penjelasan yang munasabah di atas insiden tersebut.

Keesokan harinya, syarikat penerbangan memberikan tiket penerbangan percuma untuk perjalanan pulang lelaki itu ke Kuala Lumpur.



“Pengajarannya, jangan terlampau yakin. Jangan pakai headphone masa pilot buat pengumuman. Jangan tidur sepanjang perjalanan,” katanya membuat kesimpulan ceritanya.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 11-10-2022 06:30 PM
kalau naik flight pergi kelantan mestilah ramai founder dalam flight tu.
Quote Perawankota 11-10-2022 06:36 PM
Kecuaian sendiri.. Mesti flight tak penuh.. Kalau tak mesti perasan seat tu org lain punya.
Quote eyansss 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk?  bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…
Quote uda 11-10-2022 09:19 PM
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk?  bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…

Nak cepatlah tu.

Case my husband pulak. Dia sepatutnya balik eg 10 hb tapi dia ingat 9hb. Dengan confidentnya dia g airport, lepas naik flight sampai KLIA2. Ni pun pelik, macamana dia boleh lepas security sbb 2 kali akan check boarding pass.
Quote Themilo 12-10-2022 07:47 AM
dah tu, kalau tengah flight baru perasan, takkan la pilot nak patah balik hantar dia ke Subang semula..
Quote salimrock 12-10-2022 08:53 AM
Themilo replied at 12-10-2022 07:47 AM
dah tu, kalau tengah flight baru perasan, takkan la pilot nak patah balik hantar dia ke Subang semul ...

selalu nya pilot bg payung terjun, suruh landing sendiri...
Quote prettyuglybabe 12-10-2022 10:13 AM
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk?  bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…

sebab domestik kot kena staff yang check betul-betul, sangkut la..
kena yang asal nampak rupa boarding pass, jalan..
Quote tri-max 12-10-2022 11:45 AM
tak adalah misteri sgt pun, kecuaian dari pihak sendiri & airlines
huntongla dapat tiket balik KL free
Quote babelina 13-10-2022 10:46 AM
hahaha.. kelakar pula aku..
Quote mijot 13-10-2022 09:43 PM
kecuaian sendiri dgn airlines...
staff airlines pun tak cek betul2 kt pintu kapal..
Quote None68 14-10-2022 04:27 PM
Takde la misteri sangat, dia yg lalai.
Quote krustykrab 15-10-2022 08:48 AM
Misteri kepala hatok dia...sendiri yg cuai...mujur dpt tiket free..kalao ko naik bas, tak de nye la dia nk bg ko tiket free dah
Quote Scheherazade 15-10-2022 12:40 PM
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk?  bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…

Tu la aku pelik. Sbb aku penah je salah gate, staff yg check tu siap ckp, silap gate and x bg masuk. Selain tu, bila masuk kapal pun, steward/stewardess yg berdiri dpn pintu tu akan check boarding pass tu, dorg pun ckp takut masuk salah flight. Ni MAS la, tatau la aku klu airline lain x buat camni
Quote eyansss 15-10-2022 06:50 PM
Scheherazade replied at 15-10-2022 12:40 PM
Tu la aku pelik. Sbb aku penah je salah gate, staff yg check tu siap ckp, silap gate and x bg masu ...

kan...  nak masuk ke boarding room akan check...  nak masuk ke dalam aircraft pun check lagi sekali...  tang mana boleh terlepas...  kecuaian both parties tapi lebih pada staff...
Quote eyansss 15-10-2022 06:51 PM
uda replied at 11-10-2022 09:19 PM
Nak cepatlah tu.

Case my husband pulak. Dia sepatutnya balik eg 10 hb tapi dia ingat 9hb. Dengan  ...

serious la lepas...  hahaha...  ni mesti staff check ala kadar je...  tengok destination name dengan flight no je ni...  tak tengok tarikh...
Quote eyansss 15-10-2022 06:52 PM
prettyuglybabe replied at 12-10-2022 10:13 AM
sebab domestik kot kena staff yang check betul-betul, sangkut la..
kena yang asal nampak rupa ...

aku naik domestic kena check betul2 wooo...  hahaha...  agaknya dah lama sangat goyang kaki takde flight semenjak covid, terus jadi malas nak check betul2 kot...
Quote uda 15-10-2022 09:13 PM
eyansss replied at 15-10-2022 06:51 PM
serious la lepas...  hahaha...  ni mesti staff check ala kadar je...  tengok destination name deng ...

Itu yang menghairankan.
Husband called masa I di Melaka dan tanya kenapa I tak datang ambil dia. I  hairan sebab kata kenapa dia balik awal sedangkan flight dia esuk hari. I ingat sebab I yang belikan online.

Pastu bila berjumpa di rumah and check boarding pass dia - memang boarding pass dia untuk the next day dan bukan hari yang dia travel.
Quote LadyCarefree 15-10-2022 09:28 PM
Naik airline cikai sangat kot.
Quote matchstick 16-10-2022 12:06 AM
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk?  bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…

kalau kt subang airport senang je lps masuk..yg betul2 check ticket teliti sikit cuma masa beratur dkt boarding gate..lps tu dia tunjuk pegi kiri or kanan..pastu jalan ke depan lagi ada la signage kecik yg show plane nk pegi ke mana. ada yg jaga dkt situ dan tgk tiket. tp kt sini diorg tgk sekali lalu je. kadang2 ada yg terlepas diorg tak tgk pun. aku selalu sgt naik flight kt subang tu. mmg pernah terfikir boleh jadi begini lagi2 kalau kita org 1st yg beratur kt depan sekali. naik flight FF or malindo kt subang airport tu lebih kurang mcm naik bas express jah. plane kecik. tak mcm naik AA or MAS dkt KLIA or KLIA2 kita beratur dkt boarding gate pastu terus masuk plane ikut pintu yg dh sambung ke platform tuh. tak tahu pebenda diorg panggil benda tu.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.101230 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top