CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Bela Nasib Pelajar, Warganet Sokong Guru Hebat Ini!

17-10-2022 10:19 PM| Diterbitkan: missroses87| Dilihat: 1947| Komen: 1|Original author: Missroses87

Description: Sejak akhir-akhir ini, kecoh mengenai Cikgu Fadli Salleh yang menerima surat dari pihak atasan dek lantang bersuara mempertahankan hak anak-anak di Malaysia.

Sumber Foto: FB

Sejak akhir-akhir ini, kecoh mengenai Cikgu Fadli Salleh yang menerima surat dari pihak atasan dek lantang bersuara mempertahankan hak anak-anak di Malaysia. 

Di mata warganet, Cikgu Fadli antara salah seorang figura dihormati ramai.

Untuk info, Cikgu Fadli merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah yang mengajar subjek Matematik. Selain itu, beliau juga cukup aktif terbabit dengan sebuah NGO yang menyalurkan pelbagai bantuan kepada orang susah dan mangsa banjir. 

Keperibadian Cikgu Fadli ini menjadikan dirinya cukup dihormati ramai. 


Antara isu yang pernah dibangkitkan oleh Cikgu Fadli Salleh adalah silibus pelajaran yang terlalu tinggi tidak sesuai dengan tahap usia murid serta isu beg sekolah berat yang menjadi perhatian ramai dan pernah dibincangkan dalam salah sebuah rancangan televisyen. 




Disebabkan perkongsian tersebut, Cikgu Fadli muncul mengadakan live di TikTok dan sempat dirakamkan dan dimuat naik semula oleh beberapa akaun aplikasi tersebut. Berikut antaranya:

[

Apa-apa pun, di ruangan komen rata-rata warganet menyokong Cikgu Fadli Salleh dan mengharapkan guru ini tidak dikenakan sebarang tindakan yang memudaratkan. Jika tiada Cikgu Fadli siapa lagi yang berani bersuara? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 18-10-2022 08:13 AM
moga ALLAH tunjukkan jalan keluar terbaik untuk semua pihak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058059 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top