CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Muntah Dan Demam, Terengganu Arah Siasat Apa Yang Berlaku Di Pulau Perhentian Kecil

2-10-2022 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1350| Komen: 3

Description: "Kerajaan tidak teragak-agak menggunakan segala tindakan perundangan sedia ada dengan tegas jika ada premis tidak mematuhi peraturan ditetapkan memandangkan isu-isu sebegini boleh memberi kesan kepada ...
"Kerajaan tidak teragak-agak menggunakan segala tindakan perundangan sedia ada dengan tegas jika ada premis tidak mematuhi peraturan ditetapkan memandangkan isu-isu sebegini boleh memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri ini."


Kerajaan negeri Kuala Terengganu memandang serius kejadian sekumpulan pelancong mengalami gejala pening, muntah dan demam selepas pulang bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Besut, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata, semua agensi yang terbabit diarah menjalankan siasatan di lapangan dengan segera untuk mengenal pasti punca kejadian.


PULAU Perhentian Kecil. FOTO Arkib NSTP


Menurutnya, laporan penuh akan menyusul sebaik siasatan lengkap.

Menurut Ariffin, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) dalam usaha untuk membina loji kumbahan bersepadu bagi menangani isu-isu berkaitan pencemaran kumbahan di Pulau Perhentian.

Katanya, Kasa dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) juga sedang dalam tindakan menjalankan pelupusan enap cemar secara keseluruhan di Pulau Perhentian susulan aduan yang diterima sebelum ini.

"Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (Jas) Terengganu juga sentiasa menjalankan program pengawasan kualiti air marin secara berkala di Pulau Perhentian.

"Bagi keputusan pengawasan kualiti air marin dalam tempoh antara Jun sehingga September lalu, ia menunjukkan kualiti air berada pada tahap yang terbaik," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri komited dalam menjaga keselesaan dan keselamatan pelancong yang datang bercuti di pulau-pulau peranginan di Terengganu.

Katanya, sebarang isu yang mendatangkan kesan tidak baik kepada pelancong dan pengunjung akan diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya demi memastikan kelangsungan sektor pelancongan negeri.

Sebelum ini, portal berita dalam talian melaporkan sekumpulan 40 pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit selepas berenang di perairan pulau itu.

Menurut laporan berkenaan, sebahagian mereka mengalami cirit-birit dan demam panas sejurus pulang dan beberapa orang dimasukkan ke hospital.

Manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-10-2022 08:58 PM
Tak suka Perhentian kecil... Food mahal, kualiti hauk.. Pasir dia panas gila oii tghari.. Dulu2 klu pi, dah naik bot, kena tukar lak sampan, pastu still kena turun dalam air.. Pastu chalet semua tinggi2 kena panjat..
Tapi skarang tak tau lah mcmana..

Apapon klu ramai yg kena, kena check lah dorg duduk chalet mana, makan kat kedai mana..
Quote CiliPadiSedap 2-10-2022 09:11 PM
sebab tu naik banana boat lg best
Quote sofea86 3-10-2022 12:43 AM
Perawankota: Tak suka Perhentian kecil... F ...
bru jumpa review yg jujur...plan nk ke Perhentian next year..x jadi la..ada anak kecik lg...x sesuai nampaknya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.039630 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top