CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertahun Derita Gigi Bongsu, Gadis Ngeri Nak Buka Mulut Lepas Nekad Cabut 4 Batang Serentak

2-10-2022 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4277| Komen: 38

Description: Bukan sahaja 'azab' ketika mengunyah makanan atau bercakap, sehingga tidak senang duduk dibuatnya dan mengganggu aktiviti harian.
Bukan sahaja 'azab' ketika mengunyah makanan atau bercakap, sehingga tidak senang duduk dibuatnya dan mengganggu aktiviti harian.

Mahu atau tidak, akhirnya terpaksa juga 'menyerah diri' di klinik atau hospital bagi 'membuang' gigi bongsu bagi menamatkan kesengsaraan.

Begitulah yang dialami gadis ini yang nekad mencabut keempat-empat gigi geraham bongsunya selepas hampir empat tahun ia tumbuh, membuatkannya sering berasa sakit dan tidak selesa.



Menurut Husna Farihah, keputusan itu dibuat selepas dia mempertimbangkan saranan doktor memandangkan gigi geraham bongsunya tumbuh dalam keadaan yang tidak normal.


"Oktober tahun lepas, saya ada cyst di bawah lidah yang dipanggil Ranula Cyst. Saya ke klinik swasta untuk check dan doktor refer saya ke Jabatan Bedah Mulut di hospital kerajaan.

"Semasa di sana, doktor buat x-ray untuk tengok cyst bawah lidah tu dan memang nampak gigi bongsu tumbuh dalam condition yang tak normal.

"Ketika appointment, tengok-tengok cyst tu dah hilang dengan sendiri. Disebabkan cyst dah tiada, doktor pakar agak tertarik dengan gigi geraham bongsu tu dan suggest untuk cabut sebab kalau dibiarkan risau gigi tu rosak dan saya setuju.

"Gigi geraham bongsu tumbuh ketika saya berusia 17 tahun. Sekarang saya dah 21 tahun. Saya nak cabut sebab sakit datang on off.

"Gusi bahagian belakang kadang-kadang bengkak dan susah nak dibersihkan. Kadang-kadang tergigit bila makan dan berdarah. Lama juga saya tahan sakit ni," ceritanya kepada mStar.



Selepas membuat temujanji dan menunggu giliran, gadis yang mesra diapa Husna ini berkata, dia akhirnya selamat menjalani pembedahan membuang gigi geraham bongsu pada 26 September lalu di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Gadis ini memilih untuk mencabut keempat-empat batang gigi geraham bongsunya sekali gus dengan bius penuh (General Anesthetic).

"Saya masuk wad 25 September untuk buat ujian calitan Covid-19, 26 September jalani pembedahan dan 27 September discaj.

"Doktor kata prosedur pembedahan selama lebih sejam sahaja. Prosedur tak sakit sebab saya dibius penuh.

"Sekarang dah hari kelapan, Alhamdulillah luka pun semakin pulih, bengkak dah surut cuma masih ngeri nak buka mulut luas-luas sebab gusi saya dijahit.

"Dah boleh bercakap sikit-sikit tetapi rasa tak selesa. Saya masih makan benda yang lembut seperti bubur. Kena berpantang, tak boleh makan makanan keras dan panas. Waktu macam inilah mengidam macam-macam tapi apakan daya," ujarnya sambil menambah dia hanya membayar kos pembedahan sebanyak RM19.

Sekadar mahu mengabadikan kenangan di media sosial, Husna berkata, dia tidak menyangka perkongsian mengenai pengalamannya itu menarik perhatian ramai.




Malah ramai yang bertanya mengenai langkah serta prosedur untuk melakukan pembedahan sedemikian.

"Saya rasa nak share journey proses pembedahan ini sebab nak bagi gambaran kepada yang berniat untuk buang gigi bongsu bahawa prosedur ini tak sakit sangat pun.

"Saya juga sangat terbuka untuk jawab mana yang sempat komen-komen di TikTok bertanyakan langkah-langkah untuk buat appointment cabut gigi di hospital kerajaan. Rupanya ramai yang tak tahu, jadi saya rasa bertanggungjawab untuk guide.

"Jika ia mengganggu kehidupan seharian, saya nasihatkan pergi ke klinik gigi. Gigi bongsu kalau dibiarkan lama, takut rosak dan memburuk dekat dalam gusi.

"Tetapi kalau tak nak buang pun tak apa, bergantung kepada individu. Saya rasa lebih baik pergi periksa di klinik dan dapatkan nasihat daripada doktor gigi," ujarnya lagi.

Sehingga kini video perkongsian Husna di TikTok meraih lebih 252,000 tontonan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 2-10-2022 03:40 PM
Kalau kat swasta mesti dah belas2 ribu kosnya..
Beruntung kita ada kemudahan kesihatan kerajaan dengan harga mampu bayar...
Cuma yang tak menahan kena tunggu giliran...
Quote LoveSungmin 2-10-2022 04:41 PM
doktor tak bagi i buang gigi bongsu sebab tumbuh elok katanya menghidap juga la sakit on off sampai sakit kepala
Quote nyoyoyenye 2-10-2022 04:54 PM
yen pernah demam panas hampir dua minggu masa gigi bongsu dua2 belah tumbuh serentak
terus drop 15kg
tapi lepas fasa tumbuh kaw2 tu ada je lagi sakit on off tapi tak seteruk sampai demam tu
Quote green~tea 2-10-2022 05:14 PM
Kenapa cabut semua 4 sekali gus.. patut cabut 2 by 2 je.. atas bawah kanan, next few weeks another set atas bawah kiri plak.. baru laa boleh continue makan kunyah one side...


I baru je cabut sebatang gigi bongsu last month... charge was less than rm300 utk cabut gigi (less than 2 mins procedure sajork) and RM150 for scaling and polishing (kena make sure hygiene dulu before cabut gigi)....

Takde la mahal pun cost minor surgery (gigi geraham bongsu is considered as minor operation and MUST be done by specialist ONLY)...

Tp semua cost tu i claim from dental company la.. husband, anak i mmg regular check up gigi under employee benefits company je
Quote rospinki 2-10-2022 05:18 PM
Nak tggu appointment kt kkm tu yg leceh. Skrg kena book slot pastu pgi klinik check padtu tggu lagi. Ahhh byk keje. dulu pernah jga 2 gigi graham sakit 2 skli cabut timw tu umo 16 aky redah klinik tentera suruh diorg cabut haha sukahti jek. Time tu mana full astethic dalam sakit dia cabut..aku ckp kt doktor biar sakit sakli dari menaggung sakit lama.
Quote imransulaiman 2-10-2022 05:23 PM
Alhamdulillah wisdom teeth aku semua 4 sihat. Dentist cakap tak perlu cabut..

Pernah baca dulu wisdom teeth ni antara benda yang tak berkepentingan untuk kita..
Quote Suchi 2-10-2022 05:26 PM
Edited by Suchi at 2-10-2022 05:33 PM

Ahh kebetulan plak iols baru je cabut gigi semalam.
Pestime cabut gigi kekal, takutnya la hai tp gigi iols dh retak mmg takleh diselamatkan lg tula suka sgt mkn mknn yg keras2.
Bius tak abis lagi masa kat klinik gak dah start berdenyut2..
Adoii takleh bincang sakit dia, org lain sakit gigi sblm cabut gigi. Iols plak lepas cabut punya lah sakit, kena jahit plak tu.
Mkn ubat tahan sakit sampai 2 kali.

Sedih tgk gigi dah rongak kalau ketawa besar mmg nampaklah sbb kat tepi kan.
Iols nak buat implant tp mahal oii 6-7k sbtg dahla lama lak nk tunggu siap dekat sebulan.
Ada sapa2 tak yg penah buat FRC? Kos dia lebih murah drpd implant, sehari je siap.
Sesuai utk yg nk gantikan sebatang gigi.
Quote ellZack 2-10-2022 06:01 PM
Suchi replied at 2-10-2022 05:26 PM
Ahh kebetulan plak iols baru je cabut gigi semalam.
Pestime cabut gigi kekal, takutnya la hai tp gig ...


FRC tu apa?
I buat bridge hari tu untuk ganti gigi kekal. Sebatang 700rm, jadi buat 2 sebab nak buat bridge, kena korbankan gigi sebelah yang kosong tu untuk support. Maybe you boleh check pasal bridge dengan dentist sesuai ke tidak.
Harga bridge berbeza ikut jenis dan clinic you pergi.
Quote helicornia 2-10-2022 09:01 PM
Syukur la aku tkde pulak masalah wisdom teeth ni
Quote cmf_premierleag 2-10-2022 09:07 PM
mohon @dodolgemok kasi sepatah dua kata sbg terpaling dentist
Quote teen_angelJB 2-10-2022 09:19 PM
Seriauuuu....kalau bab sakit GG mmg mnta nyawa woooo
Quote Highflyer19 2-10-2022 09:26 PM
Mustahil dentist tak ckp pros and cons…
Quote Carcosa 2-10-2022 09:28 PM
Meols dah buang 2 wisdom teeth. Dua2 belah bawah.
Sebab tumbuh melintang, huhu. Yg atas elok pulak.
Masa cabut tu, nurse pegang kepala meols, then masa cabut tu, rasa mcm krapp bunyik. Huhaiiii..
Walaupun tak rasa sakit sbb bius, tapi bunyik krappp tu menghantui woiiiiii.
Quote Potpouri 2-10-2022 09:35 PM
Sakit gigi paling menyakitkan.. nasib baik wisdom teeth aku tak bermasalah. Dia tumbuh senyap2 trngok2 dah ada..so aku biarkan jelah
Quote CardiGans85 2-10-2022 09:35 PM
Aku cabut 3 batang wisdom start umur 26,27&28. Lepas tu mesti kena bulan puasa..tp kena rm500 la sebatang
Quote umbut 2-10-2022 09:37 PM
Pernah kena waktu form 2, sebab keluarga semekin masa tu... tahan ler sakit... lama2 hilang
Quote hareeeesah 2-10-2022 10:04 PM
Ish aku ni 30+ Tp 2 wisdom tooth still tak nampak bayang. Perlu risau ke x?  
Quote mimi_ayu 2-10-2022 10:15 PM
Ngeri betul klu igt blk pengalaman cabut wisdom teeth ni..tumbuh melintang n hentam gigi sblh
Masa cabut mmg xrasa sbb ada bius..hbs je bius tu mmg skt xblh bincang..
Mkn ubat pastu tuam ngan ice baru la kurg sktnya
Nsb baik 3 wisdom tooth lain tumbuh ok, klu x mmg rasa serik kot nk operate lg..
Quote Adrif 2-10-2022 10:42 PM
hareeeesah replied at 2-10-2022 10:04 PM
Ish aku ni 30+ Tp 2 wisdom tooth still tak nampak bayang. Perlu risau ke x?

pi dentist kaka, regular checkup ka. 2 kali setahun ka.
nanti doktor xray

rasanya ada tu gigi bongsu, tapi dalam gusi ka, dia tumbuh baring mungkin?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057491 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top