CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah, Kereta, Susu, Duit Saku Laki, Pengasuh Anak Semua Isteri Bayar- Alasannya Suami Gaji Lebih Rendah, "Nak Gaduh Nanti Derhaka"

2-10-2022 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3907| Komen: 51

Description: Dalam rumah tangga, suami adalah individu yang bertanggungjawab memberi nafkah buat isteri dan keluarga, sebagaimana yang dituntut dalam Islam.
Dalam rumah tangga, suami adalah individu yang bertanggungjawab memberi nafkah buat isteri dan keluarga, sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Namun, terdapat banyak kes yang dikongsikan di laman sosial memaparkan luahan masalah isteri berhubung sikap suami yang culas atau 'mengelat' memberi nafkah.

Gambar Hiasan

Hal itu sering terjadi terutamanya apabila pasangan bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

Begitu juga yang menimpa seorang wanita, sehingga pernah beberapa kali mahu menuntut cerai disebabkan sikap suami yang mengambil ringan soal nafkah, hanya kerana dia mempunyai pendapatan lebih tinggi.


Kisah wanita tersebut, yang tidak didedahkan identitinya, dikongsikan oleh rakan sekerjanya di laman Twitter @twtmalaywedding untuk meminta pendapat netizen.

"Dia tanya pendapat saya patutkah dia tuntut fasakh? Saya takut nak bagi jawapan jadi saya nak minta padangan followers lain. Gaji akak ni RM4,000 manakala suaminya RM3,000.

"Apa yang akak ni bayar adalah rumah (RM1,600 atas namanya), kereta (RM600 nama suami), pengasuh (RM400), susu anak (RM200), pampers (RM200), duit saku anak laki (RM200).

"Apa yang suami dia bayar? Hanya makanan," kongsinya dalam mesej yang dikirim.



Tambah wanita tersebut, apabila ditanya kepada rakan sekerja yang dipanggil 'akak' sama ada pernah berbincang hal kewangan bersama suami, namun apa yang diberitahu cukup membuatkannya terkesima.

"Akak ni jawab dah pernah gaduh marah apa semua tapi suami dia tak ada progress pun. Akak malas nak gaduh lebih-lebih sebab nanti kira isteri derhaka pula.

"Untuk pengetahuan, dulu suami dia bayar rumah sewa lama RM400, sebab tu akak ni nak tolong dia bayarkan kereta RM600 walaupun kereta tu nama suami dia.

"Lepas itu akak ni dah nak beli rumah baru sebab umur dah 40, dia cakap sampai bila nak menyewa. Sebab dia tahu suami dia jenis macam tu, dia cakap rumah tu biar dia bayar sendiri sebab nak nama dia seorang.

"Suami dia terasa sebab tak nak letak nama dia sekali. Saya macam w**? Kalau tolong bayar sekali tak apa juga. Akak ni berharap suami dia tolong sambung bayar kereta tapi suami dia buat senyap, tak ada common sense langsung," ceritanya lagi.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap suami yang ibarat lepas tangan, rakan sekerjanya pernah beberapa kali terdetik untuk meminta cerai.

Namun hasrat tersebut dikuburkan sahaja pada akhirnya kerana masih ada perasaan sayang, tambahan pula dia memikirkan masa depan anak-anak.

"Dia cakap suami dia baik cuma dari segi kewangan tak ada common sense sebab anggap bini gaji lagi tinggi, so binilah bayar lebih. Masalahnya bagi saya, habis tu nafkah mana? Bukan pasal gaji siapa lebih.

"Akak ni cerita dekat saya sebab dia selesa dan rapat dengan saya. Kalau ikutkan hati saya, saya geram je nak beritahu cerai sajalah, buat apa tanggung biawak.

"Harap followers boleh bagi pandangan memandangkan saya tak ada pengalaman," kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, pelbagai cadangan serta nasihat yang dilontarkan netizen namun rat-ratanya menyarankan wanita tersebut merujuk kepada pakar kaunseling terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, ramai netizen turut mengingatkan wanita agar berhati-hati mencari calon suami kerana bimbang ditimpa situasi yang sama.

"Sebenarnya tak derhaka pun kalau kita tegur silap suami tu. Sebab memang kita sebagai isteri kena tegur juga. Cuma kadang-kadang dah tegur banyak kali tapi macam tu juga tak ada progress apa-apa. Minta pergi kaunseling.

"Sebab tu hal-hal kewangan, kena cerita masa bertunang sebab masa itu kita boleh tengok effort dia dari awal, supaya boleh banteras awal dan elak perkara begini berlaku.

"Tak kisah suami gaji rendah, tak bermaksud kita setuju timbang biawak hidup," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 2-10-2022 02:54 PM
Same old same old..
Jalan cerita same je twitter ni..
Wanita bodo konon teraniaya..
Lelaki dayus ke perangai tah pape..
Penulis skrip twitter ni mungkin catfish pencen xpun penulis novel..
Quote nurshima 2-10-2022 02:54 PM
Entah lah labu,  mmg ramai mcm ni pun skrg.  Isteri2 skrg walaupun super independent jangan tunjuk sangat kita boleh semua itu ini,  nnt suami bukan saja lepas tangan,  levih malang dia pasang perempuan lain yg nak bergantung pada dia supaya dia rasa diperlukan oleh seorang wanita, yg bini terkapai2 buat benda sendiri.
Quote supernaturalee 2-10-2022 02:58 PM
lattehazelnut replied at 2-10-2022 02:54 PM
Same old same old..
Jalan cerita same je twitter ni..
Wanita bodo konon teraniaya..

Plot utk novel baru
Suami biawak itukah laki aku?...

Koh koh koh
Quote aechae 2-10-2022 03:16 PM
Skang ni mslah rumah tngga org mmg public yg kena tolong pikirkn ke?
Quote Highflyer19 2-10-2022 03:17 PM
Demi content asalkan viral…
Quote adm7 2-10-2022 03:21 PM
Sebelum kahwin memang tak pernah fikirkan hal-hal kehidupan selepas berkahwin?
Ke tak kesah asalkan berlaki?
Takut digelar andartu?
Yang pejuang andartu memang tak suka la topik2 mcm ni. Kalau bab nak kutuk andartu tu mencicit nak reply tunjuk bingai.
Yang jantan pun memang tak pernah fikir pasal tanggungjawab ke? Tak fikir dosa pahala? Kepala bawah je yang berfungsi?kepala atas tak boleh nak berjalan/berfikir?
Ramai je aku jumpa perempuan yang menyesal berkahwin sebab terpaksa hidup dengan lelaki spesis biawak atau curang main perempuan.
Benda dah jadi tak guna menyesal. Patut bagi nasihat yang muda dan belum berkahwin ni supaya tak jadi bingai macam korang.
Quote Orenn1 2-10-2022 03:31 PM
Whatever utk content ke apa tapi hakikatnya zmn skrg ni dlm keluarga melayu mmg banyak mcm ni. Isteri contributes lebih dlm segala hal termasuk financial n segala urusan lain dlm rmhtangga. Pokoknya isteri yg manages segalanya klu tak benda tak jalan n tak terurus. Suami mcm bangsatttt, contributes tak seberapa baik dlm financial mahupun urusan2 lain dlm rmh tangga. Yang dia tahu belagakk superior, konon kedudukan dia lebih tinggi n perlu dihormati walaupun taraff mcm pariahhh lol ni lah hanjeng2 tak sedarr diri dlm kebanyakan kehidupan pompuan2 melayu di negara kita.
Quote naina 2-10-2022 03:38 PM
Patutnya stop bayar kereta laki dia
Pasal rumah tu patutnya bayar separuh walaupun nama isteri. Atau pun laki bayar semua. Tu kan nafkah termasuk tempat tinggal pakaian dan makanan. Itulah lelaki kalau dh selesa ditolong MMG cmtu. Awal2 lagi kena berkira sebenarnya.
Kereta tu stop je bayar. Lepastu apa2 pembelian ada resit sent kat dia. Api air cmne? Hmm
Quote belilies 2-10-2022 03:46 PM
Xfhm. Bajet yg dia bentangkan tu future bajet bila dia dh beli rumah ke? Sebab confuse part kata nak beli rumah baru sbb menyewa. Ke dh beli rumah nak beli lg satu?
Quote Tinot7 2-10-2022 03:48 PM
Anak 3, umo 40, masih sayang suami...
Takziah je la..
Quote mbhcsf 2-10-2022 03:54 PM
hmm...classics...selalunya kalau dengar radio IKIM masalah rumah tangaa thn 2015 tu, iras iras  macam ni juga...segala maqasid  syariah wanitanni  dah kene langgaq  mau tak dia marah, kan?
Quote tasha 2-10-2022 04:01 PM
Edited by tasha at 2-10-2022 04:02 PM

Sori nk ckp satu je...dr mula kawin dah nmpk lki bewak ni..sape suh mung tunggu...umah ,keta ,basic thing tu mmng lki kena byr tkde alasan lki gaji kecik...klu duit nursery tu oklh nk byr kn sebb kita keja tk mmpu nk jga ank kt umah....aiyoo
Quote Orenn1 2-10-2022 04:03 PM
Jantan melayu ramai gaji so so lps tu bila dpt bini dpt bini gaji lebih dia jadi lagi kedekut dgn alasan gaji dia kecik. Perangaiii mcm bangsatt seko2, hidop asyik bergantung pada pompuan, klu gaji kecik tp tak kedekut n buat yg terbaik dlm semua hal isteri terutama pompuan melayu tak kisah pun sebenarnya. Yang jadi masalah gaji dah le kecik, jiwa kecik serba serbii perangaiii bangsatt.
Quote zehra2 2-10-2022 04:27 PM
tak tau ler nak kesian ke tidak.
Quote rospinki 2-10-2022 05:12 PM
Entah siapa yang salah...ku tak tau.
Quote ninja boy 2-10-2022 05:17 PM
Patutlah ramai lelaki mintak sedekah sana sini tempat awam, kena buang famili gituh
Quote edayildiz 2-10-2022 05:23 PM
mmg ada kn gini..sbb tu korg jgnn pulak kutuk kalau oerempuan kejar laki berduit..semua tu demi masa dpn..
Quote Nham22 2-10-2022 05:34 PM
Patut kereta tu laki diela bayar.. Apesal bini kene bayar semue. Jilake babeng la....tp gaji skrg pon rm3k pon sikit la... Die kalau basic rm3k tolak epf tinggai brape je... Pastu klu die ade hutang personal loan... Utilities mcm hp astro neflix etc.. Mmg tinggai sikitla...
Pastu makan lg...
Quote Orenn1 2-10-2022 05:51 PM
Memang pompuan klu beli rumah n mampu bayar sendiri n taknak ada masalah depan hari jgn letak nama husband, tapi masih perlu charge husband bayar separuh dr monthly loan sebagai sewa rumah sbb dia duduk rmh tu, klu dia sewa kat luar pun kena bayar, takkan nak duduk free tak malu ke, mcm tqkde maruah jantan klu duduk free rmh isteri tak bayar apa2, hiakkkkk tuihhhhh lol kohkohkohhhh booo booooo booooooo

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.302173 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top