CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

110 Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dah Pulang, 174 Lagi Masih Terkandas Di Luar Negara

30-9-2022 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1406| Komen: 4

Description: 110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara dibawa pulang setelah berjaya diselamatkan.
110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara dibawa pulang setelah berjaya diselamatkan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, berdasarkan laporan diterima dari 2021 sehingga hari ini, masih terdapat 174 mangsa sindiket berkenaan yang terkandas di luar negara.

"Bagi tempoh yang sama PDRM telah menerima 224 laporan melibatkan 284 mangsa daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berkaitan rakyat tempatan yang diperdayakan oleh sindiket penipuan untuk bekerja di luar negara.


Gambar hiasan/Utusan

"PDRM akan terus menggunakan semua platform untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama Interpol (Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa), Aseanapol (Polis ASEAN) untuk menangani penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia di luar negara, selain turut terlibat dalam jawatankuasa khas yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu Noorsiah berkata PDRM menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menerima tawaran-tawaran pekerjaan di luar negara melalui media sosial, dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan atau ketulenan maklumat majikan dengan Kementerian Luar Negeri.

"PDRM juga mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah sindiket penipuan pekerjaan agar tindakan lanjut dapat diambil," katanya.

Pada 20 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat dan usaha sedang dilaksanakan melalui saluran yang ada.

Ismail Sabri juga menegaskan kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja kerana menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 30-9-2022 07:38 PM
Biar mereput saja la kat sana cina pemalas semua. Lahir untuk jadi hamba abdi
Quote rogayahtop 1-10-2022 04:53 AM
Walaupun harapan nak migrate terkubur di Laos, semoga mangsa2 scammer ni tak berputus asa utk migrate.
Quote Belibis 1-10-2022 12:32 PM
pokaibanktokyo: Biar mereput saja la kat sana  ...

Tengok cara dera memang kejam..kesian jugak walaupun perangai cam harrey.
Quote LadyCarefree 1-10-2022 12:46 PM
Patutnya jangan dibantu. Terlebih pandai pergi luar sendiri, pepandailah balik sendiri.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.046393 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top