CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Bertarung Nyawa Ditikam 70 Kali

30-9-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1789| Komen: 8

Description: Penemuan seorang kanak-kanak yang parah dengan 70 kesan tikaman menggemparkan penghuni di pusat penginapan pelarian kecemasan di Clareabbey dekat Clarecastle, Ennis, Ireland.
Penemuan seorang kanak-kanak yang parah dengan 70 kesan tikaman menggemparkan penghuni di pusat penginapan pelarian kecemasan di Clareabbey dekat Clarecastle, Ennis, Ireland.


Lebih membingungkan ibunya yang terbaring sebelahnya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.


The Mirror

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu kini masih bertarung nyawa walaupun sudah menjalani pembedahan manakala ibunya, dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Universiti Limerick.

Polis akan menyoal siasat wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu, apabila dia disahkan sihat serta menyoal siasat penghuni dan jiran di kawasan itu untuk membantu siasatan.


Seorang pegawai perhubungan keluarga juga dilantik untuk membantu keluarga kanak-kanak itu manakala Clare Civil Defense membantu penghuni lain di pusat itu.

Paderi Fr Tom Ryan memberitahu The Irish Sun, penduduk tempatan dan pelarian Ukraine bersatu hati mendoakan keajaiban untuk kelangsungan hidup dua beranak itu.

"Ini satu tragedi yang tidak dijangka yang membawa kesedihan besar baik kepada masyarakat dan keluarga Ukraine berkaitan," katanya.

Kira-kira 8 pagi, Selasa lalu, saksi pertama tergamam selepas mendengar bunyi alat penggera di pusat pelarian itu selepas mendengar jeritan dari sebuah bilik.


Forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian. 
Foto: Press 22

Sumber memberitahu bagaimana paramedik yang merawat kanak-kanak itu juga terkesan dengan pengalaman pahit itu.

Kanak-kanak itu yang ditemukan dalam sebuah bilik di pusat itu mengalami beberapa kesan tikaman di leher dan badannya.

Lokasi kejadian itu digunakan untuk menempatkan sekumpulan warga Ukraine yang melarikan diri akibat perang dicetuskan Rusia pimpinan Vladimir Putin.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-9-2022 05:21 PM
Mak dia yang cuba nak bunuh pehtu bunuh diri tapi cubaan tak jadi.

GWS child. Semoga survive dan jadi inspire pada manusia lain.
Quote sharlenetexas 30-9-2022 05:31 PM
Mak stress dengan putin ke?


Quote Adrif 30-9-2022 07:18 PM
70 kali??

kesian budak tu
Quote Oldbitty1 30-9-2022 07:59 PM
Omg berita kg aku keluar kat sini. Kesian sangat..the child kena hantar to a hospital in dublin. Mak kat limerick hospital.
Quote reen8601 1-10-2022 10:50 AM
kita yang besar ni pon tertoreh sikit pon nak meraung ni budak kena sampai banyak macam tu apa lah yang dia rasa masa tu
Quote gideoncross 1-10-2022 11:58 AM
Oldbitty1 replied at 30-9-2022 07:59 PM
Omg berita kg aku keluar kat sini. Kesian sangat..the child kena hantar to a hospital in dublin. Mak ...

Uol tinggal kat sna ke msa ni?
Quote Oldbitty1 1-10-2022 03:37 PM
Aha dik..tempat kejadian it's like 3-4 mins drive dr rumah (jln x sesak). That hse used to be b&b n just recently renovated by the new owner. Kesian sangat dgn budak tu. Klu terjadi kat locals cepat aje tau sebabnya.
Quote evlinne 1-10-2022 03:40 PM
Oldbitty1 replied at 1-10-2022 03:37 PM
Aha dik..tempat kejadian it's like 3-4 mins drive dr rumah (jln x sesak). That hse used to be b&b n  ...

Kesiannya uols budak tu
Apalah masalah mak nye tu smpai tikam anaknya sekali
Fucked up btul lah news ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.250792 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top