CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 4

110 Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dah Pulang, 174 Lagi Masih Terkandas Di Luar Negara

[Copy link]
Post time 30-9-2022 05:13 PM | Show all posts |Read mode
110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara dibawa pulang setelah berjaya diselamatkan.


Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, berdasarkan laporan diterima dari 2021 sehingga hari ini, masih terdapat 174 mangsa sindiket berkenaan yang terkandas di luar negara.


"Bagi tempoh yang sama PDRM telah menerima 224 laporan melibatkan 284 mangsa daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berkaitan rakyat tempatan yang diperdayakan oleh sindiket penipuan untuk bekerja di luar negara.




Gambar hiasan/Utusan




"DRM akan terus menggunakan semua platform untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama Interpol (Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa), Aseanapol (Polis ASEAN) untuk menangani penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia di luar negara, selain turut terlibat dalam jawatankuasa khas yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu Noorsiah berkata PDRM menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menerima tawaran-tawaran pekerjaan di luar negara melalui media sosial, dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan atau ketulenan maklumat majikan dengan Kementerian Luar Negeri.


"DRM juga mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah sindiket penipuan pekerjaan agar tindakan lanjut dapat diambil," katanya.


Pada 20 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat dan usaha sedang dilaksanakan melalui saluran yang ada.


Ismail Sabri juga menegaskan kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja kerana menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 07:38 PM | Show all posts
Biar mereput saja la kat sana cina pemalas semua. Lahir untuk jadi hamba abdi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun harapan nak migrate terkubur di Laos, semoga mangsa2 scammer ni tak berputus asa utk migrate.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo: Biar mereput saja la kat sana  ...

Tengok cara dera memang kejam..kesian jugak walaupun perangai cam harrey.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya jangan dibantu. Terlebih pandai pergi luar sendiri, pepandailah balik sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.189934 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list