CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah Beri Soalan Lucah Pada Pelajar ‘Offer’ RM20k Minta Tutup Kes, Siap Melutut Depan Mak Pelajar

29-9-2022 05:34 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6356| Komen: 53

Description: Setelah hampir setahun melaporkan gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pensyarah, namun masih belum ada apa-apa tindakan dari pihak yang bertanggungjawab, pengadu yang juga seorang pelajar uni ...



Setelah hampir setahun melaporkan gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pensyarah, namun masih belum ada apa-apa tindakan dari pihak yang bertanggungjawab, pengadu yang juga seorang pelajar universiti nekad untuk mendedahkannya di platform media sosial.

Melalui pendedahan Farah Azuin Razak di akaun @awwinnn_ di Twitter, beliau merasa amat kecewa kerana aduannya sebelum ini belum diambil apa-apa tindakan oleh pihak berwajib. Malah beliau turut menegaskan akibat peristiwa itu telah membuatkan dirinya trauma. 


Menceritakan pengalamannya, Farah mendakwa pensyarah itu memintanya menjawab pelbagai soalan kaji selidik berunsur lucah, diselang seli dengan percakapan yang tidak senonoh.

“Dia juga tanya saya, tahu tak alat mainan seks?” katanya.

Farah berkongsi pengalamannya dengan beberapa rakan sekelas dan mereka sepakat merakam perbualan telefon antara Farah dan pensyarah berkenaan.

“Rasa nak muntah sebab masa dia buat (tanya soalan kaji selidik). Saya bertahan sebab nak bukti. Kalau saya seorang-seorang, saya tak buat benda (layan panggilan) itu.

“Esoknya (saya) terus pergi membuat laporan polis dengan abang saya. Rakan sekelas dan ada ‘senior’ pun pergi balai sebagai saksi. Ada empat orang jadi saksi,” katanya.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Tangkak pada 2 Jun 2021, namun Farah masih menunggu keadilan.

Malah, pada 6 September lalu pensyarah tersebut telah pun menghantar notis kepada Farah mengatakan bahawa dia bakal mengambil tindakan saman malu kerana identiti dan tempat pekerjaannya didedahkan.

Bercakap dengan FMT, Farah mengatakan pensyarahnya itu telah mengambil tindakan tersebut untuk menakut-nakutkannya gara-gara dia menolak tawaran RM20,000 untuk menutup kes.

Dia saman saya atas tuduhan saya dedahkan tempat kerja dia, kehidupan peribadi dia. Itu semua bukan saya yang buat. Itu dari pihak ketiga, ‘netizen’ yang cari nama dia, gambar dia, tempat kerja dia. Saya tak mengiya dan tak menidakkan.”

Farah mengatakan, beberapa hari selepas laporan polis dibuat, pensyarah ini telah menghubunginya untuk meminta maaf dan mahu laporan tersebut ditarik semula.

Kerana enggan berbuat demikian, pensyarah ini telah menjejakinya di tempat kerja lamanya sebelum pergi ke kampungnya di Tangkak.

Dia datang rumah saya, minta maaf dekat ibu bapa saya, sampai melulut depan mak saya. Kami suruh balik, tapi dia tak nak. Sampai saya panggil polis. Polis datang, baru dia balik.”

Tak cukup dengan itu, pensyarah ini juga turut menghubungi ketua kampungnya untuk menawarkan wang sebanyak RM20,000 kepada keluarganya untuk tarik balik laporan polis namun ditolak.

Farah masih belum mengetahui kenapa kesnya ini mengambil masa yang lama untuk disiasat dan sehingga kini dia masih menunggu keadilan.

Kenapa (ambil masa) lama saya pun tak tahu. Nak kata tak cukup bukti, semua bukti kita dah bagi, malah polis pun ambil keterangan pensyarah saya, tapi masih juga (makan masa) satu tahun.

“UiTM Segamat pun sudah bagi kerjasama, (dan) terus memberhentikan pensyarah itu dari mengajar (dalam talian) di UiTM Segamat. Sekarang tunggu arahan selanjutnya dari Unit Integriti UiTM Shah Alam. Tetapi, UiTM Shah Alam senyap sahaja, tak ada keluarkan apa-apa kenyataan.”

Sebelum ini, pihak polis Bukit Aman memberitahu bahawa kertas siasatan pensyarah tersebut telah dihantar balik ke Balai Polis Tangkak untuk siasatan lanjut dan siasatan lanjut telah pun dibuat dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Johor.




Sudah setahun masih tiada tindakan, apa kata anda? . - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 29-9-2022 05:42 PM
tengok sikit muka pensyarah tu. mesti tak hnsom kan
Quote lattehazelnut 29-9-2022 05:45 PM
Haha.. kalau zaman dulu dah berkambus dah menda ni..
Tq twitter gitew..
Park je dulu tunggu org lain post lecturer pervert tu..

Quote hareeeesah 29-9-2022 05:47 PM
rastaf replied at 29-9-2022 05:42 PM
tengok sikit muka pensyarah tu. mesti tak hnsom kan

Ada gugel z@mri misk@m nama dia.. macam atuk org dah rupa.. hanj btul perangai. Kesian bini dia mesti org dok ngate
Quote wnwa05 29-9-2022 05:48 PM
ko kena hire lawyer dik baru laju.. dok harap report semata tak jalan
Quote cattiecute 29-9-2022 05:48 PM
mesti pensyarah ada ambik phd ni.
so buat questionaire bagi kat student.
tapi masalahnya soalannya gitu pulak.
or dia memang pervert.
Quote lattehazelnut 29-9-2022 05:57 PM
Edited by lattehazelnut at 29-9-2022 06:03 PM

Ok da jumpa

uitm Zamri Miskam
Ada yg post dari 2011 dah buat menda sama

Rakyat post

Link twitter voicenote of cos main agama
Gambar n voicenote
Quote LoveSungmin 29-9-2022 06:16 PM
ada tak pic soalan survey tu?
Quote Friska 29-9-2022 06:51 PM
Ini trit sebelumnya, lengkap dengan foto dan video:

Setahun berlalu, penuntut trauma pensyarah ajak lakukan onani masih mengajar di kampus JB
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5058362

Quote noor2 29-9-2022 06:55 PM
Apa beza juga dgn kes budak sekolah yg cikgu buat lawak lucah tu...siap kena kutuk teruk lagi oleh masyarakat dan ramai yg sebelah cikgu gila seks tu...
Quote ladybugz 29-9-2022 07:09 PM
guys can get away with a lot of things. mcm cerita netflix do revenge. susahnya nk jatuh org lelaki ni walaupun dah buat macam2 perkara yg teruk.
Quote Nokiaman 29-9-2022 07:09 PM
UiTM...apa mo heram..
Ummah Bumiputera....vs Ummah Bumiputera..molek sgtlaaaaa tu....
Takpo nnt mampos masyuk syorgaaa tu konfirm.....
Quote kotakominami 29-9-2022 07:42 PM
Kesian kan jadi pompuan...bila cerita kat socmed org tanye kenapa tak repot polis..bila dah repot kena sidai plak...lastnya terpaksa kasi viral gak...sudahlah kena cari bukti sendiri...
Quote Adrif 29-9-2022 07:48 PM
dasyat betul soalan kaji selidik dia

apa tajuk kajian sampai cenggitu sekali
Quote azimodin 29-9-2022 08:01 PM
noor2 replied at 29-9-2022 06:55 PM
Apa beza juga dgn kes budak sekolah yg cikgu buat lawak lucah tu...siap kena kutuk teruk lagi oleh m ...

Baru nak cakap benda yg sama. Mula2 rape jokes, lepas tu mula la buat soalan bukan2. Melarat jadi cancer dalam masyarakat
Quote azimodin 29-9-2022 08:04 PM
cattiecute replied at 29-9-2022 05:48 PM
mesti pensyarah ada ambik phd ni.
so buat questionaire bagi kat student.
tapi masalahnya soalannya g ...

Questionnaire dia pon lain macam.. soalan yg cadangan tu je yg nampak normal. Jawab soalan nurse kat KK pasal hubungan kelamin pon tak se-18sx camni
Quote Straya 29-9-2022 08:37 PM
Pensyarah aku di UM dulu pun ada jugak. Head of department lagi & bini kedua dia student,kira kakak senior aku la.Lepas kahwin 2 masih nak menggatal.Meraba & cakap lucah.Aku tak kena,kawan2 lain kena.Dah arwah pun dengarnya.
Quote belilies 29-9-2022 08:39 PM
Friska replied at 29-9-2022 06:51 PM
Ini trit sebelumnya, lengkap dengan foto dan video:

Setahun berlalu, penuntut trauma pensyarah ajak ...

Ko ni sakit jiwa kot. Seblom ni ko bukak benang, isu tak habis lagi ko bukak lagi benang baru. Ni tak puas hati tengok org lain bukak benang. Bukannya dia boleh search pun, kat title bukannya ada nama pensyarah tu pun. Jijik betul perangai kedekut dengki tengok org lain bukak thread.

Bukak jelah benang lain, jangan ganggu orang bukak thread. Aku marah ko bangsat nanti tau marah. Emo betullah aku mlm2 gini baca benang isu menarik tiber ada komen suruh org komen sambung dalam benang dia. Stupid and imbecile.
Quote Friska 29-9-2022 08:58 PM
Edited by Friska at 29-9-2022 09:01 PM
belilies replied at 29-9-2022 08:39 PM
Ko ni sakit jiwa kot. Seblom ni ko bukak benang, isu tak habis lagi ko bukak lagi benang baru. Ni  ...

Sakit jiwa ini orang, maksud saya sharing link agar tamu forum bisa dapat info dari trit sebelumnya. Baru enak dibaca setelah punya info lengkap. Saya malah mendukung trit ini dengan sharing info, Kakak malah punya persepsi negatif, makanya saya bilang Kakak sakit jiwa.


Quote belilies 29-9-2022 09:11 PM
Friska replied at 29-9-2022 08:58 PM
Sakit jiwa ini orang, maksud saya sharing link agar tamu forum bisa dapat info dari trit sebelumnya ...

Share lah. Not my loss pun. My life does not evolve around forum cari.

Silakan dan silakan.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061466 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top