CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Identiti, Guna Wang Dan Tinggal Dengan Mayat Rakan Sebilik Selama 4 Tahun

29-9-2022 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 960| Komen: 0

Description: Washington: Bukan hanya mencuri dan memalsukan dokumen, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) turut tinggal bersama rakan sebilik yang sudah meninggal dunia selama empat tahun.
Washington: Bukan hanya mencuri dan memalsukan dokumen, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) turut tinggal bersama rakan sebilik yang sudah meninggal dunia selama empat tahun.


Berita mengejutkan itu diterima selepas keluarga Kevin Olson, 64, bimbang selepas tidak mendengar khabar berita daripadanya sejak Oktober 2018 dan membuat laporan sebelum polis menggeledah rumahnya di Chico, utara California.

Polis berkata, siasatan mendapati David Pirtle, 57, tinggal bersama mayat Olson di rumah sewa mereka sejak dia meninggal dunia empat tahun lalu.

Foto: Agensi

Pegawai penyiasat berkata, mereka menemui rekod yang menunjukkan gadai janji Olson terus dibayar dan kira-kira 50 pembayaran ditulis kepada Pirtle daripada nama dan akaun bank Olson.


Perbandingan tandatangan kedua-dua lelaki itu dibuat dan pegawai menentukan cek itu tidak ditulis atau ditandatangani Olson.

Peguam Daerah Butte County, Mike Ramsey berkata, Oslon dipercayai meninggal dunia pada penghujung 2018 berdasarkan rekod kewangan dan keadaan mayat yang ditemui.

Katanya, bedah siasat untuk menentukan punca kematian akan dilakukan tidak lama lagi.

"Dia didakwa kerana disyaki mencuri identiti dan wang daripada rakan sebiliknya yang meninggal dunia.

"Dia dituduh melakukan pelbagai pertuduhan pemalsuan cek bertulis daripada akaun bank rakannya itu," katanya.

Tertuduh masih ditahan dan dijadualkan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Butte County pada Khamis. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046394 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top