CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuh Bersiri Jadikan Mangsa Hamba Seks, Gerudi Otak Dan Tuang Asid

29-9-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5088| Komen: 56

Description: Washington: Pembunuh bersiri, Jeffrey Lionel Dahmer yang dikenali dengan jolokan Kanibal Milwaukee, memperlakukan semua mangsanya dengan kejam termasuk menjadikan mereka hamba seks serta menggerudi ot ...
Washington: Pembunuh bersiri, Jeffrey Lionel Dahmer yang dikenali dengan jolokan Kanibal Milwaukee, memperlakukan semua mangsanya dengan kejam termasuk menjadikan mereka hamba seks serta menggerudi otak dan menuang asid muriatic sebelum mangsanya itu meninggal dunia.


Dokumen FBI yang diperoleh The US Sun, Jeffrey Dahmer memberitahu penguat kuasa undang-undang, tingkah lakunya itu dipengaruhi fantasi seksual yang menguasai dirinya sepenuhnya dan dia mahu mangsanya melakukan semua yang dia mahukan.

Dia juga cuba membekukan pasangannya yang sempurna, supaya dia boleh terus melakukan hubungan seks.


Dahmer(gambar kiri). Gambar kanan adalah mangsa bunuh Dahmer. Foto:Agensi


Pengarang Gisela K yang mengkaji dan kes Dahmer 'The Milwaukee Monster' berkata, lelaki itu mahu menghilangkan daya ingatan mereka sambil memastikan mangsanya hidup.

Katanya, lelaki itu mencuba kaedah itu kepada mangsanya, Errol Lindsey, Tony Hughes dan Konerak Sinthasomphone pada 1991 dan kemudian berputus asa dengan idea itu.

"Dahmer merasakan dia perlu mencuba kaedah ini kerana dia tidak begitu kuat. Jadi, dia tidak akan mengalahkan mangsanya secara fizikal untuk membuat mereka tunduk mengikut kehendaknya.

"Ini semua tentang fantasi seksual kompulsif yang dia cuba hilangkan dengan alkohol dan berpuas hati dengan pornografi," katanya.

Dahmer memberitahu penyiasat dia tidak mahu membunuh mereka walaupun sudah memperlakukan mangsanya dengan begitu kejam sebaliknya lelaki itu berkata dia cuma membuang bahagian paling tidak memuaskan hatinya.

"Tidak, pembunuhan itu bukan objektifnya. Saya hanya mahu orang itu berada di bawah kawalan saya sepenuhnya, tidak perlu mempertimbangkan kehendak mereka, dapat mengekalkan mereka di sana selagi saya mahu," katanya.

Untuk rekod, Dahmer membunuh 17 orang antara tahun 1978 hingga 1991 dengan mengerat serta menyimpan bahagian anggota badan mangsanya untuk kepuasan seksual.

Dahmer memikat mangsanya yang sebahagiannya daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum membawa ke apartmennya dan menawarkan dengan bayaran mereka untuk gambar bogel.

Dahmer akhirnya ditangkap pada 22 Julai 1991, selepas salah seorang mangsanya, Tracy Edwards, melarikan diri dan membawa polis ke apartmennya.

Pada 14 September 1991, dia didakwa atas 16 pembunuhan, kebanyakannya dilakukan di apartmennya di Milwaukee, Wisconsin.

Dahmer dijatuhi 16 hukuman seumur hidup berturut-turut dengan yang terakhir pada Mei 1992, atas pembunuhan mangsa pertamanya, Steven Hicks, 18.

Rakan banduan Christopher Scarver membunuh Dahmer di penjara pada Februari 1992. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompadu 29-9-2022 03:34 PM
Banyak sangat statement bercanggah dgn kes sebenar.. kot yer pon excited nak bukak tread, make sure fakta tu betul... jgn main kopi pes jah... choiii
Quote KamikuP 29-9-2022 03:37 PM
Baru tengok Episod One kat Netflix mmg mengerikan yaachhhh
Quote supernaturalee 29-9-2022 03:48 PM
bottompadu replied at 29-9-2022 03:34 PM
Banyak sangat statement bercanggah dgn kes sebenar.. kot yer pon excited nak bukak tread, make sure  ...

kannn
iols gelak2 baca

apo lah


Quote supernaturalee 29-9-2022 03:52 PM
KamikuP replied at 29-9-2022 03:37 PM
Baru tengok Episod One kat Netflix mmg mengerikan yaachhhh

dh tgk full episod, best
evan peters dgn richard jenkins sgt best lakonan dorg

walaupun x accurate 100%
tp overall mmg itu yg berlaku


Quote dani-rox 29-9-2022 04:26 PM
dia bebas membunuh utk tempoh yg lama sbb racism dan homophobia dlm jabatan polis dan kehakiman di Milwaukee. dulu ai pernah gatal tangan menggugel gambar polaroid mangsa - mcm2 stail posing dia buat kat mayat, ada jugak gambar crime scene: daging manusia dlm periuk; tangan, penis dan kepala dlm peti sejuk selayaknyalah dia dibelasah sampai mati dlm jel.

siapa2 yg kuat semangat dan berminat nak tahu psl mangsa2 serial killer nih, korang tengoklah siri Dahmer kat Netflix tuh.
Quote green~tea 29-9-2022 04:37 PM
dani-rox replied at 29-9-2022 04:26 PM
dia bebas membunuh utk tempoh yg lama sbb racism dan homophobia dlm jabatan polis dan kehakiman di M ...

Psycho nya.. tak sanggup watch series begitu...  takut terngiang2 seram takleh tido kang...

I dulu tengok resident evil zaman2 uni dulu pun rasa seram 2 minggu tak selera makan
Quote dani-rox 29-9-2022 04:51 PM
green~tea replied at 29-9-2022 04:37 PM
Psycho nya.. tak sanggup watch series begitu...  takut terngiang2 seram takleh tido kang...

I du ...

ai tertengok dua episod Dahmer waktu mlm, terus mimpi buruk. mungkin ai terkesan dgn kisah mangsa2nya - real life human stories.
Quote green~tea 29-9-2022 04:52 PM
dani-rox replied at 29-9-2022 04:51 PM
ai tertengok dua episod Dahmer waktu mlm, terus mimpi buruk. mungkin ai terkesan dgn kisah mangsa2 ...

I tak buleh. Loya tekak.. nak makan daging 2 minggu pun loya weh... terus jadi vegetarian for the time being... makan sayur dgn buah2... huhuhuhuh
Quote sharlenetexas 29-9-2022 05:02 PM
Kanibal terrorist?

Quote cikdot 29-9-2022 05:03 PM
aku dah tengok series ni kat astro lebih setahun yg lepas. slowmo jugak netflix ni rupanya
Quote Thunderclouds 29-9-2022 05:08 PM
Dh tgk 'cita' mamat ni kt Netflix. Larat 1 epi and a half jer. Sgt slow pace imho. Putus napsu nk lyn. Try nengok sins of our mother tu. Not bad jgk. Tp kes masih jln kt court. Sikit ja episode dia.
Quote Thunderclouds 29-9-2022 05:13 PM
cikdot replied at 29-9-2022 05:03 PM
aku dah tengok series ni kat astro lebih setahun yg lepas. slowmo jugak netflix ni rupanya

Dia ni femes. Mcm ted Bundy tuh. Slalu jd modal org buat drama/movies. Yg Netflix ni paling latest.
Quote blakerainer 29-9-2022 05:49 PM
Edited by blakerainer at 29-9-2022 05:56 PM

Memang slow cerita ni, dgn si jeff tu pun cakap sepatah2, ya ampun stresss. Tp in real life mmg gitu personaliti dia. Tgk real interview dgn jeff ni mmg sejenis hati kering xde perasaan.
Quote hmmlantakko 29-9-2022 05:56 PM
dani-rox replied at 29-9-2022 04:26 PM
dia bebas membunuh utk tempoh yg lama sbb racism dan homophobia dlm jabatan polis dan kehakiman di M ...

eee aku tak bleh continue tgk tak habis pun episod 1. geli muak mcm nak muntah mcm2 perasaan rasa
Quote Nurul8001 29-9-2022 06:35 PM
green~tea replied at 29-9-2022 04:52 PM
I tak buleh. Loya tekak.. nak makan daging 2 minggu pun loya weh... terus jadi vegetarian for the  ...

Saya pernah tengok citer mcm ni, saw ke tajuknya? Melibatkan potong memotong la. Ya Tuhan, lepas tu memang tak lalu nak makan
Quote sukacactus 29-9-2022 07:09 PM
Aku masih berkira2 nak tgk ke x siri dia kat Netflix tu
Quote green~tea 29-9-2022 07:25 PM
sukacactus replied at 29-9-2022 07:09 PM
Aku masih berkira2 nak tgk ke x siri dia kat Netflix tu

Baca berita ni rasa nak tengok.. tp hati takkuad
Quote green~tea 29-9-2022 07:27 PM
Nurul8001 replied at 29-9-2022 06:35 PM
Saya pernah tengok citer mcm ni, saw ke tajuknya? Melibatkan potong memotong la. Ya Tuhan, lepas t ...

Yeah... saw tu pun sama.. i trauma sampai tak ingat jalan cerita tu langsung... sbb asik tutup mata..

Actually cerita perfume: story of a murder pun i ada tengok.. scene kotor tu i tak dapat lupa sampai sekarang... sampai i berus gigi 4-5 kali sehari dah skang...
Quote bondeh 29-9-2022 07:43 PM
Layan series kat Netflix. Lepas tengok, rasa sedih dgn famili mangsa.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055279 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top