CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jantung Terhenti 30 Minit, Ustazah Koma Selepas Lahirkan Anak Secara Caesarean

29-9-2022 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3462| Komen: 48

Description: Sik: "Saya terpaksa berhenti kerja sebagai tukang rumah untuk jaga isteri yang koma selepas melahirkan anak secara pembedahan tiga bulan lalu," kata Muhammad Shazuan Md Saad, 36.
Sik: "Saya terpaksa berhenti kerja sebagai tukang rumah untuk jaga isteri yang koma selepas melahirkan anak secara pembedahan tiga bulan lalu," kata Muhammad Shazuan Md Saad, 36.


Selain perlu memberi tumpuan kepada penjagaan isterinya, Nurul Azhani Abu Hassan@Hussain, 35, dia turut perlu menjaga tiga anak berusia 11 dan sembilan tahun serta anak bongsu berusia tiga bulan.

Menurut Muhammad Shazuan, isterinya yang juga guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) memerlukan penjagaan rapi dan perlu diberikan susu melalui tiub setiap tiga jam dan membuang kahak secara kerap.


Foto: Harian Metro

"Selepas lahirkan anak menerusi pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, isteri saya pengsan dan jantungnya terhenti setengah jam, sebelum disahkan koma oleh doktor. Dia langsung tidak dapat melihat atau memegang anak yang dilahirkan.

"Doktor beritahu punca isteri saya koma adalah disebabkan air ketuban masuk ke dalam saluran darah dan kes itu sangat jarang berlaku. Saya difahamkan ia selalunya berakhir dengan kematian," katanya yang kini bertugas sebagai siak di masjid di kampung berkenaan.

Muhammad Shazuan berkata dia kini banyak dibantu saudara mara serta jiran termasuk meringankan urusan menjaga anak-anak.

"Kakak ipar banyak membantu saya sekeluarga selepas isteri koma, selain itu jiran terdekat dikenali sebagai Mak Lang Jah bersama anaknya turut membantu menjaga anak-anak saya," katanya.

Menurutnya, dia dan isteri sebelum ini tinggal di rumah mentua, Maimunah Ahmad, 75, kerana dalam masa sama turut menjaganya yang tidak dapat berjalan kerana masalah saraf.

Muhammad Shazuan berkata isterinya perlu minum susu khas yang berharga RM50 setin dan menggunakan lampin pakai buang.

Katanya, elaun sebagai siak sebanyak RM700 sebulan digunakan untuk persekolahan anak-anak dan membeli susu serta lampin pakai buang untuk anak bongsunya.

Manakala katanya, wang untuk membeli tiub, ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang adalah hasil sumbangan saudara mara dan kenalan.

"Pihak hospital ada bekalkan kira-kira 60 tin susu cukup untuk keperluan dua bulan isteri saya, selepas ini saya perlu beli sendiri. Ini bermakna untuk susu sahaja saya perlu ada RM1,500 sebulan belum masuk lampin pakai buang sebanyak RM200 sebulan.

"Saya juga perlu menyewa ambulans setiap kali isteri saya ada janji temu dengan doktor di hospital. Bulan lalu saya perlu sewa ambulans RM400 untuk bawa isteri saya ke HSAH, Sungai Petani. Selepas ini saya perlu membawanya ke Hospital Sik dan pada November ke HSAH semula," katanya.

Muhammad Shazuan berkata doktor memberitahu isteri saya boleh sedar kembali tetapi dia mungkin akan hilang ingatan.

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Shazuan boleh dihubungi menerusi nombor telefon 019-3523308. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 29-9-2022 04:52 PM
kesiannyee brt dugaan
Quote lattehazelnut 29-9-2022 04:55 PM
Semoga dipermudahkan..
Quote Suchi 29-9-2022 04:57 PM
Pulmonary Embolism kan? Mimpi ngeri ibu2 beranak czer.
Quote dua_chzy 29-9-2022 04:57 PM
Mari menderma.

Kenapa la wartawan tak terus minta nombor akaun.
Quote seri_mawr 29-9-2022 04:57 PM
allah kesiannya la....
bersabar la bang...

Allah uji sbb dia tahu abg ni mampu tahan dgn ujian...
Quote ifanonline 29-9-2022 04:58 PM
pengorbanan seorang ibu dan isteri
Quote rifaa 29-9-2022 05:05 PM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote TabletSusu 29-9-2022 05:15 PM
keluarga mcmni yg perlu kita bg bantuan. bukannya ahli politik yg kena dakwa kat mahkamah tu
Quote asamfish 29-9-2022 05:20 PM
dua_chzy replied at 29-9-2022 04:57 PM
Mari menderma.

Kenapa la wartawan tak terus minta nombor akaun.

A special request from me; let us know once you get their account number, please.  Thanks! Very much appreciated.

Quote stingergrumpy 29-9-2022 05:23 PM
Heart stops 30mins?

She is as good as gone....

Innalillah....

The heart cannot be allowed to stop for more than 7mins at most..otherwise every other organs will start collapsing..

This is beyond miracles for survival....

Let her free ......dear sir, she cannot be on life support machine for too long....
Quote annehuda 29-9-2022 05:28 PM
Kenapale stinger ni tak mampus-mampus
Quote Thunderclouds 29-9-2022 05:49 PM
Bukan aku heartless,tp better Allah cabut nyawa dr hidup gini. Kesian kt dia,kesian kt org sekeliling dia. Syafakallah.
Quote krustykrab 29-9-2022 05:53 PM
Thunderclouds replied at 29-9-2022 05:49 PM
Bukan aku heartless,tp better Allah cabut nyawa dr hidup gini. Kesian kt dia,kesian kt org sekelilin ...

Aku pun fikir mcm tu...nk tulis tp takut kena kecam.

Dlm news tu, doc ada ckp isteri dia boleh sembuh tp akn hilang ingatan. Mungkin sb tu dia terus berharap.
Quote babaicute88 29-9-2022 11:26 PM
Suchi: Pulmonary Embolism kan? Mimpi  ...


Amniotic embolism
Quote green~tea 29-9-2022 11:32 PM
babaicute88 replied at 29-9-2022 11:26 PM
Amniotic embolism


Thanks i learn something new today baca news forom.. risk c-sec : pulmonary embolism,  amniotic embolism, and ada sorang close friend i kena myocarditis sbb csec anak kembar, jantung berhenti semasa operation... umur panjang sheols.. alhamdulillah...

I doakan apa2 yang terbaik utk suami isteri ni
Quote pearl.silver 29-9-2022 11:36 PM
Biar betul 30 minit

Klu tgk drama medical tu lps wat cpr xdenyut balik jantung declare mati dah..
Xkn 30 minit dok wat cpr
Quote Purplehaz 30-9-2022 01:14 AM
let's looks in positive way

Tuhan beri ujian kpd manusia yg terpilih ini... utk dia terus berjuang dan berkorban utk famili dia..hikmah dan pahala besar jaga org sakit mcm ni.
Quote LadyCarefree 30-9-2022 01:30 AM
Xde org ajar dia ke pergi ke jabatan sosial hospital. Nanti ada bantuan susu, lampin dsb. Ambulan pun free. Ini semua benefit utk kumpulan b40. Cina2 pandai guna kemudahan ni.
Quote LadyCarefree 30-9-2022 01:33 AM
pearl.silver replied at 29-9-2022 10:36 PM
Biar betul 30 minit

Klu tgk drama medical tu lps wat cpr xdenyut balik jantung declare mati dah..

3 minit kot.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064889 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top