CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Ada Nama," - Syazwan Razak Tak Selesa Dipanggil 'Adik Syafiq Kyle'

24-9-2022 03:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4349| Komen: 37|Original author: Tatod

Description: Pelakon baharu, Syazwan Razak, yang juga adik kepada pelakon terkenal, Syafiq Kyle, mengakui tidak selesa apabila dia kerap dipanggil sebagai 'adik Syafiq Kyle'.Bukanlah mahu menidakkan ...
Sumber Twitter


Pelakon baharu, Syazwan Razak, yang juga adik kepada pelakon terkenal, Syafiq Kyle, mengakui tidak selesa apabila dia kerap dipanggil sebagai 'adik Syafiq Kyle'.

Bukanlah mahu menidakkan hubungan kekeluargaan tersebut namun dia enggan dikenali sebagai seorang yang cuba menumpang populariti abang sendiri.

"Sejujurnya, saya tak selesa bila dipanggil sebagai adik Syafiq Kyle. Kadang-kadang saya rasa macma nak cakap, 'Bang, saya ada nama, nama saya Syazwan. Kalau abang tak nak panggil Syazwan, panggil Wan pun tak apa'. 


Sumbe Twitter

"Tapi, saya fikir balik, kalau saya cakap macam tu, nanti orang ingat saya kekwat pula," katanya yang ditemubual oleh Getaran selepas tayangan perdana filem Rasuk.

Sebagai adik kepada pelakon terkenal, Syazwan juga tidak dapat lari daripada tanggapan ramai bahawa dia mendapat tawaran lakonan kerana pengaruh abangnya.

"Ada juga yang cakap, saya boleh berlakon sebab saya adik Syafiq Kyle. Mereka kata saya gunakan kabel. Tapi itulah, saya tak boleh nak tutup mulut orang.

"Abang saya sendiri memberi nasihat bahawa untuk menjadi pelakon, saya perlu bermula dari bawah dan tak mengharapkan dia.

Sumber Twitter

"Kerana perjalanannya sebagai pelakon juga tidak mudah. Dia juga bermula sebagai extra. Dia juga meminta saya untuk menjaga nama baiknya dan nama baik saya sendiri," katanya.

Tampil membintangi filem Rasuk, Syazwan meluahkan rasa syukur serta berdebar kerana itu adalah kali pertama dia berlakon.

"Ketika diminta untuk hadir ke sesi uji bakat, saya agak terkejut kerana saya bukanlah siapa-siapa pada waktu itu. Apatah lagi uji bakat tersebut adalah untuk filem. Tapi, pengarah uji bakat yakinkan saya untuk hadir jadi saya fikir kenapa saya harus lepaskan peluang itu?" katanya.


Menerusi filem tersebut, Syazwan diberikan watak antagonis dan sudah bersedia untuk menerima kecaman daripada penonton apabila ditayangkan kelak.



Memilih untuk melakonkan watak gelap dalam mana-mana naskhah, jelas Syazwan, dia mahu orang mengingati lakonannya dan demi merealisasikan sesebuah karakter itu, dia rela dibenci dan dikecam.

"Tapi, saya harap penonton hanya bencikan watak saya, bukan diri saya yang sebenar," katanya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SiMontel 24-9-2022 04:25 PM
secara jujurnya, kalau tgk sekali, tak menarik , takde aura
Quote putericahaya999 24-9-2022 04:32 PM
Abg lg ensem
Quote cikgojesss 24-9-2022 04:56 PM
dah totally kuar lemari ke heshe? haritu kemain kelempuk ko dek menggeletis dengan si paiz roslan n the gang.. sakan ko memondan bergelek ngan baju pompuan main mekap2 segala.. bersepah bideo kat utube nun
Quote Tembikaigoreng 24-9-2022 05:21 PM
Tumpang jelahh... Bukan mati pun....
Quote hyie 24-9-2022 05:39 PM
cikgojesss replied at 24-9-2022 04:56 PM
dah totally kuar lemari ke heshe? haritu kemain kelempuk ko dek menggeletis dengan si paiz roslan n  ...

heshe memang hadek2 ke sister? tahap kefonenan di skala berapa yach? gitteww

tak silap heshe ni pernah nak cuba masuk hero remaja ke apa entah sebelum ni, namun kandas. Atau maybe rancangan nyanyi2 sebegitu eh entahlah malas nak ingat yihh
Quote LadyCarefree 24-9-2022 05:43 PM
"pengarah uji bakat yakinkan saya untuk hadir"

Kabel ke tu?

Muka hauk aura hauk tiber je dapat watak utama. Filem pulak tu.
Quote cikgojesss 24-9-2022 06:24 PM
hyie replied at 24-9-2022 05:39 PM
heshe memang hadek2 ke sister? tahap kefonenan di skala berapa yach? gitteww

tak silap heshe ni p ...

markah kefonenan heshe ialah 98.91%.. agitteww
n yes heshe tersenggol time ujibakat Hero Remaja.. er hero kerr?

[youtube]NDSSZzz16eA[/youtube]
[youtube]3SSzegbMk3o[/youtube]
Quote Kancilkering 24-9-2022 08:23 PM
rupe dia cam penyanyi lelaki yg bersuara siti nurhaliza tu…
Quote SiMontel 24-9-2022 08:26 PM
cikgojesss replied at 24-9-2022 04:56 PM
dah totally kuar lemari ke heshe? haritu kemain kelempuk ko dek menggeletis dengan si paiz roslan n  ...

lahhhhhhhhh dia ker...patutlah tgk muka ni..ehh mcm teringat muka sepesen geng geng menarik lentuk liuk dulu tapi takleh recall...
ni dah sebut paiz roslan...baru teringat balik...
Quote heythere123 24-9-2022 08:47 PM
try la berlakon banyak sikit, nanti pelan2 naik la nama tu
Quote drivethru 24-9-2022 09:21 PM
Bila bebird nak berterbangan. Nak buat perbandingan.
Quote hyie 24-9-2022 09:25 PM
cikgojesss replied at 24-9-2022 06:24 PM
markah kefonenan heshe ialah 98.91%.. agitteww
n yes heshe tersenggol time ujibakat Hero Remaja..  ...

yaampunn xleh blah betol tengok muka faiz roslan yach namun adik si syafiq kyle ni ala2 fonen yang sopan gichew, iols syak heshe sitizoners dan melahzoners
Quote Kancilkering 24-9-2022 09:45 PM
[ig] https://www.instagram.com/p/Ci4ultALapc/?igshid=MDE2OWE1N2Q=[/ig]
abng dia nk kawen dh
Quote TomyamPuteh 24-9-2022 09:52 PM
Dah hang tu adik. Takkan la nk panggey kakak Syafiq Kyle pulak kot
Quote chekacheku 24-9-2022 10:00 PM
Menumpang pun payah nk naik..xde pakej
Quote LembingDayanti 24-9-2022 11:45 PM
eee busuknya rupa dia
Quote aldinaa 24-9-2022 11:56 PM
nasib baik orang bagitahu dia ni adik syafik kyle, kalau tidak langsung takde clue
Quote slyfynx 25-9-2022 12:03 AM
Tp ialah xde tarikan.
Even video parody pakai tudung tu pun still xde tarikan.
Jadi laki x hensem, jadi pompuan x lawa
Quote AcikBuncit 25-9-2022 12:05 AM
Xhensem.. Sekian

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053516 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top