Pelakon baharu, Syazwan Razak, yang juga adik kepada pelakon terkenal, Syafiq Kyle, mengakui tidak selesa apabila dia kerap dipanggil sebagai 'adik Syafiq Kyle'.
Bukanlah mahu menidakkan hubungan kekeluargaan tersebut namun dia enggan dikenali sebagai seorang yang cuba menumpang populariti abang sendiri.
"Sejujurnya, saya tak selesa bila dipanggil sebagai adik Syafiq Kyle. Kadang-kadang saya rasa macma nak cakap, 'Bang, saya ada nama, nama saya Syazwan. Kalau abang tak nak panggil Syazwan, panggil Wan pun tak apa'.
Sumbe Twitter
"Tapi, saya fikir balik, kalau saya cakap macam tu, nanti orang ingat saya kekwat pula," katanya yang ditemubual oleh Getaran selepas tayangan perdana filem Rasuk.
Sebagai adik kepada pelakon terkenal, Syazwan juga tidak dapat lari daripada tanggapan ramai bahawa dia mendapat tawaran lakonan kerana pengaruh abangnya.
"Ada juga yang cakap, saya boleh berlakon sebab saya adik Syafiq Kyle. Mereka kata saya gunakan kabel. Tapi itulah, saya tak boleh nak tutup mulut orang.
"Abang saya sendiri memberi nasihat bahawa untuk menjadi pelakon, saya perlu bermula dari bawah dan tak mengharapkan dia.
Sumber Twitter
"Kerana perjalanannya sebagai pelakon juga tidak mudah. Dia juga bermula sebagai extra. Dia juga meminta saya untuk menjaga nama baiknya dan nama baik saya sendiri," katanya.
Tampil membintangi filem Rasuk, Syazwan meluahkan rasa syukur serta berdebar kerana itu adalah kali pertama dia berlakon.
"Ketika diminta untuk hadir ke sesi uji bakat, saya agak terkejut kerana saya bukanlah siapa-siapa pada waktu itu. Apatah lagi uji bakat tersebut adalah untuk filem. Tapi, pengarah uji bakat yakinkan saya untuk hadir jadi saya fikir kenapa saya harus lepaskan peluang itu?" katanya.
Menerusi filem tersebut, Syazwan diberikan watak antagonis dan sudah bersedia untuk menerima kecaman daripada penonton apabila ditayangkan kelak.
Memilih untuk melakonkan watak gelap dalam mana-mana naskhah, jelas Syazwan, dia mahu orang mengingati lakonannya dan demi merealisasikan sesebuah karakter itu, dia rela dibenci dan dikecam.
"Tapi, saya harap penonton hanya bencikan watak saya, bukan diri saya yang sebenar," katanya. -CARI
Post time 24-9-2022 04:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dah totally kuar lemari ke heshe? haritu kemain kelempuk ko dek menggeletis dengan si paiz roslan n the gang.. sakan ko memondan bergelek ngan baju pompuan main mekap2 segala.. bersepah bideo kat utube nun
heshe memang hadek2 ke sister? tahap kefonenan di skala berapa yach? gitteww
tak silap heshe ni pernah nak cuba masuk hero remaja ke apa entah sebelum ni, namun kandas. Atau maybe rancangan nyanyi2 sebegitu eh entahlah malas nak ingat yihh