CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5013|Reply: 7

Ex dulu nampak baik tapi perangai iblis-Ameera Khan back up Jefri Nichol, naughty tapi baik

[Copy link]
Post time 13-1-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Kini intim dengan aktor sensasi Indonesia Jefri Nichol, pempengaruh Ameera Khan mendedahkan keluarga tidak pernah menghalang hubungannya, asalkan kebahagiaan dan keselamatannya terjamin.

Menurut Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, restu ibu bapa adalah keutamaan dan mereka juga memberikan kebebasan dalam memilih pasangan.




“Mama dan daddy akan restu siapa sahaja yang saya pilih, asalkan dia membuatkan saya bahagia dan rasa selamat.

“Jangan runsing tentang saya dan keluarga saya sebab alhamdulillah, ramai yang jaga dan pantau saya,” katanya menerusi sebuah video TikTok.

Adik kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa itu turut menasihati netizen agar tidak menilai seseorang berdasarkan luaran semata-mata.

  


Malah, Ameera juga sempat berkongsi pengalamannya yang pernah terluka kerana salah memilih pasangan.

“Dulu bercinta dengan orang yang dikatakan baik padahal perangai macam setan. Baik depan, setan di belakang.

  


“Yang sebelum ini bukan setan tapi perangai macam iblis. Tapi luaran orang tengok baik. Itulah, jangan mudah menilai orang.

“Jadi lebih baik tunjuk sahaja apa yang pernah awak buat dan apa yang tidak pernah, biar saya tahu. Kalau okey, saya akan terima. Jangan berpura-pura,” tegasnya.

Sebelum ini, heboh dalam media sosial apabila Ameera didakwa sedang hangat menjalinkan hubungan cinta Jefri Nichol yang kerap terpalit kontroversi kebelakangan ini.

  


Pun begitu, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti aktor tersebut dalam Instagram.

Namun, pada Mac tahun lalu, mereka dilihat semakin terbuka mempamerkan kemesraan dalam media sosial sekali gus mengundang rasa kurang senang netizen terutama selepas dia mengakui pernah meniduri lebih 20 wanita.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex yg baik didepan, setan dibelakang tu ex yg dh kawen dgn someone kerabat tu ke..sian
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 02:05 PM | Show all posts
ooh jenis pendek2 jari kuku nichol
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 02:09 PM | Show all posts
goshhh yang kau kehulur kehilir dengan jantan tu perangai malaikat & bidadari syurga la sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pernah bercinta ke

Mcm propa je lebih
Tp part jgn nilai fr luaran tu betul lopak vivek dua dua tutup litup jual tudung tp subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilis sama bilis dik..

Also, look at your family, look at his family

Also, ewww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2025 02:36 PM | Show all posts
eh dah diri sendiri pun menyetan, takkan ko expect ko dapat lelaki lindungan syurga pulak kan..

by the way x ko yg gitu gitu tu dah selamat jadi kesayangan queen. ko juga asiklah berkepit jantan sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 02:49 PM | Show all posts

Amboiii sempat lagi tu nak cari pasal dengan anak payung mahkota ye.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.603727 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list