CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23006|Reply: 11

[Tempatan] Peti mayat wanita dicekik tunang ‘bersuara’, 2 malam pembantu perubatan dengar rayuan!

[Copy link]
Post time 10-1-2025 09:53 PM | Show all posts |Read mode



UNIT forensik hospital dipertanggungjawabkan memberi perkhidmatan pengurusan berkaitan penerimaan, penyimpanan dan pelepasan mayat yang meninggal dunia akibat kes jenayah atau kemalangan.

Kebiasaannya ia melibatkan kerjasama antara doktor forensik, pegawai polis dan pihak berkuasa lain untuk menyiasat punca kematian.

Seorang pembantu perubatan mengakui orang ramai sentiasa membayangkan mereka yang bekerja di unit berkenaan sentiasa berdepan kisah seram.

Namun bagi seorang pemuda, hal itu hanyalah sekadar cakap-cakap kosong kerana belum pernah melaluinya sehinggalah pada suatu hari dia berdepan situasi menyeramkan.

"Dua malam lepas, aku terima mayat seorang perempuan. Nama dia ‘N’ (bukan nama sebenar). Mangsa bunuh dan kes polis.

"Kalau kes bunuh ni memang rumit. Katanya, tunang dia sendiri yang buat. Aku dah biasa uruskan mayat, jadi malam tu aku selesaikan dokumen dan simpan jenazah dalam peti.

"Rutin biasa tapi yang jadi lepas tu lain cerita. Malam pertama lebih kurang waktu maghrib aku dengar suara sayup-sayup menangis," kongsinya di media sosial.

Tambahnya ketika kejadian dia tidak berseorangan dan apabila ditanya rakan sekerjanya, individu beranggapan bunyi berkenaan datangnya daripada pendingin hawa.

"Masalahnya aku dengar suara perempuan. Suara sayup. Nada sayu je... maaf, maafkan sayang. Suara tu cakap begitu. Serius, meremang satu badan.

"Aku ajak kawan periksa setiap bilik. Dia ni berani sikit. Setiap tempat kami periksa. Kaunter depan, pejabat, pantri, bilik bedah siasat tapi semua kosong.

"Sampai kami tersedar suara tu sebenarnya datang daripada peti mayat," katanya.

Pembantu perubatan itu memaklumkan dia terfikir untuk berlari tetapi rakannya memilih untuk membuka peti mayat N.

‘N’ dibunuh sebab tunang dapat tahu dia curang dengan kawan tempat kerja, walhal lagi sebulan nak kahwin. - PEMBANTU PERUBATAN

"Mayat N masih terbaring elok. Cantik manis orangnya. Kami baca ayat kursi dan tutup balik.

"Malam esoknya, benda sama jadi lagi. Kali ni aku kerja seorang. Suara perempuan menangis tu muncul balik. Sama... maaf, maafkan sayang. Suara tu macam penuh rasa menyesal dan bersalah," katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang dilalui, lelaki itu bertanya kepada pegawai polis yang mengendalikan kes N dan kisah lalu wanita berkenaan menyebabkan dia terkejut.

"N dibunuh sebab tunang dapat tahu dia curang dengan kawan tempat kerja. Walhal lagi sebulan nak kahwin.

"Polis kata tunang dia macam hilang akal apabila tahu, terus cekik arwah sampai mati dalam kereta. Lepas tu serah diri kat balai polis.

"Tapi ada satu benda yang aku rasa tak tenang apabila polis beritahu, sebelum N meninggal, dia menangis dan merayu minta maaf," katanya.

Tambahnya, sehingga kini dia tidak pasti sama ada tangisan itu betul-betul daripada mayat di dalam peti atau halusinasinya.

"Tapi aku rasa mungkin dia cuma nak minta maaf daripada tunang dia.

"Apa-apa pun aku takkan lupa malam tu. Seram, sayu, dan penuh misteri," katanya mengakhiri cerita.

Sumber ;Mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pula aku google kes tu dan jumpa lak, dah mlm2 ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 10-1-2025 09:59 PM
Boleh pula aku google kes tu dan jumpa lak, dah mlm2 ini

Kes mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mati pun masih nangis2 minta maaf kat tunang. Patut kau cekik balik dia hantui dia, CEI!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 10-1-2025 01:59 PM
Boleh pula aku google kes tu dan jumpa lak, dah mlm2 ini

Mesti ada gambar pehtu terbayang2 muka aruah kan. Haha.

Meols tunggu siang baru google.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols harap cerita ni sampai kat pembunuh she. Nak sangat tau hapa reaksi syaiton tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 10-1-2025 09:59 PM
Boleh pula aku google kes tu dan jumpa lak, dah mlm2 ini

Kes mana deii..moh ler share..baru ingtkn citer hassanah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 10-1-2025 10:14 PM
Kes mana?

Rasanya ini

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2015/05/55813/lelaki-didakwa-bunuh-tunang-di-cyberjaya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-1-2025 11:06 PM
Mesti ada gambar pehtu terbayang2 muka aruah kan. Haha.

Meols tunggu siang baru google.

Ada pic arwah manis gak orangnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 11-1-2025 04:56 AM
Rasanya ini

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2015/05/55813/lelaki-didakwa-bunuh-tunang ...

Kat mana gambar arwah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapikan bukan ke apabila roh telah berpisah dari jasad maka berpisahlah dia dari hubungan dgn dunia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052467 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list