Edited by maklukpenggoda at 11-1-2025 07:06 AM
Di tengah kontroversi berhubung titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukumannya di rumah, wartawan veteran A Kadir Jasin mengimbau kes seorang “banduan istimewa” pada era 1980-an.
"Ada seorang banduan ahli perniagaan bernama Abdullah Ang yang mendapat layanan istimewa sampai boleh keluar penjara untuk berkebun. Dia pun penjenayah kolar putih juga.
"Itu yang kita tahu sebab didedahkan oleh surat khabar The Malay Mail pada tahun 1989.
"Yang kita tidak tahu, wallahuaklam. Masa itu saya pengarang Kumpulan New Straits Times yang termasuk The Malay Mail," katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.
Malay Mail pada 1989 membongkar kisah Abdullah menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur walaupun sepatutnya berada di ladang orkid yang dikendalikan penjara di Negeri Sembilan.
Laporan itu juga mendedahkan sel penjara Abdullah berkarpet serta dilengkapi peti sejuk, alat pemain video, televisyen dan katil.
Kadir menyoal jika banduan boleh diletakkan di bawah tahanan rumah sedangkan tiada peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Cukuplah memanjakan dan memberi keistimewaan kepada Mohd Najib,” katanya.
Malaysiakini
|