CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nana Tak Tertekan, Tapi Kerana Expectation...

15-8-2022 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1171| Komen: 0

Description: Penyanyi popular, Siti Nordiana mengakui, pemilihan kawan-kawan dan persekitaran yang baik mampu menguatkan hati untuk terus berubah ke arah kebaikan.IG NanaJelas penyanyi mesra disapa Nana ini, istiq ...
Penyanyi popular, Siti Nordiana mengakui, pemilihan kawan-kawan dan persekitaran yang baik mampu menguatkan hati untuk terus berubah ke arah kebaikan.


IG Nana

Jelas penyanyi mesra disapa Nana ini, istiqamah dalam berubah ke arah lebih baik itu tidak semudah yang disangka, namun dia percaya, doa adalah senjata sebenar seorang mukmin.

“Istiqamah itu memang tak mudah. Tetapi, berdoalah supaya Allah tetapkan hati kita. Kita cari kawan-kawan dan persekitaran yang positif.

“Insya-Allah, emosi kita pun akan jadi positif,” katanya kepada Utusan Malaysia.



IG Nana

Nana sebelum ini pernah berdepan beberapa fasa serangan segelintir warganet yang mengkritik cara pemakaiannya selepas berhijab.

Terbaru, penyanyi, Elyana pula mendedahkan, dia tidak lagi berhijab dan hanya mahu menjadi diri sendiri walaupun berdepan dengan kecaman serta kritikan warganet.

Selain Elyana, beberapa artis tanah air seperti Uqasha Senrose, Emma Maembong dan Natasha Hudson sebelum ini pernah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Dalam pada itu, penyanyi lagu popular, Angkara ini juga tidak pernah tertekan dengan kecaman segelintir warganet yang mengharapkan kesempurnaan daripada seorang selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab.


IG Nana

“Tertekan itu tidak. Tetapi jujur, kerana expectation itu, saya berusaha untuk jadi lebih baik. Walaupun kita tak akan boleh jadi sempurna, tetapi kita cuba sebaik mungkin,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055755 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top