CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persatuan Dukun Buat Laporan Polis Profesion Ahli Bomoh Dihina

15-8-2022 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1012| Komen: 7

Description: Persatuan Dukun Indonesia membuat laporan polis terhadap Marcel Radhival atau dikenali sebagai Ahli Silap Mata Merah kerana menghina profesion ahli bomoh.Laporan itu dibuat wakil persatuan, Agustiar d ...
Persatuan Dukun Indonesia membuat laporan polis terhadap Marcel Radhival atau dikenali sebagai Ahli Silap Mata Merah kerana menghina profesion ahli bomoh. 


Laporan itu dibuat wakil persatuan, Agustiar di Balai Polis Metro Jakarta Selatan selepas beberapa bomoh kehilangan pendapatan akibat kandungan media sosial yang dimuat naik oleh Marcel. 


Gambar hiasan

Ketua Polis wilayah itu, Yandri Irsan berkata, ahli silap mata itu didakwa membuat penghinaan terhadap kerjaya bomoh menerusi pelbagai kandungan dalam YouTube dan Instagram.

Jelasnya, Marcel menyebut individu yang bekerja sebagai dukun adalah seorang penipu menerusi platform itu. 


“Berdasarkan laporan persatuan dukun, mereka berasa terganggu dan terancam dengan kandungan yang dimuat naik oleh lelaki itu. 

“Malah, ada juga dukun yang mengaku kehilangan pelanggan disebabkan kandungan yang dibuat oleh Marchel,” katanya lapor CNN Indonesia. 


IG Marcel

Menurut Yandri, individu yang membuat laporan tersebut turut menyerahkan sejumlah bukti dan pihaknya sedang meneliti laporan dengan menjalankan soal siasat terhadap saksi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 15-8-2022 11:16 AM
arwah tan sri pramlee dah buat pendedahan dulu dah, tahun 1960dulu, takde pn laporan polis di buat...
Quote yebit157 15-8-2022 11:21 AM
dasyatnya. dukun pun ada persatuan
Quote nononcrux 15-8-2022 11:34 AM
nak gelak takut berdosa..
Quote tungkai 15-8-2022 11:48 AM
Ni macam kes mamat "Jom belajar magic". Dia just ajar trick cemana magician buat. Hujung2 dia kena santau sebab magician kat luar sana tak boleh carik makan...
Quote green~tea 15-8-2022 12:04 PM
Tak sangka bomoh pun ada persatuan
Mcm kes doula douli plak nak menyaman
Quote dekmieDandy 15-8-2022 12:12 PM
antara negara maju yang iolls terkejut ramai bomoh actually kat korea

siap ada sijil bagai wei

siap ada bomoh muda-mudi lagi
Quote s@s@ 15-8-2022 12:14 PM
buat apa report polis, hantar santet je lah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.054920 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top