View: 673|Reply: 7
|
Persatuan Dukun Buat Laporan Polis Profesion Ahli Bomoh Dihina
[Copy link]
|
|
Persatuan Dukun Indonesia membuat laporan polis terhadap Marcel Radhival atau dikenali sebagai Ahli Silap Mata Merah kerana menghina profesion ahli bomoh.
Laporan itu dibuat wakil persatuan, Agustiar di Balai Polis Metro Jakarta Selatan selepas beberapa bomoh kehilangan pendapatan akibat kandungan media sosial yang dimuat naik oleh Marcel.
 Gambar hiasan
Ketua Polis wilayah itu, Yandri Irsan berkata, ahli silap mata itu didakwa membuat penghinaan terhadap kerjaya bomoh menerusi pelbagai kandungan dalam YouTube dan Instagram.
Jelasnya, Marcel menyebut individu yang bekerja sebagai dukun adalah seorang penipu menerusi platform itu.
“Berdasarkan laporan persatuan dukun, mereka berasa terganggu dan terancam dengan kandungan yang dimuat naik oleh lelaki itu.
“Malah, ada juga dukun yang mengaku kehilangan pelanggan disebabkan kandungan yang dibuat oleh Marchel,” katanya lapor CNN Indonesia.
 IG Marcel
Menurut Yandri, individu yang membuat laporan tersebut turut menyerahkan sejumlah bukti dan pihaknya sedang meneliti laporan dengan menjalankan soal siasat terhadap saksi.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
arwah tan sri pramlee dah buat pendedahan dulu dah, tahun 1960dulu, takde pn laporan polis di buat... |
|
|
|
|
|
|
|
dasyatnya. dukun pun ada persatuan |
|
|
|
|
|
|
|
nak gelak takut berdosa..  |
|
|
|
|
|
|
|
Ni macam kes mamat "Jom belajar magic". Dia just ajar trick cemana magician buat. Hujung2 dia kena santau sebab magician kat luar sana tak boleh carik makan... |
|
|
|
|
|
|
|
antara negara maju yang iolls terkejut ramai bomoh actually kat korea
siap ada sijil bagai wei
siap ada bomoh muda-mudi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
buat apa report polis, hantar santet je lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|