CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara Seumur Hidup, Disebat Kerana Hentak Kepala Bayi Kekasih Sampai Mati

15-8-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1831| Komen: 21

Description: Seorang lelaki Singapura dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh bayi teman wanitanya dengan cara menghentak kepala mangsa ke lantai sebuah van miliknya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Seorang lelaki Singapura dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh bayi teman wanitanya dengan cara menghentak kepala mangsa ke lantai sebuah van miliknya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. 


Hakim Mahkamah Tinggi Singapura ketika perbicaraan berkata, tertuduh, Mohamed Aliff Mohamed Yusoff, 29, melakukan perbuatan itu selepas bertengkar dengan teman wanitanya, Nadiah Abdul Jalil.


Selain dirotan, pembunuh Izz Fayyaz Zayani Ahmad dihukum penjara seumur hidup. – Newsflash

Dia pada awalnya mendakwa bayi berusia sembilan bulan itu terjatuh daripada dukungannya dalam kejadian pada November 2019.


Namun, mahkamah mendapati dia sebenarnya menghentak kepala bayi lelaki berkenaan di atas lantai kayu van miliknya sekurang-kurangnya dua kali.

Mahkamah diberitahu bahawa jenayah itu berlaku di tempat letak kereta di Yishun ketika bayi bernama Izz Fayyaz Zayani Ahmad itu berada di bawah jagaan tertuduh.

Punca kematian mangsa didedahkan sebagai kecederaan akibat terkena objek tumpul.

Tertuduh juga mengambil masa selama 36 minit sebelum membawa bayi itu ke hospital selain menyuruh teman wanitanya menipu pihak hospital mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Selain itu, tertuduh turut mencadangkan agar mereka mengupah seseorang untuk mengebumikan bayi itu secara rahsia serta merancang untuk memberitahu orang sekeliling bahawa mangsa hilang selepas setahun kemudian.

Selain penjara seumur hidup, tertuduh turut dijatuhi hukuman 15 kali sebatan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yebit157 15-8-2022 11:26 AM
kejamnya. elok la kena penjara. semoga ada yang hentak kepala kau kat dalam tu.
Quote me12345 15-8-2022 11:33 AM
Comelnya....zalim sungguh
Quote eyansss 15-8-2022 11:47 AM
so maknya menipu ke seperti yang boipren mintak?  kalau ya, ko memang mak paling celaka dalam dunia…
Quote Artemesiaa 15-8-2022 11:51 AM
Mendapat sudah
Quote Thunderclouds 15-8-2022 12:03 PM
Xleh bayang. Mgelumpoq gamaknya budak tu. Xcukop 15sebatan. Patot pekej hentak kepala dia jugak
Quote ifanonline 15-8-2022 12:06 PM
cilaka jantan mcm ni...semoga arwah baby ini dipelihara oleh Allah swt..
Quote alongweeda 15-8-2022 12:08 PM
Allahuakbar...siannyer la bdk comel tu...apenyer zalim manusia ni
Quote imanjannah 15-8-2022 12:23 PM
Quote RinIna 15-8-2022 12:24 PM
Edited by RinIna at 15-8-2022 12:25 PM

Kejamnya.. tergamak sungguhlah... sakit dia
Quote Nunie 15-8-2022 12:35 PM
Bgslah penjara seumur hidup..xpon gantung sampai mati la..Kalo kt Malaysia ni, kompom lepas gitu je..
Quote black_handbag 15-8-2022 12:37 PM
memalukan melayu islam perangai begini. ko semayang ke tak dik
Quote outcast 15-8-2022 12:38 PM
Babinyer perangai, mereput la dlm penjara…
Quote namieamuro 15-8-2022 12:41 PM
mendadah ke dedua ni. dh la hentak bdk tu. bwk ke spital lambat2. pakej suh menipu. ni dh mmg niat nk tgk bdk tu mati kan.

comelnye la arwah baby ni.
Quote KamikuP 15-8-2022 12:55 PM
Nilah contoh manusia celaka dari seberang Tambak
Quote shernazz 15-8-2022 01:29 PM
15 sebatan
Elok koyakkan skali kulit bontot dia
Biar nak amek sabun pung tersipu2
Quote sukacactus 15-8-2022 02:20 PM
Tergamaknyaaa lah hai!
Bkn manusia la ni
Quote cikatilia 15-8-2022 03:34 PM
aku harap malam2 dia nak pejam aje terbayang2 dihantui baby tu
biar dia tak tidur sampai bila2
huru hara hidup dia...
Quote green~tea 15-8-2022 04:09 PM
Gamak nye lah ko buat kat budak2 /baby camni.. kita nak buat kat binatang pun  x sampai hati..
Quote dua_chzy 15-8-2022 04:18 PM
Ni la glitch alam semesta.

Budak tu patutnya jadik anak Mizz Nina ka, anak si Izzue dengan Awin ka. Like that.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.087706 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top