CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Festival Muzik Bertukar Tragedi Akibat Ribut, Ada Mati & Ramai Cedera

15-8-2022 11:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 981| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Pesta muzik dikenali sebagai Medusa Festival di Valencia, Sepanyol yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bertukar tragedi apabila ribut dan angin kencang melanda tapak pesta berkenaan.
Sumber CNN/Spin


Pesta muzik dikenali sebagai Medusa Festival di Valencia, Sepanyol yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bertukar tragedi apabila ribut dan angin kencang melanda tapak pesta berkenaan.

Berdasarkan laporan Reuters, kejadian itu menyebabkan seorang pengunjung maut manakala 32 orang lagi cedera dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Keadaan huru-hara selepas tapak festival dilanda angin kencang


Salah seorang pemuzik, DJ Miguel Serna menceritakan pengalaman ngeri ketika berdepan detik tidak diduga itu.

"Kejadian itu berlaku ketika saya pada sesi akhir persembahan di pentas utama.

"Kawasan bawah bahagian pengunjung terjejas teruk. Ia sangat menakutkan dan saya masih terkejut.

"Ia berlaku sangat pantas tetapi tempoh beberapa minit itu cukup menengangkan. Saya tidak pernah mengalami tragedi seperti ini," katanya.

DJ Miguel Serna

Insiden tersebut menyebabkan pihak pengajur mengeluarkan maklumkan pihak mereka terpaksa membatalkan sesi dan baki hari festival demi keselamatan semua pihak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042154 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top