CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Tipu Rawatan Apendiks, Cabul Pesakit Sesama Jenis

14-8-2022 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1192| Komen: 2

Description: Seorang doktor lelaki di sebuah hospital di Bandar Makati berdepan pertuduhan kerana didakwa mencabul seorang pesakit sesama jenis, lapor Phillippines News.
Seorang doktor lelaki di sebuah hospital di Bandar Makati berdepan pertuduhan kerana didakwa mencabul seorang pesakit sesama jenis, lapor Phillippines News. 


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di dalam hospital itu merakamkan doktor berkenaan mengambil pesakitnya bernama Alias Vergel, 18. 


Foto: Philippine News

Dia menjelaskan pesakit itu perlu menjalani satu lagi prosedur perubatan untuk apendiksnya yang kali terkahir dilakukan 7 Mac lalu.  

Kedua-kedua mereka dilaporkan memasuki bilik di tingkat dua hospital itu sebelum doktor tersebut mendakwa akan melakukan ujian ultra bunyi. 


Bagaimanapun, kata laporan itu lagi, bilik tersebut tidak mengandungi sebarang radas atau peralatan perubatan dan doktor itu melakukan perbuatan jijik di dalam bilik berkenaan. 

Vergel kemudian melarikan diri dan meninggalkan bilik tersebut sambil membawa dextrose (gula yang meningkatkan jumlah glukosa di dalam darah) walaupun dalam kesakitan disebabkan keadaannya. 

“Saya memaksa diri untuk berlari ke tingkat tiga walaupun perut saya sakit. Nenek sedang tidur kemudian saya kejutkan dia dan berkata mari kita pergi dari sini,” kata Vergel menerusi laporan itu, Khamis lalu. 


FB Radyo Singko

Mangsa dilaporkan memfailkan aduan ke Biro Siasatan Negara (NBI) terhadap doktor berkenaan. 


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-8-2022 09:02 AM
Alahai doktor sangap nya lah
Quote Omai 15-8-2022 11:04 AM
tabah la dek.. bertambah tambah ler sakit kau nok

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.095980 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top